Anda di halaman 1dari 9

Bahagian A: Soalan 1 hingga 30

Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D.


Pilih satu jawapan yang paling tepat dan bulatkan.




1. Apakah sifat yang perlu ada pada
seseorang yang berpegang kepada
ajaran agama?
A. Individualistik
B. Berbangga diri
C. Bersikap jujur
D. Berani mengambil risiko

2. Bagaimanakah cara kita mensyukuri
nikmat Tuhan?
A. Menjalankan kewajipan seperti yang
dituntut oleh agama.
B. Merungut-rungut tentang kelemahan
diri sendiri.
C. Menggunakan kelebihan yang
dikurniakan oleh Tuhan untuk
kepentingan diri.
D. Merendah-rendahkan kelemahan orang
lain.

3. Mengapakah kita perlu hidup berlandaskan
agama?
A. Agar dunia mengenali kita
B. Agar kejahatan dapat dielakkan
C. Agar diri disanjung oleh orang lain
D. Agar hidup dilimpahi kesenangan

4. Antara yang berikut, yang manakah
merupakan faedah beragama?
A. Memperoleh kepuasan hidup yang
tinggi.
B. Menjadi ikutan masyarakat di
sekeliling.
C. Menghapuskan semangat perkauman
D. Memperbanyak kewujudan agama
baru.
2

5. Individu yang tidak mempercayai
___________ Tuhan, bermakna dia
tidak mensyukuri nikmat yang
diberikan oleh-Nya.
A. kejayaan C. kewujudan
B. keteguhan D. kepercayaan

6. Semua pernyataan yang berikut
merupakan ciri-ciri individu yang
amanah, kecuali
A. Berpegang kepada janji
B. Tidak menyalahgunakan kuasa
C. Melaksanakan tugas yang diberikan
dengan cepat
D. Menjaga barang yang
dipertanggungjawabkan dengan baik

7. Antara berikut, perlakuan yang
manakah tidak menggambarkan sikap
amanah?
A. Ika menjaga wang persatuan dengan
baik.
B. Raju tidak memberitahu rahsia
Muthu kepada rakan-rakan yang lain.
C. Annie tidak memulangkan wang baki
yang terlebih kepada pekedai.
D. Lee menunaikan janjinya untuk
bersama-sama Rani.

8. Individu yang amanah akan diberi _______
untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan.
A. kebolehan C. kelonggaran
B. keutamaan D. kepercayaan

9. Apakah yang dimaksudkan dengan
amanah?
A. Kepercayaan yang diberikan oleh
seseorang untuk melakukan sesuatu
B. Kebolehan menyimpan rahsia yang
diceritakan oleh seseorang
C. Keizinan yang diperoleh daripada
seseorang yang dipercayai
D. Sikap bertanggungjawab yang boleh
menimbulkan kepercayaan dan keyakinan
orang lain

10. Apakah ciri-ciri individu yang amanah?
I tidak bercakap bohong
II tidak menyalahgunakan kuasa
III menganggap barang yang
dipinjam seperti barang sendiri
IV berpegang kepada janji
A. I dan II C. I, II dan IV
B. I, II dan III D.I,II,III dan IV

11. Apakah yang dimaksudkan dengan
maruah diri?
A. Kekuatan fizikal
B. Kehormatan diri
C. Keistimewaan diri
D. Kepintaran akal fikiran

12. Mengapakah kita perlu menjaga
maruah diri?
A. Supaya kita mudah mendapat kawan
B. Supaya kita disanjung tinggi oleh
masyarakat
C. Supaya kita tidak melakukan sesuatu
yang merosakkan diri sendiri
D. Supaya orang lain tidak mengambil
kesempatan ke atas diri kita

13. Antara yang berikut, perlakuan
manakah menyebabkan kita hilang
harga diri?
A. Bergiat aktif dalam aktiviti
kemasyarakatan
B. Bergaul dengan rakan-rakan yang
berlainan agama
C. Menjauhkan diri daripada rakan-
rakan yang bermasalah
D. Menyertai kumpulan lumba haram

14. Semua pernyataan di bawah benar
tentang harga diri kecuali
A. tidak melakukan sesuatu yang akan
membawa malu kepada diri
B. perlu berasa rendah diri dan tidak
menerima kelemahan diri sendiri
C. mempunyai keyakinan terhadap
kebolehan diri
D. berfikiran positif
3

15. Mengapakah kita perlu menjaga harga
diri walau di mana kita berada?
A. Kerana kita manusia yang lemah
B. Kerana kita akan bertambah susah
C. Agar kita dapat menjadi pemimpin
D. Agar hidup kita sentiasa aman

16. Bertanggungjawab bermaksud
A. Melaksanakan sesuatu tugas apabila
disuruh sahaja
B. Keinginan menjalankan sesuatu
kewajipan demi kepentingan diri
C. Melakukan sesuatu kerja dengan
pertolongan orang lain
D. Kesanggupan memikul dan
melaksanakan kewajipan dengan
sempurna

17. Nilai-nilai yang perlu ada pada
seseorang yang bertanggungjawab
adalah seperti berikut, kecuali
A. Mempunyai keyakinan diri
B. Berusaha dengan bersungguh-sunguh
C. Berfikir dengan bijak sebelum
membuat keputusan
D. Mencari kesalahan orang lain
sekiranya gagal dalam sesuatu perkara.

