Anda di halaman 1dari 8

1

SEKALUNG PENGHARGAAN
Saya bersyukur ke hadratNYA kerana segala usaha dan tanggungjawab yang telah
diberikan kepada saya sehingga terhasilnya buku skrap ini.
Ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru Bahasa Malaysia,
Cikgu Hajijah Binti Morobista kerana banyak memberi tunjuk ajar, sumbangan idea yang
berguna serta panduan bagi menyiapkan Buku Skrap ini.

SEJARAH HARI BUMI
Hari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya
diadakan setiap tahun ketika musim bunga dihemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera
selatan. Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam
sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh
John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang
diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia
juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22
April.
Pada September 1969, dalam sebuah persidangan di Seattle, Washington, Senator
A.S. Gaylord Nelson mengumumkan bahawa musim bunga 1970 akan diadakan
demonstrasi dari akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar.
Senator Nelson pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara
untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara. Katanya, "Ia satu pertaruhan, tetapi
ia berjaya." Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta rakyatAmerika Syarikat memenuhi
taman dan auditorium. Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United
States Environmental Protection Agency/US EPA.
Lima bulan sebelum Hari Bumi 22 April yang pertama, pada Ahad, 30 November
1969, The New York Times mengeluarkan rencana yang panjang oleh Gladwin Hill yang
melaporkan peningkatan aktiviti mempertahankan alam sekitar. Perjuangan Gaylord Nelson
bermula sekitar lebih dari 7 tahun sebelum Hari Bumi pertama diraikan.
Setiap tahun, Hari Bumi 22 April menandakan ulang tahun kelahiran bagi gerakan
alam sekitar moden pada 1970. Pada tahun 1990, peringatan Hari Bumi mulai berkembang
secara global. Sekitar 200 juta orang dari 141 negara di dunia tergerak untuk mengangkat
isu Bumi dalam skala global.

2

SISTEM SURIA
1. Sistem suria terdiri daripada
 Matahari
 Sembilan buah planet
 Satelit-satelit semula jadi yang mengelilingi planet-planet
 Asteroid
 Meteoroid Komet

2. Pusat bagi sistem suria ialah Matahari yang merupakan sejenis bintang yang
bersaiz kecil dalam alam semesta ini.


MATAHARI

3. Terdapat 9 buah planet yang mengelilingi matahari sambil berputar pada paksinya
sendiri.Setiap satu satu planet juga beredar mengikut satu lintasan yang tetap yang
dipanggil orbit.

4. Matahari mengeluarkan cahayanya yang tersendiri manakala planet-planet dan satelit
semulajadi memantulkan cahaya matahari.

5. Susunan planet-planet mengikut yang terdekat dengan matahari ialah
Utarid(Mercury), Zuhrah (Venus), Bumi (Earth), Marikh (Mars), Musytari (Jupiter),
Zuhal (Saturn), Uranus (Uranus), Neptun (Neptune), dan Pluto (Pluto).
3


PLANET UTARID

Utarid adalah planet yang paling hampir dengan matahari, kira-kira 57.9 juta kilometer dan
planet terkecil di dalam sistem suria. Diameter Utarid adalah 40% lebih kecil daripada Bumi,
dan 40% lebih besar daripada Bulan. Malahan saiznya juga lebih kecil daripada
bulan Musytari, Ganymede dan bulan Zuhal,Titan.


Zuhrah


Bumi
4


Marikh

Musytari (Jupiter),


Zuhal (Saturn),
5


Uranus (Uranus),


Neptun (Neptune),


Pluto ( Pluto ).

6

6. Planet yang paling dekat dengan matahari dan paling panas ialah Utarid.

7. Planet yang paling jauh dari matahari dan paling sejuk ialah Pluto. Pluto juga
merupakan planet yang terkecil.

8. Planet yang terbesar ialah Musytari.

9. Planet Zuhrah mempunyai 3 gelang yang lebar mengelilinginya.

10. Semua planet berputar dari barat ke timur kecuali Zuhrah yang berputar dari barat ke
timur.

11. Planet Uranus berputar pada sisinya.

12. Planet Utarid dan Zuhrah tidak mempunyai satelit semula jadi.

Objek-objek Lain Dalam Sistem Suria Meteoroid, Meteor Dan Meteorit

1. Meteoroid merupakan batuan berlogam yang pelbagai saiz yang terapung-apung di
dalam sistem suria.

2. Meteoroid yang terapung dekat dengan permukaan Bumi akan ditarik oleh daya
tarikan graviti Bumi.

3. Meteoroid yang mamasuki ruang atmosfera Bumi dipanggil meteor.

4. Geseran antara meteor dengan atmosfera Bumi akan menyebabkan meteor itu
terbakar dan menghasilkan satu coretan cahaya dilangit. Meteor juga dikenali
sebagai tahi bintang.

5. Kebanyakan Meteor habis terbakar sebelum sampai ke permukaan Bumi. Sisa
Meteor yang berjaya sampai ke permukaan Bumi dipanggil meteorit.

6. Asteroid merupakan objek kecil yang terdiri daripada pelbagai saiz atau bentuk. Ia
terdiri daripada campuran batuan dan logam.

7. Asteroid mengorbit matahari dan juga dikenali sebagai planet kecil.
7

8. Kebanyakan asteroid boleh di dapati bergerak dalam orbit yang berada di antara orbit
planet Marikh dan Musytari.Kawasan ini dipanggil Jalur Asteroid.

9. Komet ialah ketulan ais yang terbentuk daripada campuran gas dan debu. Komet
mengelilingi Matahari dalam orbit berbentuk elips yang besardan panjang. Komet
mengambil masa yang lama untuk melengkapkan satu edaran mengelilingi Matahari
disebabkan orbitnya yang besar.

10. Komet kelihatan berkepala dan berekor yang berbara apabila mendekati matahari. Ini
ialah kerana haba matahari akan meleburkan sebahagian ais komet menjadi gas dan
debu. Komet kelihatan berbara kerana gasnya yang berpendarfluor memantulkan
cahaya matahari yang menyinarinya.

AKTIVITI HARI BUMI
 Menghentikan aktiviti pembakaran terbuka.
 Menjalankan aktiviti kitar semula di sekolah, rumah dan tempat kerja. Sokonglah dan
bantulah program kitar semula.
 Menyertai program yang dianjurkan berkaitan penjagaan alam sekitar.
 Sentiasa mengamalkan amalan mesra alam di rumah, sekolah, pejabat dan semasa
membeli belah.
 Menjimatkan penggunaan air, elektrik dan tenaga.
 Rancang pembelian untuk mengelak daripada membeli barangan yang tidak perlu. Ia
juga menjimatkan wang anda.
 Menanam pokok bagi membantu menyerap gas karbon dioksida untuk
mengurangkan Kesan Rumah Hijau.











8

Gambar Bumi




PENUTUP

Adalah menjadi harapan saya, dengan terhasilnya Buku Skrap Hari Bumi ini akan
menjadi panduan kepada kita semua betapa pentingnya menjaga alam sekitar demi
kelestarian bumi agar menjadi dunia yang selesa dihuni oleh semua makhluk Allah.
SAMA-SAMALAH KITA MENJAGA ALAM SEMESTA KITA.