Anda di halaman 1dari 12

KOLEJ VOKASIONAL AMPANGAN

PENDIDIKAN ISLAM AMT 202
TAJUK : IBNU SINA






NAMA : NUR ALISYA BINTI MAZMI
NO K/P : 980929055294
SEMESTER : 2
GURU PENILAI :


RUMUSAN

Melalui kerja kursus Pendidikan Agama Islam ini, saya telah banyak
mempelajari tentang tokoh-tokoh Islam sepanjang masa kajian ini
dijalankan. Saya ____________________ telah mendapat banyak
bantuan daripada pelbagai pihak untuk melaksanakan kerja kursus
Pendidikan Agama islam ini.

Selain itu, melalui kajian ini saya lebih mengenali tokoh-tokoh yang saya
kaji seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad,
Imam Al-Bukhari, dan Imam Al-Ghazali melalui riwayat hidup mereka.
Bukan itu sahaja, saya dapat mengetahui pendidikan tokoh-tokoh Islam
yang telah saya kaji dan barulah saya sedar bahawasanya bukan mudah
untuk manusia pada zaman dahulu untuk mempelajari sesuatu ilmu.
Di samping itu, saya juga dapat mengetahui sifat peribadi, ketokohan
serta pendirian mereka sebagai insan yang menggemari ilmu. Oleh itu,
secara tidak langsung saya akan mempraktiskan segala sifat positif
mereka.

Akhir sekali, saya juga lebih menghayati sumbangan mereka terhadap
dunia Islam daripada dulu hingga kini dan selamanya melalui pemikiran,
mazhab dan penulisan.

PENDAHULUAN

Saya _________________________ dengan nombor kad pengenalan
___________________dari kelas ___________________ menjalankan
sebuah kajian untuk kerja kursus Pendidikan Agama Islam yang bertajuk
Tokoh-tokoh Islam. Kajian ini telah diberikan oleh guru Pendidikan
Agama Islam saya, _________________________. Kajian ini juga
dilakukan berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah supaya
tidak lari daripada tuntutan kajian yang asal. Tempoh masa yang
diberikan adalah selama 2 minggu.



PENGHARGAAN
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Saya ____________________ dari kelas __________ bersyukur ke
hadrat Ilahi akhirnya dengan berkat dan nikmat-Nya saya dapat
menyiapkan folio yang ditugaskan oleh guru Pendidikan Agama Islam
saya, ________________________.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
guru Pendidikan Agama Islam saya, _______________________
kerana telah memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan folio ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa
saya, Encik __________________ serta Puan ____________________
kerana telah membantu saya dari segi kewangan serta sokongan mental
dan fizikal .

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-
rakan seperjuangan saya dari kelas ___________ kerana telah
menolong dan menyokong saya sepanjang menyiapkan folio ini.

Semoga Allah s.w.t membalas jasa baik anda semua





















bnu Sina (370 H - 428 H / 980 M - 1037 M)

Kelahiran dan kehidupan beliau:

- Nama beliau ialah Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina,
manakala gelaran beliau pula ialah Abu Ali.

- Ibnu Sina dilahirkan di Afsyinah iaitu nama sebuah kampung yang
terletak berhampiran dengan Bukhara di mana kini ia yang terletak di
Republik Uzbekistan.

- Ibnu Sina dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang agak teguh. Ayah
beliau berasal dari Balakh kemudian berpindah ke Bukhara pada zaman
pemerintahan Al-Amir Nuh bin Mansur dan tinggal di salah sebuah
perkampungan kecil di Bukhara yang bernama Khirmithan, walau
bagaimanapun akhirnya beliau tinggal menetap di Afsyanah kerana
tempat tersebut hampir dengan tempat kerjanya. Dengan demikian bapa
Ibnu Sina mampu memberikan pendidikan yang unggul dan
pengetahuan yang agak tinggi kepada Ibnu Sina dan adik-beradik beliau
jika dibandingkan dengan suasana yang ada pada masa tersebut. Bapa
beliau telah menyediakan seorang guru Al-Quran dan seorang guru
kesusasteraan menyebabkan Ibnu Sina dapat menghafal seluruh Al-
Quran dalam usia sepuluh tahun.