18. Seseorang pelajar bertanggungjawab
I menjalankan tugas setelah diarahkan
II mematuhi peraturan sekolah
III belajar dengan tekun dan bersungguh-
sungguh
IV menangguhkan pekerjaan yang sukar
dilaksanakan
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

19. Seorang yang bertanggungjawab
akan
A. Mudah kecewa dan marah
B. Melaksanakan tugas tanpa
pengawasan
C. Melakukan tugas secara sambil lewa
D. Meminta dan mengharapkan
pertolongan orang lain
20. Perlakuan yang manakah menggambarkan
sikap bertanggungjawab?
A. Menyiapkan kerja sekolah yang
diberi oleh guru
B. Menjaga adik-adik setelah dipaksa
oleh ibu
C. Menolong seseorang bagi
mendapatkan ganjaran
D. Membantu guru untuk mendapatkan
pujian

21. Apakah faedah mengamalkan sikap
toleransi?
A. Mengelakkan berlakunya
pertelingkahan
B. Mewujudkan persaingan yang
sihat
C. Memupuk nilai kemasyarakatan
D. Menambah kenalan dalam
kalangan rakan-rakan sebangsa

22. Antara berikut yang manakah tidak
menerangkan ciri-ciri nilai toleransi?
A. Memberi bantuan kepada mereka yang
memerlukan
B. Bersedia untuk memaafkan orang lain
C. Bersedia menerima teguran atau pandangan
orang lain
D. Berusaha menjaga kepentingan diri sendiri

23. Mengapakah sikap berdikari amat
digalakkan?
A. Dapat menambahkan pengetahuan
B. Dapat mengenal pasti kebolehan diri
C. Dapat mempengaruhi emosi orang lain
D. Dapat mengubah penampilan individu

24. Orang yang yakin pada diri sendiri akan
A. Melaksanakan tugas dengan berhati-
hati
B. Membantu orang lain yang berada
dalam kesusahan
C. Tidak mementingkan diri sendiri
D. Berani bertindak sendiri untuk
mencapai kejayaan

4

25. Ibu anda meminta anda membantunya di
dapur sedangkan anda terlalu letih.
Apakah reaksi yang patut anda
tunjukkan?
A. Membantu sekadar yang termampu
B. Menonton televisyen dan pura-pura
tidak mendengar
C. Tidak mempedulikan permintaan ibu
D. Memarahi ibu kerana mengganggu
masa rehat anda

26. Yang berikut merupakan sikap individu
yang ingin memperoleh kejayaan,
kecuali
A. Memanfaatkan peluang yang diberikan
B. Mempunyai semangat yang tinggi
C. Bekerja keras untuk mencapai sesuatu
yang diingini
D. Bergaul dengan individu yang telah
berjaya sahaja

27. Kasih sayang bermaksud
A. Perasaan sayang terhadap manusia
B. Perasaan cinta yang ikhlas dan
mendalam
C. Prihatin terhadap kebajikan orang lain
D. Keinginan untuk mewujudkan keamanan


28. Kasih sayang sesama manusia boleh
ditunjukkan dengan
A. Menyertai aktiviti kemasyarakatan
B. Mengamalkan gaya hidup bebas
C. Menghargai dan memelihara alam
sekeliling
D. Menghulurkan bantuan dan simpati
kepada mereka yang memerlukan

29. Individu yang bersikap adil
A. Akan bertindak secara rasional
B. Akan bertindak mengikut emosi
C. Akan membuat keputusan berdasarkan
pertimbangan sendiri
D. Akan mementingkan diri dan keluarga
mereka sahaja

30. Bagaimanakah ibu bapa menunjukkan
nilai keadilan kepada anak-anak?
A. Membeli pakaian yang sama
B. Melayan anak-anak secara saksama
C. Menghantar anak-anak ke sekolah
yang berlainan
D. Memberikan perhatian kepada anak-
anak yang pandai sahaja
HITAMKAN PADA PETAK JAWAPAN










20 B C D 1 A
B C D 2 A
B C D 3 A
B C D 4 A
B C D 5 A
B C D 6 A
B C D 7 A
B C D 8 A
B C D 9 A
B C D 10 A B C D 20 A
B C D 1 A
B C D 1 A
B C D 1 A
B C D 1 A
B C D 1 A
B C D 1 A
B C D 1 A
B C D 18 A
B C D 19 A
B C D 30 A
B C D 2 A
B C D 2 A
B C D 2 A
B C D 2 A
B C D 2 A
B C D 2 A
B C D 2 A
B C D 28 A
B C D 29 A
5


Bahagian B (10 markah)
Tuliskan BENAR bagi pernyataan yang betul dan SALAH bagi pernyataan yang salah.

