Anda di halaman 1dari 7

KUMPULAN 5 – KAEDAH 1

1.NURUL AINI @ NORULLAINE BT MOHD NOR ALAM
2.SITI SHAZILLA BINTI ZAINUDDIN
3.SITI FATIMAH BINTI YAHYA

TAJUK : KEKENYALAN
HASIL PEMBELAJARAN :
Dalam unit ini peserta dapat merekabentuk eksperimen berkaitan dengan jisim dengan
pemanjangan spring.
SITUASI PENCETUSAN IDEA MURID:
Aini sedang membuai kedua-kedua anaknya yang berlainan jisim pada buaian yang berlainan
tetapi menggunakan dua jenis spring yang sama. Panjang awal kedua-dua spring ialah 20.0 cm.
Berdasarkan pemerhatian Aini, dia mendapati buaian anak keduanya lebih panjang berbanding
anak pertamanya. Mengapakah perkara ini terjadi?

A) Berdasarkan permasalahan di atas, jalankan eksperimen dengan menggunakan bahan dan
radas berikut:

Spring dengan diameter 1.0 cm, pembaris meter, kaki retort, pin dan pemberat berjisim 10 g.








B) Berdasarkan Eksperimen yang telah anda jalankan, tuliskan laporan yang mengandungi
perkara-perkara berikut:-
1) Tujuan
2) Inferens
3) Hipotesis
4) Pemboleh ubah
a) Manipulasi
b) Bergerakbalas
c) Dimalarkan
5) Prosedur esperimen
6) Penjadualan Data( Berdasarkan keputusan eksperimen plotkan graf)
7) Analisis data
8) Kesimpulan eksperimen.

C) Berdasarkan dapatan eksperimen yang telah anda jalankan, bincang permasalahan berikut :
1. Jika anda seorang pengusaha kilang tilam, cadangkan ciri-ciri spring yang sesuai
digunakan untuk tilam tersebut.Jelaskan
2. Berikan aplikasi lain yang menggunakan konsep ini.
















RADAS DAN BAHAN

BIL BAHAN DAN RADAS KUANTITI
1 Spring berdiameter 1.0 cm 1
2 Pembaris meter 1
3 Pemberat ( 10 g) 5
4 Kaki retort dengan pemegang 1 set
5 Pin 1


























SENARAI SEMAK MENGENDALIKAN EKSPERIMEN

Menjalankan eksperimen Persembahan Data Pentafsiran Data dan
Graf
Penulisan Laporan
Menyusun bahan & radas
 Memasang alat dan radas
 Menjalankan eksperimen
tanpa gangguan angin

Teknik

 Mengukur panjang asal
spring
 Mengukur pemanjangan
spring
 Mengira pemanjangan
spring

Mengumpul data
 Merekod data
menggunakan jadual

Menggunakan radas
 Menggunakan pembaris
meter dengan betul.
 Penyimpanan radas

Penjadualan Data
 Lajur, baris, tajuk
dan unit
 Pembolehubah
 Bacaan data betul
pada 1 tempat
perpuluhan yang
konsisten dan malar
 Sistematik, kualiti
dan pengiraan.
Graf
 Tajuk
 Paksi dengan
unit
 Pembolehubah
 Skala sekata
 5 titik diplotkan
 Saiz graf 5 x 4
 Garis yang licin
dan seimbang
 Kesimpulan
 Soalan 1
 Soalan 2

 Tujuan
 Hipotesis
 Pembolehubah
 Bahan dan radas
 Prosedur
 Penjadualan data
 Analisis data
 Kesimpulan



JAWAPAN :
Tujuan :

Untuk mengkaji hubungan antara jisim pemberat dengan
pemanjangan spring
Inferens Pemanjangan spring bergantung pada jisim pemberat
Hipotesis Semakin bertambah jisim pemberat, semakin panjang pemanjangan
spring
Pemboleh ubah
1. Manipulasi:
2. Bergerakbalas
3. Dimalarkan:

Jisim Pemberat
Pemanjangan Spring
Pemalar sping/ diameter spring
Prosedur esperimen


1. Radas disediakan seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah.
2. Panjang awal spring tanpa berat, l
o
diukur menggunakan
pembaris meter dengan pin sebagai rujukan.
3. 10 g pemberat digantung dari bahagian bawah spring. Panjang
baru spring, l diukur. Pemanjangan spring, x dikira dengan
menggunakan formula x = l - l
o
.
4. Langkah 3 diulangi dengan pemberat 20 g, 30 g, 40 g, dan 50 g.
Penjadualan Data Panjang awal spring, l
o
= ……………………….. cm
Jisim
pemberat, m
(g)
Panjang
spring, l (cm)
Pemanjangan
spring, x (cm)
10
20
30
40
50

Analisis data

- Graf pemanjangan spring, x melawan berat, F diplotkan.

- Graf x melawan m ialah graf linear yang melalui origin. Ini
menunjukkan bahawa hubungan antara x dan m adalah
berkadar terus.
Kesimpulan
eksperimen.

x berkadar terus dengan m. Hipotesis diterima
Soalan 1 1. Jika anda seorang pengusaha kilang tilam, cadangkan ciri-ciri
spring yang sesuai digunakan untuk tilam tersebut.Jelaskan
a)-pemalar spring tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi
kerana jika rendah tilam itu terlalu kenyal dan jika terlalu tinggi
tilam itu akan terlalu keras.
b) ketumpatan spring hendaklah rendah supaya ringan untuk di
bawa kemana-mana.
c) kadar pengaratan yang rendah – tidak mudah karat, tahan lebih
lama.
Soalan 2 2. Berikan aplikasi lain yang menggunakan konsep ini.
-absorber kereta.
- trampoline
-galah lompat tinggi