Pengajian ilmu beliau:

- Ibnu Sina banyak mempelajari buku-buku kesusasteraan. Selepas
mampu menguasai ilmu ini beliau dihantar oleh bapa beliau kepada
seseorang yang boleh mengajar ilmu matematik kepada beliau.
Kemudian Ibnu Sina mempelajari ilmu fekah, cara-cara membuat
penyelidikan dan perbahasan. Beliau juga mendalami ilmu tasawuf,
mantik, falsafah malah beliau tergolong di kalangan cendekiawan di
bidang kedoktoran serta terkemuka di dalam bidang tersebut
sehingga ramai di kalangan pakar-pakar di bidang kedoktoran yang
datang mempelajari ilmu daripada beliau.

- Ibnu Sina merupakan seorang yang cekal di dalam menimba ilmu
pengetahuan di mana beliau tidak akan tidur pada waktu malam
kecuali setelah beliau banyak membaca pada malam tersebut,
begitu juga beliau tidak akan tidur pada waktu siang kecuali setelah
beliau berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan pada hari tersebut.
Beliau tidak pernah ketinggalan dari menghadiri pengajian ilmu
fekah dan falsafah sehingga beliau memiliki cara tersendiri di dalam
menyelesaikan pelbagai masalah.

- Ibnu Sina berjaya menguasai kesemua bidang ilmu dalam usia
yang masih terlalu muda di mana ada yang mengatakan usia beliau
pada masa tersebut menjangkau usia enam belas tahun atau lapan
belas tahun.

Kemasyhuran dan ketinggian ilmu beliau:

- Tatkala Al-Amir Nuh bin Mansur mengalami kesakitan, ramai
doktor yang datang mengubatinya, sehinggalah apabila beliau
mendengar nama dan kemasyhuran Ibnu Sina, beliau
memerintahkan agar memanggil Ibnu Sina supaya dapat bersama-
sama dengan para doktor yang lain untuk mengubati penyakit Al-
Amir. Lantas Ibnu Sina berusaha mengubati penyakit Al-Amir
sehinggalah beliau sembuh. Sebagai ganjaran di atas usaha
tersebut, Al-Amir mengizinkan beliau untuk menggunakan
perpustakaan yang terdapat di Istana. Setelah itu Ibnu Sina
membaca kesemua kitab-kitab yang terdapat di dalam
perpustakaan tersebut.

- Ibnu Sina memulakan pengembaraan beliau selepas berlaku
kekacauan di dalam pengurusan kerajaan As-Samaaniah. Lalu
beliau keluar dari Bukhara menuju ke sebuah tempat yang bernama
Karkang. Ketika itu Ibnu Sina sentiasa memakai pakaian fukaha
menyebabkan beliau dihormati oleh Amir Khawarizmi. Kemudian
beliau berpindah ke Jarjan dan Khurasan. Walau bagaimanapun
setelah beberapa ketika Ibnu Sina meninggalkan kedua-dua negara
tersebut menuju ke Dahastan kemudian kembali semula ke Jarjan
dan bertemu dengan Juzjani. Di Jarjan kedudukan Ibnu Sina
dipandang tinggi, di mana beliau telah dilantik menjadi menteri
kepada Syamsu Ad-Daulah di negeri Hamdan sebanyak dua kali,
walaupun demikian beliau tidak pernah berhenti menulis, mengajar
dan mengarang. Beliau mula mengajar murid-murid beliau pada
awal waktu malam, memberikan catatan buku yang beliau hafal
kepada mereka manakala pada waktu pagi pula beliau bertolak ke
pejabat Kementerian tempat beliau tugaskan.

Karangan Ibnu Sina:

- Buku yang dikarang oleh Ibnu Sina adalah menjangkau sebanyak 250
buah termasuk kitab, esei dan artikel di dalam bidang matematik, mantik,
akhlak, fizik, kedoktoran dan falsafah.

