Anda di halaman 1dari 4

>Madinah terletak antara Makkah dan Syam. Laluan pedagang. Tempat persinggahan.

>Penduduknya terdiri daripada Yahudi, Nasrani dan Arab. Yahudi Bani Quraizah, Bani Nadhir, Bani
Qunaiqa , Arab Aus dan Khazraj. Kehidupan kurang sebab pergeseran kabilah dan penguasaan
ekonomi oleh Yahudi. Aus dan Khazraj jemput Nabi saw wujud Aqabah 1 pada 621M.
>Madinah Bandar bercahaya. Dikenali juga dengan Yathrib. Terletak di wilayah Hijjaz.Suku Aus di
Selatan dan Timur, Khazraj di tengah Madinah, Yahudi pertama hijrah ke Madinah ialah Qinuqa
>Aqabah ialah tempat antara Mina dan Makkah. Wakil Aus dan Khazraj menemui Nabi di Aqabah
kemudian peluk Islam. 621M

Perjanjian Aqabah Pertama:
*Berlaku pada bulan Zulhijjah tahun ke-12 selepas ke-Rasulan bersamaan bulan Julai 621 Masihi.
*Bertujuan mengangkat sumpah kepada Rasulullah s.a.w. menunujukkan kesetiaan kepada agama
islam.
*Pihak yang terlibat adalah Rasulullah s.a.w. dan 12 orang lelaki Madinah
*Isi kandungan perjanjian tersebut adalah:
a) Tidak mensyirikkan Allah
b) Tidak mencuri
c) Tidak berzina
d) Tidak membunuh anak
e) Tidak menabur fitnah dan khianat
f) Tidak menderhaka kepada Rasulullah s.a.w.

DI DALAM perjanjian Aqabah yang pertama antara Nabi s.a.w. dengan
pemimpin Hazraj Madinah, sememangnya telah sempurna Islam para
pemimpin-pemimpin Muslimin Madinah itu. Soalnya, bagaimanakah corak Islam
pemimpin Madinah pada ketika itu, dan apa dia tanggungjawab yang dibebankan
ke atas mereka oleh Islam.

Tentang Islamnya para pemimpin Madinah bukanlah sekadar mengucap dua
kalimah syahadah semata-mata, tetapi apa yang diucapkan itu mesti dikuti
dengan keyakinan yang jazam di dalam hati. Mereka yakin bahawa tidak ada
tuhan yang benar-benar layak untuk diabdikan diri dan dipatuhi segala
perintah-Nya hanyalah Allah SWT, Tuhan yang mempunyai sifat-sifat
Kesempurnaan dan Kemuliaan, Tuhan yang Maha Berkuasa menciptakan
seluruh alam dan seisinya.

Demikian juga kesanggupan mereka untuk menjadi saksi bahawa Muhammad
bin Abdullah s.a.w. itu adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya yang diasuh oleh
Allah SWT dengan sempurna sejak dari zaman azali lagi. Para pemimpin Islam
di Madinah iltizam dengan keyakinan terhadap Allah dan Rasul-Nya, komitmen
itu tidak mudah digugat oleh apa jua cabaran dan rintangan, dalam keadaan
bagaimana sekalipun mereka tetap bersama kebenaran yang telah mendarah
daging itu.

Berasaskan prinsip bai'ah antara pemimpin umat Islam Madinah dengan Nabi
s.a.w., menjadikan cara hidup mereka diwarnai dengan keIslaman yang tulen.
Sama ada dari segi aqidah dan akhlaknya, segalanya bertunjangkan dengan
syariat Allah SWT.

Perkara utama yang dibai'ahkan dengan Rasulullah s.a.w. ialah larangan
mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu apa juapun, apabila seseorang itu
syirik bererti kesetiaan terhadap Allah SWT telah berbelah bagi. Larangan syirik
menjadi agenda utama Nabi kerana masyarakat Arab sebelum kedatangan Nabi
s.a.w. telah lama bergelumang dengan syirik. Justeru Islam datang membawa
ajaran tauhid, demi kesejahteraan aqidah tauhid maka sekecil manapun syirik di
dalam hati seseorang mesti diperangi habis-habisan, supaya aqidah mereka
sejahtera dari kemusnahan.

Selain dari larangan syirik, termasuk juga di dalam bai'ah itu ialah larangan
mencuri, berzina, jangan bunuh anak perempuan. Tiga larangan selepas syirik
merupakan kejahatan yang sangat lumrah di kalangan umat Arab Jahiliyyah.
Mencuri dan berzina merupakan kesempatan yang sering diambil oleh
masyarakat jahiliyyah tanpa memikirkan kesan yang dialami oleh pihak yang
dimangsakan.

Begitu juga dengan amalan membunuh anak perempuan, ia adalah kesan dari
cara berfikir kaum Arab jahiliyyah yang amat dangkal. Ia dilakukan berdasarkan
bahawa memelihara anak perempuan tidak mendatangkan faedah, banyak masa
dan harta kekayaan yang digunakan untuk menjaga anak perempuan, tetapi ia
ibarat pelaburan yang mati. Pada pendapat mereka, apabila anak perempuan
sudah remaja dan berkahwin dengan orang lain, yang tinggal hanya penat sahaja.

Untuk dijadikan pekerja, tenaga wanita tidak sekuat mana dan tidak akan
memberikan pulangan yang baik. Jika berlaku peperangan tidak boleh dijadikan
tentera, tenaga wanita tidak sepadan untuk berdepan dengan tentera musuh yang
gagah perkasa, malah menjadi beban jika terpaksa berundur. Justeru itu mereka
lebih senang membunuhnya ketika masih kecil, daripada memeliharanya tanpa
mendatang sebarang keuntungan.

