Anda di halaman 1dari 11

TIPS SOALAN FONOLOGI

JAMALUDIN ALI

FONOLOGI = CARA UDARA DILEPASKAN

• PERBEZAAN CARA UDARA DIKELUARKAN

1. Vokal = Udara dikeluarkan tanpa sekatan
2. Letupan = Udara dilepaskan serta-merta
3. Letusan = Udara dilepaskan pelahan-lahan
4. Sengauan = Udara keluar melalui rongga
hidung
5. Getaran = Udara mengetarkan hujung lidah
6. Sisian = Udara keluar melalui sisi lidah
7. Geseran = Udara keluar secara bergeser
POLA KESELARASAN VOKAL
• 1. Hanya melibatkan kata dasar asli Bahasa
Melayu
2. Tidak melibatkan kata berimbuhan
3. Keselarasan vokal berlaku antara suku kara
praakhir dengan suku kata akhir
4. Suku kata akhir haruslah suku kata
tertutup. (berakhir dengan konsonan)
BUNYI KONSONAN
• 1. Ada bunyi konsonan bersuara dan ada
yang tidak bersuara
2. Udara mengalami halangan semasa
menghasilkannya
3. Konsonan sengauan semua bunyi bersuara
4. Konsonan letupan, udara dilepaskan serta
merta
5. Konsonan letusan, udara dilepaskan
pelahan-lahan


GESERAN BIBIR GIGI BERSUARA [ v ]


1. Bibir bawah dirapatkan ke gigi atas supaya
membuat sempitan
2. Lelangit lembut diangkat rapat ke belakang
rongga tekak
3. Udara dibiarkan bergeser keluar dari
daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas
4. Pita suara bergetar


TANDA BACA SEMPANG ( - )

• 1. Digunakan untuk menulis kata ganda
2. Digunakan untuk menjelaskan kata dan
ungkapan
3. Digunakan untuk merangkaikan huruf
besar dengan huruf kecil

STPM 1998 = FONOLOGI

• SOALAN 1
Penghasilan Konsonan Letusan

KETERANGAN
1. Udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut
disekat.
2. Udara dilepaskan perlahan-lahan

SOALAN 2
Konsonan Pinjaman Bahasa Arab

KETERANGAN
1. Ghairah
2. Masyarakat
• SOALAN 3
Konsonan Letupan

KETERANGAN
1. Udara dari paru-paru disekat dengan merapatkan dua
alat pertuturan seperti dua bibir, bibir-gusi, dan lidah-
lelangit keras.
2. Udara kemudian dilepaskan dengan cepat/serta merta

SOALAN 4
Konsonan Letupan Bersuara

KETERANGAN

1. Konsonan letupan bersuara ialah [ b ], [ d ], [ g ]
2. Pita suara bergetar semasa menghasilkannya.
3. Contoh Perkataan : Badak, Sabun, Badang
• SOALAN 5
Vokal Belakang Sempit [ u ]

KETERANGAN
1. Belakang lidah dinaikkan tinggi
2. Lelangit lembut menutupi rongga hidung
3. Pita suara bergetar
4. Udara keluar dari rongga mulut tanpa
sekatan
5. Bibir berkeadaan bundar
• SOALAN 6
Konsonan Letupan

KETERANGAN
1. Boleh dihasilkan bersuara dan tidak bersuara
2. Udara dilepaskan serta merta
3. Daerah artikulasinya ialah bibir, gusi, lelangit
lembut dan glotis
4. Boleh terletak di awal, di tengah, dan di akhir
kata

• SOALAN 7
Contoh perkataan bunyi sengauan gusi [ n ]

KETERANGAN
1. Nasi
2. Tunas
3. Nasib
4. Bank
5. Tangan