- Pencapaian Ibnu Sina yang dianggap paling menonjol ialah pencapaian
beliau di dalam bidang kedoktoran di mana beliau telah mengarang kitab
beliau yang bernama Al-Qanun yang menggariskan beberapa catatan
terperinci seperti hubungannya dengan penyakit batuk kering, penyakit
paru-paru yang lain serta menyatakan peranan air dan debu di dalam
memindahkan jangkitan penyakit di samping mengaitkan penyakit
dengan unsur-unsur psikologi, tekanan perasaan dan beberapa
penyebab penyakit yang sangat luar biasa.

- Kitab Al-Qanun telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa Eropah
dan terus dijadikan sebagai bahan penyelidikan di beberapa buah
universiti di Eropah selama empat kurun berturut-turut.

- Ibu Sina juga telah memberi sumbangan di dalam ilmu fizik
sebagaimana yang ditulis di dalam kitabnya Asy-Syifa', An-Najah dan Al-
Isyarah.

Kewafatan Ibnu Sina:

- Walaupun Ibnu Sina salah seorang yang mengutamakan ilmu
kedoktoran tetapi beliau tidak mengambil berat kepada kesihatan diri
beliau menyebabkan beliau menghadapi pelbagai penyakit sehinggalah
kekuatannya menjadi semakin lemah dan akhirnya beliau mati pada
tahun 428 Hijrah / 1037 Masihi di negeri Hamdan.