1. Persekitaran yang bebas daripada pencemaran akan melahirkan kehidupan
yang harmoni.
2. Kita dilarang menganiayai dan bertindak kejam terhadap semua makhluk
Tuhan.
3. Aktiviti pembangunan yang keterlaluan tidak akan menjejaskan alam sekitar.
4 . Peperangan dan perbalahan membawa kemusnahan kepada kehidupan
dan harta benda.
5. Membuang sisa toksik ke dalam sungai adalah cara yang selamat untuk
mengelakkan pencemaran.
6. Seseorang yang rasional akan sentiasa waras.
7. Kita boleh melakukan sesuatu perkara mengikut perasaan dan tidak
memerlukan pertimbangan.
8. Mengucapkan terima kasih apabila menerima barang.
9. Kita tidak perlu membersihkan tapak perkhemahan setelah mengadakan
aktiviti tersebut.
10. Sikap bertolak ansur penting untuk mengelakkan pergaduhan sesama manusia.
Bahagian C

i. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.





1. Individu yang tidak berdikari akan sentiasa meminta bantuan daripada orang lain
untuk menyelesaikan sesuatu ____________________.

2. Anak-anak yang mengamalkan nilai berdikari akan mengurangkan ______________
ibu bapa atau penjaga.

3. Ibu bapa memainkan _______________ yang penting untuk mendidik anak-anak
supaya hidup berdikari.

4. Individu yang mengamalkan nilai berdikari tidak akan mudah berputus asa dalam
usahanya mencapai ______________________.


-peranan -beban -masalah

-membina -bijak -kejayaan
6

5. Seseorang yang berdikari dalam melakukan sesuatu perkara harus ________________
menilai kesan atau akibat tindakannya itu.

6. Mengamalkan nilai berdikari membantu kita _______________ keyakinan diri.

( 6 Markah)

ii. Pilih nilai-nilai yang sesuai berdasarkan setiap pernyataan yang diberikan




1. Kesanggupan memikul tugas atau kewajipan dan melaksanakan dengan sempurna
Nilai:___________________________________

2. Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu perkara tanpa bergantung kepada
orang lain.
Nilai:___________________________________

3. Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang
lain.
Nilai:___________________________________

4. Budi pekerti dan tingkah laku yang mulia, lemah lembut, serta berbudi bahasa dalam
pergaulan seharian.
Nilai:___________________________________
( 4 Markah)
iii. Nyatakan sama ada WAJAR atau TIDAK WAJAR bagi situasi-situasi di bawah.

1. Shakila bertanggungjawab atas kesalahan yang telah dilakukannya.
2. Rani tidak sempat menyiapkan kerja sekolah kerana leka bermain
permainan komputer.
3. Sebagai ketua pengawas, Farid tidak mengendahkan kesalahan yang telah
dilakukan oleh sahabat baiknya.
4. Ah Meng membantu adiknya ketika ibunya sibuk memasak.
5. Setelah berjaya dalam hidup, Amran mengabaikan kebajikan kedua-dua
orang tuanya.
6. Puan Mei Yi menyerahkan segala urusan rumah tangga kepada pembantu
rumahnya.
(6 markah)


A Amanah
B Hemah tinggi
C Berdikari
D Bertanggungjawab

7

Bahagaian D
Soalan Struktur
1. Lihat gambarajah di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

a. Apakah tiga punca remaja menghisap rokok?
i._______________________________________________________________________
ii.______________________________________________________________________
iii.______________________________________________________________________
( 3 markah)
b. Terangkan tiga kesan tabiat menghisap rokok pada diri?
i._______________________________________________________________________
ii.______________________________________________________________________
iii.______________________________________________________________________
( 3 markah)
c. Apakah empat langkah untuk mengawal tabiat merokok di kalangan remaja?
i._____________________________________________________________________
ii______________________________________________________________________
iii._____________________________________________________________________
iv______________________________________________________________________
(4 Markah)
2. Berdasarkan situasi yang diberi, nyatakan tindakan anda.
a.


Tindakan:
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
(2 markah )
Ketika berjalan pulang dari sekolah, anda menjumpai seekor burung berada di
tepi longkang. Burung itu cedera dan tidak dapat terbang.
8


b.



Tindakan:
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
(2 markah )

3. Perhatikan gambar di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.



a. Apakah tindakan yang wajar anda ambil sekiranya anda berada dalam situasi seperti
gambar di atas?
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
(2 markah)
b. Mengapakah anda mengambil tindakan tersebut?
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
( 2 markah)

Anda terserempak dengan sebuah lori yang membawa muatan penuh menuju
ke arah sebatang sungai. Anda mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dan
anda berasa terkejut apabila melihat dua orang lelaki membuang sisa toksik
ke dalam sungai.
9


4. Nyatakan contoh amalan kasih sayang berdasarkan kategori yang berikut.















(6 markah)






KERTAS SOALAN TAMAT

AMALAN KASIH SAYANG
a._____________________________
_______________________________
b._____________________________
_______________________________
c._____________________________
_______________________________
a._____________________________
_______________________________
b._____________________________
_______________________________
c._____________________________
_______________________________
KASIH SAYANG KEPADA MANUSIA KASIH SAYANG KEPADA PERSEKITARAN