Anda di halaman 1dari 5

CSL2011

TSJ TATABAHASA 3(b)


1
LATIHAN 1 : SEKOLAH BERASRAMA PENUH

(b) Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.

Golongan remaja yang terlalu asyik melayari internet seringkali menghabiskan masa
berjam-jam di hadapan komputer. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan
tanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran. Mereka memberikan alasan hendak mencari
maklumat tetapi sebenarnya melayari laman-laman yang tidak berfaedah.
[ 6 markah]

LATIHAN 2 : MRSM

(b) Kenal pasti jenis ayat-ayat pasif di bawah. Tentukan sama ada ayat-ayat tersebut ialah ayat pasif
dengan ganti nama diri pertama, ayat pasif dengan ganti nama diri kedua, ayat pasif dengan
ganti nama diri ketiga atau ayat pasif songsang.

(i) Makanan itu belum aku rasai lagi sejak pagi tadi.
(ii) Hutang itu perlu kaujelaskan selewat-lewatnya esok.
(iii) Bahagian tepi bangunan kedai itu dicat oleh Pak Samad.
(iv) Saya tendang bola itu sekuat hati sehingga luar pagar sekolah.
(v) Ladang tebu itu telah dibersihkan oleh mereka pagi semalam.
(vi) Perkara tersebut belum awak putuskan sehingga hari ini.
[6 markah]

LATIHAN 3 : MPSM MELAKA

(b) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Masalah alam sekitar perlu ditangani dengan segera oleh pihak berkuasa.

(ii) Kasut sekolah yang kotor itu telah saya cuci semalam.

(iii) Sajak-sajak yang baik itu telah ditulis oleh kumpulan penyajak yang masih muda.
[6 markah]









CSL2011
TSJ TATABAHASA 3(b)
2
LATIHAN 4 : MPSM JOHOR

(b) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak boleh diselesaikan oleh ibu bapa sekiranya
mereka mengambil langkah pencegahan awal.
(ii) Kursus perhubungan awam telah ditawarkan oleh kebanyakan kolej dan universiti di
negara kita.
(iii) lsu pembuangan bayi perlu kita tangani dengan segera demi menjaga imej negara.
[6 markah]

LATIHAN 5 : MPSM PERLIS

(b) Nyatakan jenis ayat di bawah ini sama ada ayat penyata, ayat perlntah, ayat seruan, atau ayat
tanya.

(i) Menerusi komunikasi, pelbagai maklumat disebarkan dari sebuah negara ke sebuah
negara lain dengan mudah dan eepat.
(ii) "Siapakah namakau?" soal seorang pemuda berwajah garang sambil mendekati diriku.
(iii) Bangunan yang tinggi itu direka bentuk oleh seorang arkitek dari luar negara.
(iv) Syabas, kamu telah berjaya rnenjuarai kejohanan yang berprestij itu!
(v) "Mazwin, tolong hantar buku-buku ini ke bilik guru dan letakkan di atas meja saya," kata
Puan Geetha kepada Mazwin dengan tembut.
(vi) Sampai bilakah Pak Dol akan menangisi kematian isteri kesayangannya itu?
[6 markah]

LATIHAN 6 : MPSM SABAH

(b) Nyatakan jenis-jenis ayat yang disenaraikan di bawah ini.

(i) Wah, besarnya sungguh rumah kontraktor yang terkenal itu!
(ii) Ayahnya baru sahaja pulih daripada penyakit paru-paru berair.
(iii) Apakah punca yang menyebabkan pelajar-pelajar suka ponteng sekolah?
(iv) Jangan berkawan dengan budak-budak yang menghisap rokok.
(v) Silakan duduk, saya hendak pergi ke dapur dahulu.
(vi) Tolong bersihkan bilik tidur kamu sebelum ibu pulang.
[6 markah]







CSL2011
TSJ TATABAHASA 3(b)
3
LATIHAN 7 : MPSM SARAWAK

(b) Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawan kepada enam ayat tunggal tanpa mengubah
maksud asalnya.

Di Malaysia hampir dua pertiga sumber air kita digunakan oleh sektor pertanian dan sektor ini
adalah antara sektor yang banyak mencemar dan membazirkan air namun tiada sistem
pengurusan permintaan air bagi sektor ini. Ladang-ladang penternakan haiwan dan penternakan
hidupan akuatik dalam sangkar juga menjadi punca pencemaran.
[6 markah]


LATIHAN 8 : MPSM SELANGOR

(b) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian anda dikehendaki menggabungkan ayat-ayat
berikut menjadi tiga ayat.