BIODATA / RIWAYAT HIDUP
Nama: al- Huseyn bin Abdullah bin al-Hassan Bin Ali bin Sina
Dikenali dibarat: Avicenna
Tarikh Lahir : Tahun 370 Hijrah / 980 Masihi
Tempat Lahir : Afshanah, Bukhara, Turkistan
Bangsa: Parsi
Tarikh wafat : 428 Hijrah / 1037 Masihi di Hamazan
Usia ketika wafat: 57/58 tahun
IBNU SINA SEMASA KECIL
Ibnu Sina mula mempelajari al-Quran semenjak berusia 5 tahun dan
menghafaznya ketika berumur 10 tahun. Kemudian beliau mempelajari
ilmu fekah , tasawuf , ilmu hisab, geometri, falsafah, sains dan
astronomi. Semasa berusia 16 tahun, beliau telah menguasai ilmu
perubatan.
PERIBADI IBNU SINA
Tekun mempelajari ilmu
Ibnu Sina pernah membaca buku berkenaan metafizik yang dikarang
oleh Aristotle sebanyak 40 kali.
Taat beragama
Beliau sering kali berdoa kepada Allah terutama apabila beliau
menghadapi sebarang kebuntuan dalam memhami sesuatu ilmu.
Beliau akan pergi ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah.
Pintar
Beliau berjaya menguasai pelbagai jenis ilmu sejak berusia 18 tahun.
Berinovatif
Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya
dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya perubatan.
SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN
1. Karya dalam Perubatan
Beliau banyak menghasilkan karya dalam perubatan seperti ‘al-Qanun fi
al-Tib’, ‘al-Adwiyah al-Qalbiyyah’, dan ‘al-Alfiyyah al-Tibbiyyah’. Karya
beliau diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Hebrew
dan Latin.
Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri
daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu
perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada
Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.
Buku al Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593
sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Canon
of Medicine. Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke
Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa
Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah
hingga 1500 M. Buku tersebut juga telah diulang cetak sebanyak 16 kali
dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi
(Hebrew). Di samping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam
bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M ,
buku ini dicetak 21 kali.
Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di
pelbagai universiti di Perancis seperti di Sekolah Tinggi Kedoktoran
Montpellier dan Louvin yang menggunakannya sebagai bahan rujukan
pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah
menganggap buku tersebut sebagai “Ensiklopedia Kedoktoran”.
Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke
dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan
sebagai rujukan asas di universiti-universiti di Itali dan Perancis.
Malahan sehingga abad ke-19, buku karangan Ibn Sina itu masih diulang
cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan. Ia dijadikan rujukan
utama dalam bidang perubatan di seluruh pusat pengajian termasuklah
di Frankfurt University, Germany, University of Paris, dan Oxford
University.
Al- Qanun Fit-Tibb juga turut memuatkan perbincangan mengenai
penyakit saraf. Buku tersebut juga mengajar mengenai cara-cara
pembedahan dan menekankan keperluan pembersihan luka. Di dalam
buku tersebut terdapat gambar-gambar dan rajah-rajah yang sekaligus
menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang amat luas dan
mendalam.
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul
Remedies for The Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan.
Dalam buku tersebut, beliau telah menceritakan dan menghuraikan
berkaitan 760 jenis penyakit dan cara untuk mengubatinya.
2. Pencapaian Dalam Bidang Perubatan
** Penemuan penyakit baru dan puncanya
- pengaruh kuman dalam penyakit
- jangkitan virus seperti TB
- Penyakit Rubella, allergy (alahan), cacar (smallpox) dan
sebagainya.
** Penemuan dalam bidang farmasi
- menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai penyakit
- menghasilkan ubat bius
** membangunkan teknologi perubatan
- mencipta benang yang khusus untuk menjahit luka pembedahan
- mencipta picagari
** kesan peninggalan ibnu sina dalam perubatan
- memperkenalkan metode pemerhatian (observation) dan analisis
Sumbangan Dalam Bidang Ilmu dan Pemikiran
Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau
pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan
persoalan falsafah. Pada usia 21 tahun, ketika berada di
Khawarizm, beliau mula menulis karyanya yang pertama yang berjudul
“Al-Majmu” yang mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan yang
lengkap. Kemudian beliau telah melanjutkan penulisannya dengan
menulis buku-buku lain iaitu 116 karya dalam pelbagai bidang seperti
falsafah, mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains
politik. Karya-karya beliau telah dihimpun oleh Domonican Institute for
Oriental Studies di Kaherah, Mesir. Dalam pada itu, karya-karya beliau
telah diterjemahkan ke bahasa Arab pada tahun 1950 oleh Liga Arab
dan diberi tajuk ‘Muallafat Ibnu Sina’. Jasa Ibn Sina dalam bidang
perubatan dan keilmuan amat dihargai sehingga sebuah institusi
pendidikan di Hungary dinamakan sebagai „Avicenna College‟.
Penemuan-Penemuan Baru
Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan
sumbangan terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-
penemuan barunya.
Bidang Geografi
Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli geografi yang mampu
menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari
gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan beliau telah
membuktikan kemampuannya dalam mengemukakan suatu hipotesis
atau teori pada waktu itu, yang gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan
Romani sejak dari Aristotles.
Bidang Geologi, Kimia
Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi dan kimia memang tidak
dapat disangsikan lagi. Menurut A.M.A Shushtery, karangan Ibnu Sina
mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di
Eropah. Beliau juga meninggalkan penemuan-penemuan yang
bermanafaat dalam bidang kimia. Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah
menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara
satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari pelbagai jenis.
Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah
dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan Bapa Kimia Muslim.
Sebahagian daripada karyanya adalah seperti berikut:
1.Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational
Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.
2.Bidang metafizika , “Ilahiyyat” (Ilmu ketuhanan)
3.Bidang psikologi , “Kitab an-Nayat” (Book of Deliverence) buku tentang
kebahagiaan jiwa.
4.Bidang sastera arab “Risalah fi Asab Huduts al-Huruf” ,risalah tentang
sebab-sebab terjadinya huruf.
5.Bidang syair dan prosa “Al-Qasidah al- Aniyyah” syair-syair tentang
jiwa manusia.
6.Bidang politik “Risalah as-Siyasah” (Book on Politics) – Buku tentang
politik.
KEWAFATAN IBNU SINA
Pada tanggal 1 Ramadhan 428 Hijriah, Abu Ali Sina atau yang terkenal
dengan nama Ibnu Sina, yang berasal daripada Iran, telah meninggal
dunia. Ibnu Sina wafat pada usia ke 58 tahun di kota Hamedan, Iran
Barat. Dalam rangka memperingati 1000 tahun hari kelahirannya di
Tehran pada tahun 1955 M, beliau telah dinobatkan sebagai “Father of
Doctor” untuk selamanya-selamanya. Sebuah monemun sejarah telah
dibina di Tehran untuk itu. Makam beliau di Hamdan itu kemudiannya
telah dikelilingi oleh makam-makam doktor Muslim lain yang
disemadikan di kawasan tersebut. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu
yang terkemudian merasa megah jika jasad mereka dapat dimakamkan
di tanah perkuburan yang sama.