Anda di halaman 1dari 5

Perayaan Kaum Melayu- HARI RAYA AIDILFITRI

Hari Raya Aidilfitri merupakan peristiwa atau lebih dikenali sebagai perayaan
yang disambut oleh umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh
dunia. Namun begitu, kita akan lebih memfokuskan sambutan perayaan ini di
Malaysia. Secara ringkasnya, perayaan ini disambut selepas bulan Ramadhan
bagi menandakan kejayaan umat Islam berpuasa(menahan nafsu) selama
sebulan. Mari kita mengkaji dengan lebih dekat lagi tentang perayaan ini.




Perayaan Kaum Cina- Perayaan Tahun Baru Cina


Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi
kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan
pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan
kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali
berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar
mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar
pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau
puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol
murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Perayaan Kaum Cina-2)Chap Goh Mei


Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang
pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi
perayaan ini.
Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari
itu juga disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam
sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.
Perayaan kaum india- Perayaan Deepavali

Deepavali ini disambut pada hari ke 14 Perkataan Deepavali merupakan
gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali"
yang bererti barisan. Perayaan bulan Aipasi dalam kalendar Tamil
(antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta
Cahaya.

Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka
percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi
kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi
kejahilan.
Perayaan Krismas


Penganut Kristian telah dibiasakan menerima bahawa Krismas dan Easter adalah
sebahagian daripada tradisi Kristian. Hakikatnya: Kedua-duanya bukan Kristian tetapi
sebaliknya berpunca daripada kultus-kultus misteri, Saturnalia, sistem penyembahan
dewi Ibu dan pemujaan dewa Matahari. Kedua-duanya bertentangan secara langsung
dengan hukum-hukum Tuhan dan sistemNya.

Lebih penting lagi, terdapat perayaan-perayaan lain yang diperintahkan
Alkitab yang juga tidak dirayakan. Juga, Sabat yang diperintahkan oleh
perintah hukum keempat tidak dipelihara tetapi sebaliknya hari Minggu
dipelihara sebagai gantinya. Bagaimanakah ini terjadi? Bagaimana asal-
usulnya? Adakah ia berunsurkan Alkitab dan adakah ia berciri Kristian?
Jawapan-jawapannya terdapat di dalam sejarah, dan sungguh
menakjubkan.