Demikian anggapan terhadap anak perempuan berdasarkan pemikiran jahiliyyah.
Oleh kerana Islam telah mengangkat martabat wanita, maka pemikiran jahiliyyah
itu mesti dihapuskan. Itulah sebabnya larangan membunuh anak perempuan
termasuk dalam bai'ah antara Nabi dengan pemimpin Arab Madinah dari
kalangan Hazraj, agar pemikiran songsang itu diganti dengan memuliakan kaum
wanita sebagai isteri yang disayangi dan juga sebagai ibu dihormati. Antara
ajaran Nabi yang menggambarkan kemuliaan kaum wanita ialah: "Syurga di
bawah telapak kaki ibu". Jika anak perempuan dibunuh sejak kecil, akhirnya
masyarakat manusia akan kehilangan calon-calon isteri dan juga calon ibu,
akibatnya kaum lelaki juga akan menerima padahnya jika tanpa pasangan hidup.

Dalam bai'ah itu termasuk juga larangan melakukan perkara keji seperti menuduh
dan memfitnah, dan jangan melakukan maksiat terhadap Nabi dalam perkara
yang makruf.

Melalui lima perkara larangan yang dimasukkan dalam bai'ah itu, menjadi isyarat
betapa Nabi s.a.w. telah membuktikan kebijaksanaan dalam perkara mentadbir
dan mengurus manusia. Kerana perkara yang terlarang di dalam Islam itu bukan
hanya lima perkara itu sahaja, tetapi peringkat permulaan manusia mendekati
Islam dan meninggalkan jahiliyyah, samada dengan hanya sekadar lima larangan
yang asas itu dahulu. Setelah umat Islam meningkat kefahaman dan
keyakinannya, maka boleh ditingkatkan lagi perkara-perkara larangan dan
suruhan itu.

Inilah ciri ciri-ciri utama untuk menjadi orang Islam dan membina masyarakat
Islam, maka lima perkara itu mesti diberi keutamaan. Perkara pokok terhadap
kesetiaan kepada Allah SWT ialah jangan mensyirikkan-Nya, kerana syirik
meruntuhkan aqidah. Masalah sesama manusia ialah jangan mencuri, kerana
perbuatan itu akan musnahkan keharmonian dan kedamaian dalam masyarakat.
Demikian juga larangan berzina, adalah untuk menjaga maruah dan keturunan
manusia dari tercemar.

Dilarang melakukan suatu yang buruk terhadap Nabi s.a.w., kerana perbuatan itu
disifatkan sebagai tidak menghargai rahmat Allah SWT yang telah mengutus
Rasul yang telah menyelamatkan manusia dari kekufuran.

Lima perkara itu merupakan asas utama untuk pembentukan masyarakat, bukan
tugas Nabi mengajar manusia sekadar mengucap dua kalimah syahadah tetapi
membiarkan penyelewengan mereka, kejahatan dan kerosakan hasil dari kegiatan
jahiliyyah mereka. Sebaliknya tugas Nabi ialah mengajak manusia beriman
kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mengajar manusia tentang kewajipan
mematuhi perintah dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya.

Memang betul seorang manusia boleh dipanggil Muslim apabila mengucap dua
kalimah syahadah setelah itu dia menghalalkan perkara yang dihalalkan dan
mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT. Tetapi satu perkara yang
perlu difahami iaitu apabila seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah,
bererti mereka mesti mematuhi apa jua perintah-Nya kerana Allah SWT adalah
`HAKIM'. Dan apa jua sabda Nabi Muhammad s.a.w. mesti dijunjung, kerana
apa yang disabdakan itu bukan kemahuannya sendiri, sebaliknya ia adalah
perkara yang diwahyukan oleh Allah.

*Syarat Perjanjian:
a. Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman dengan Allah swt. Dan Rasul
b. Membantu Nabi sawTidak mengamalkan amalan Jahiliyah
*Selepas perjanjian menghantar Musab bin Umair ubtuk mendakwah.

Perjanian Aqabah Kedua
*Berlaku pada bulan Zulhijjah tahun ke-13 selepas ke-Rasulan bersamaan bulan Jun 622 Masihi
*Pihak yang terlibat adlah Rasulullah s.a.w. dan 73 orang lelaki serta dua orang wanita Madinah
*Isi kandungan perjanjian Aqabah yang kedua adalah:
a) Mentaati perintah Allah dan Rasul
b) Saling membantu semasa senang dan susah
c) Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
d) Berjihad menegakkan Islam
e) Membela kesucian Islam dan menjaga keselamatan Rasulullah s.a.w.
f) Menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin
g) Sanggup bekerjasama dan membantu Rasulullah s.a.w. dan orang Islam
*Syaratnya :
a. Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan taat kepada Nabi saw.
b. Suku Aus dan Khazraj jemput Nabi saw di Makkah untuk hijrah ke Madinah
c. Mereka secara sukarela mengadakan tempat tinggal
d. Berjanji menjaga keselamatan baginda dan orang Islam MakkahKesediaan mempertahankan
Islam.

Kesan Perjanjian
a. Penghantaran utusan dakwah ke Madinah
b. Islam mula tersebar di Madinah kemudian seluruh pelusuk dunia
c. Perlindungan bagi orang Islam Makkah.
d. Jaminan dan keselamtan orang Islam Makkah terjamin
e. Berlaku Hijrah dan kewujudan tahun Hijrah.
f. Permulaan wujudnya negara Islam di Madinah
g. Megembalikan keaman dan persaudaraan masyarakat Madinah oleh Nabi saw melalui Islam.
h. Wujud tentangan dan rancangan bunuh Nabi oleh Quraish di Makkah.
POSTED BY CIKU AT 10:21 PM