Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH AGAMA AL-ISLAHIYAH (MENENGAH), BOHOR MALI

,
02700 SIMPANG EMPAT, PERLIS.




KERTAS KERJA


PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
PERINGKAT SEKOLAH 2014



TARIKH: 11 – 16 SEPTEMBER 2014
TEMPAT: SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-ISLAHIYAH (MENENGAH)








“1 Islahiyah 1 Matlamat”
“Budaya Cemerlang Amalan Kami”




2

1.0 PENDAHULUAN:

Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dengan kerjasama Panitia Sejarah
akan mengadakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah bagi sempena
menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-57 dan Hari Malaysia. Aktiviti-aktiviti yang
dijalankan sempena sambutan tahun ini direka untuk menimbulkan keinsafan dalam diri
setiap warga sekolah tentang kemakmuran yang dinikmati sebagai rakyat Malaysia seiring
dengan sambutan Hari Kebangsaan Ke-57, dan betapa pentingnya setiap daripada kita
berusaha untuk memelihara kemakmuran tersebut, serta terus berjuang untuk menambahbaik
keadaan negara. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat kepada murid
selain dapat memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru
Sekolah Agama Al-Islahiyah (Menengah).

2.0 OBJEKTIF:
 Untuk menimbulkan kesedaran tentang pentingnya semangat patriotic
 Mendidik pelajar menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan
 Meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai peristiwa kemerdekaan
 Mengeratkan silaturrahim di kalangan pelajar dan guru.
 Memupuk nilai-nilai murni di kalangan pelajar
 Menanam semangat cintakan sekolah serta memenuhi visi dan misi sekolah.

3.0 PELAKSANAAN:
3.1 Tarikh:
 Sepanjang bulan Ogos hingga September
 Majlis Perasmian: 11 Ogos 2014 (Isnin)
 Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah: 12 September 2014 (Jumaat)

3.2 Tempat:
Sekitar kawasan sekolah

4.0 SASARAN:
Semua murid Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam

5.0 ANJURAN
Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan kerjasama Panitia Sejarah



3

6.0 TENTATIF PROGRAM:
BIL. AKTIVITI TARIKH TEMPAT SASARAN
1. Majlis Perasmian dan Pelancaran
Kempen 1 Murid 1 Bendera
11 Ogos
2014
Dataran Ibnu
Abas
Semua guru dan
murid
2. Pertandingan Hiasan Kelas Tema
Kemerdekaan
Sepanjang
bulan
- Murid Ting.1 - 6
3. Pertandingan Melukis Poster Sepanjang
bulan
- Murid Ting.1 - 6
4. Pertandingan Hiasan Basikal
Merdeka
Sepanjang
bulan
- Murid Ting.1 - 6
5. Pertandingan Lagu Patriotik Dan
Sketsa
13 Ogos Kantin Murid Ting.1 & 2
6. Pertandingan Deklamasi Puisi 20 Ogos Kantin Murid Ting.1 & 2
7. Pertandingan Pidato 27 Ogos Kantin Murid Ting.1 & 2
8. Kuiz Kemerdekaan (Bertulis) Sepanjang
bulan
- Murid Ting.1 & 2
9. Pertandingan Reka Cipta Dan
Inovasi
10 Sept.14 Kantin Murid Ting.1 & 2
10. Majlis Penutupan Dan Penyampaian
Hadiah
12 Sept.2014 Dataran Ibnu
Abas
Semua guru dan
murid


7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA KUANTITI HARGA
SEUNIT (RM)
HARGA
1. Bendera 400 RM1.00 RM400.00
2. Kertas Lukisan 1 RM 5.00 RM 5.00
3. Hadiah Pertandingan Puisi
(Individu)
 Johan
 Naib Johan
 Ketiga

1
1
1


RM 30.00
RM 25.00
RM 20.00

RM 30.00
RM 25.00
RM 20.00
4. Hadiah Pertandingan Pidato
(Individu)
 Johan
 Naib Johan
 Ketiga


1
1
1



RM 30.00
RM 25.00
RM 20.00


RM 30.00
RM 25.00
RM 20.00
5. Hadiah Pertandingan Kuiz
Kemerdekaan (Individu)
 Johan
 Naib Johan
 Ketiga


1
1
1


RM 30.00
RM 25.00
RM 20.00


RM 30.00
RM 25.00
RM 20.00
6. Hadiah Pertandingan Reka Cipta
Dan Inovasi (Kelas)
 Johan
 Naib Johan
 Ketiga


1
1
1


RM 60.00
RM 50.00
RM 40.00


RM 60.00
RM 50.00
RM 40.00
7. Pertandingan Lagu Patriotik Dan
4

Sketsa
 Johan
 Naib Johan
 Ketiga

1
1
1

RM 60.00
RM 50.00
RM 40.00

RM 60.00
RM 50.00
RM 40.00
8. Hadiah Pertandingan Hiasan
Basikal (Individu)
 Johan
 Naib Johan
 Ketiga


1
1
1


RM 30.00
RM 25.00
RM 20.00


RM 30.00
RM 25.00
RM 20.00
9. Hadiah Pertandingan Melukis
Poster (Individu)
 Johan
 Naib Johan
 Ketiga


1
1
1


RM 30.00
RM 25.00
RM 20.00


RM 30.00
RM 25.00
RM 20.00
10. Hadiah Pertandingan Keceriaan
Kelas
 Johan
 Naib Johan
 Ketiga


1
1
1


RM 60.00
RM 50.00
RM 40.00


RM 60.00
RM 50.00
RM 40.00
11. Cetakan bahan edaran (brosur, lagu
dan lain-lain)
Mengikut
keperluan
RM 120.00 RM 120.00
12. Banner perasmian 1 RM 150.00 RM 150.00
JUMLAH RM 1500.00


8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi : Ustaz Rosli bin Long (Pengetua)
Naib Pengerusi I : Ustazah Shakirah bt Ahmad (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : Ustaz Ahmad Sobri bin Saleh (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi III : Ustaz Afandi bin Saad (PK HEM)
Penyelaras : Pn Nornaimah Bt Rodzi
Setiausaha : Pn.Asmeda bt Abdullah
Bendahari : Cik Hayatulsyuwaida bt Halim (Pembantu Tadbir Kewangan)

Ahli Jawatankuasa
Pertandingan Hiasan Kelas Tema Kemerdekaan: Pn. Nor Azwani bt Mokhtar
Pertandingan Melukis Poster: Sonisah bt Musa
Pertandingan Hiasan Basikal Merdeka: En.Kairul Fahmey
Pertandingan Lagu Patriotik Dan Sketsa: Pn.Maliza bt Mocktar (Kelab 1Msia)
Pertandingan Deklamasi Puisi: Pn.Asmeda bt Abdullah
Pertandingan Pidato: Pn.Norhidayaturahmah bt Ayub
Kuiz Kemerdekaan:Norhayati bt Abd Razak (Kelab Rukunegara)
Pertandingan Reka Cipta Dan Inovasi: Pn.Norhayati bt Othman


9.0 SUMBER KEWANGAN
5

1. Peruntukan PCG Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

10.0 KEPERLUAN ALATAN:
1. Sistem Siaraya – 1 unit
2. Pembesar Suara – 1 unit

11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan ini berjalan lancar.
Semoga usaha ini Berjaya membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan murid
agar terus mengamalkan peribadi mulia untuk menjaga nama baik sekolah dan Negara
Malaysia.


Disediakan oleh,
……………………………
(NORNAIMAH BT RODZI)
Setiausaha


Disahkan oleh,