Malaysia menjadi destinasi tarikan pelancong. Malaysia mempunyai beberapa buah pulau yang
indah. Malaysia mempunyai kawasan rekreasi hutan yang menarik. Kerajaan telah berusaha
dengan gigih untuk mempromosikan Malaysia. Kerajaan mengadakan kempen Tahun Melawat
Malaysia. Kerajaan Malaysia juga menganjurkan pertandingan sukan bertaraf antarabangsa.
Ekonomi Malaysia meningkat. Peluang pekerjaan juga terbuka luas. Banyak pelancong datang ke
Malaysia.
[6 markah]


LATIHAN 9 : MPSM TERENGGANU

(b) Tukar ayat susunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud
asalnya.

(i) Tersusun kemas alat-alat pertukangan di dalam bengkel itu.
(ii) Perlu kita tamatkan sahaja perlawanan ini kerana hujan semakin lebat.
(iii) Akan menerima hadiah utama sesiapa sahaja yang meneka kedudukan bola dengan
tepat.
[6 markah]








CSL2011
TSJ TATABAHASA 3(b)
4
LATIHAN 10 : MPSM PULAU PINANG

(b) Baca dan teliti ayat-ayat di bawah, kemudian gabungkan setiap dua ayat tersebut dengan kata
hubung yang sesuai.

(i) Atiqah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya dengan segera.
Ibunya membenarkan dia turut serta dalam perkhemahan pengakap itu.
.
(ii) Puan Haliza berjanji akan memenuhi permintaan anak kesayangannya itu
Anaknya itu menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.
.
(iii) Orang lain sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Pelajar-pelajar tingkatan tiga terpaksa mengulang kaji pelajaran
[6 markah]

LATIHAN 11 : MPSM NEGERI SEMBILAN

(b) Kenal pasti jenis-jenis ayat perintah yang berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat
suruhan, ayat larangan, ayat silaan atau ayat permintaan.

(i) Sila buat laporan tentang kes meniru itu.
(ii) Usahlah dikenangkan lagi perkara yang lalu.
(iii) Awak siapkan tugasan ini sekarang.
(iv) Awak tidak usahlah datang ke sini lagi.
(v) Pujuklah budak yang menangis itu.
(vi) Tolong hantarkan karangan ini sebelum hari Khamis.
[6 markah]

LATIHAN 12 : MPSM PAHANG

(b) Tulis petikan di bawah ini semula dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan
susunan isi dalam petikan ini.

MAN :Tuk ... tuk ..., orang jumpa mayat lagi. Orang jumpa mayat. Mayat itu besar, tuk.
PAK MAN :Di mana Man?
MAN :Tepi pantailah, tuk. Marilah tengok mayat tu. Mari tuk.
PAK MAN :Mayat orang Melayu atau orang Cina?
MAN :Bukan, tuk.
PAK MAN :Kalau bukan, mayat siapa? India kot?
MAN :Bukanlah, tuk. Ini mayat ikan dugong besar, tuk.
[6 markah]



CSL2011
TSJ TATABAHASA 3(b)
5
LATIHAN 13 : MPSM KEDAH

(b) Baca ayat-ayat di bawah dan nyatakan golongan kata bagi setiap kata yang bergaris dalam ayat
tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Gagasan 1Malaysia diyakini dapat membantu negara ini mengecap kemakmuran dari segi

pembangunan dan kesejahteraan hidup.
[6 markah]

LATIHAN 14 : MPSM PERAK

(b) Tukar ayat susunan biasa yang berikut kepada ayat bersusunan songsang.

(i) Ingatan Pak Hamid yang berusia 80 tahun itu masih kuat.
(ii) Kehebatan pemidato itu terletak pada kekuatan hujahnya.
(iii) Zaid telah ditukarkan ke ibu pejabat sebagai langkah penstrukturan syarikat itu semula.
[6 markah]

LATIHAN 15 : MPSM KELANTAN

(b) Nyatakan pola ayat dasar di bawah ini sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa
Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA), atau Frasa Nama +
Frasa Sendi Nama (FN + FSN)

(i) Dia masih tidur.
(ii) Bas itu dari Seremban.
(iii) Kucing itu kurus kering.
(iv) Rakannya gadis Filipina.
(v) Puan Ramziah guru di sekolah itu.
(vi) Merokok membahayakan kesihatan.
[6 markah]

Anda mungkin juga menyukai