Anda di halaman 1dari 13

PERBENTANGAN PROPOSAL KAJIAN

TINDAKAN
OLEH :
MOHD AMIRUL IDWAN BIN AZAMAN
PISMP PENDIDIKAN JASMANI SEM 7
AMBILAN JANUARI 2011












PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN
KOPERATIF DALAM KEMAHIRAN
MENYANGGA BOLA TAMPAR MURID
TAHUN 6

1.0 PENGENALAN
• Bola tampar ialah satu permainan berpasukan. Permainan ini
dimainkan oleh dua pasukan. Setiap pasukan terdiri daripada
enam pemain dan enam orang pemain simpanan. Menurut
Subroto dkk (2010:42) menyatakan bahawa, permainan bola
tampar ialah permainan bola yang dipantul-pantul oleh
tangan atau lengan dari dua regu yang bermain di atas .
• Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan
yang amat pesat sekali. Pembelajaran koperatif atau
Cooperative Learning juga antara teknik model pembelajaran
yang diakui keberkesanannya di dalam subjek akademik atau
sukan.
• Slavin (1995), pembelajaran koperatif adalah suatu
model pembelajaran di mana pelajar belajar dan
bekerjasama dalam kelompok yang kecil secara
kolaboratif yang anggotanya terdiri daripada 4 hingga 6
orang dengan struktur heterogen.
• Safari Indra (2011) yang menyatakan bahawa
pembelajaran koperatif adalah adaptasi dari teknik
teka-teki Elliot Aronson (1978) di mana teknik ini
melihat pelajar bekerja dalam anggota kelompok yang
sama iaitu bilangan murid yang sama atau lebih
dengan latar belakang yang berbeza keupayaannya.
• Pengaplikasian teknik pembelajaran koperatif
ini dalam sesi pembelajaran disarankan
kepada guru agar murid-murid berminat
untuk mengikuti sesi tersebut dan mereka
saling berkomunikasi serta mendapat input
yang lebih maksima berbanding kaedah
tradisional.

1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
MASALAH YANG DILIHAT SEMASA P&P :
• Masalah ini tidak timbul dalam aktiviti gerak kerja
kelas di mana perlakuan kemahiran menyangga
yang tidak betul dapat ditegur oleh guru. Namun
dalam permainan kecil, kemahiran ini tidak
diaplikasikan sepenuhnya oleh murid.
• Mereka menggunakan perlakuan teknik yang lain
dalam permainan bola tampar seperti menanduk,
tumbukan dan sepakan untuk menerima servis
atau hantaran dari pihak lawan dalam permainan
kecil.

PUNCA MASALAH
• Penggunaan kaedah pengajaran klasik dengan
pengaplikasian kemahiran menyangga dengan
pembinaan barisan murid untuk percubaan.
• Murid dapat melakukan aktiviti dengan
perlakuan yang betul di hadapan guru namun
bila diletakkan dalam kumpulan, teknik ini
tidak dilakukan dengan baik.

CADANGAN PENAMBAHBAKAN
• Menggunakan kaedah pengajaran koperatif
dalam pengajaran kemahiran menyangga bla
tampar.
• Melibatkan aktiviti secara berkumpulan dalam
gerak kerja kelas.
FOKUS KAJIAN
• melihat perubahan dalam pengaplikasian
kemahiran menyangga dalam bola tampar
dengan teknik pengajaran koperatif pada
murid tahun 6.
• Pengkaji menjalankan kajian di Sekolah
Kebangsaan Gayang, Tuaran , Sabah. Seramai
10 orang murid iaitu 5 lelaki dan 5 perempuan
yang terdiri daripada murid-murid tahun 6
Juara.