Anda di halaman 1dari 4

Refleksi Kendiri (WAJ 3105

)
CHENG CHEE LING (900705-08-5248)
Pertama sekali, saya Cheng Chee Ling bersyukur kerana berpeluang
melaksanakan tugasan Literasi Nombor (WAJ 3105) ini.Kerja kursus pada kali ini
amat mencabar bagi saya, hal ini disebabkan oleh saya lemah dalam
Matematik.Nasib baik saya dapat sokongan daripada pelbagai pihak. Pihak yang
telah memberi bantuan serta dorongan pada saya ialah ibu bapa, pensyarah En
Azmi Bin Mat Safar, dan rakan seperjuangan. Berkat kerjasama dan sikap saling
membantu ahli kumpulan Chean Tze Soon, kerja kursus ini dapat disiapkan pada
tarikh yang ditetapkan dengan jayanya.
Apabila saya menerima kerja kursus ini, saya berasa terkejut kerana
secara jujurnya, saya tidak mahir membuat cerita yang menarik dengan
powerpoint. Sebelum itu, saya tidak pernah mereka cipta cerita mengenai bentuk
dan ruang. Tugasan kali ini perlu mereka cipta cerita untuk menerangkan bentuk
dan ruang yang sesuai untuk mengajar murid tahap II di sekolah rendah. Cerita
yang direka merupakan set induksi sebelum memulakan pengajaran dan
pengajaran. Bagi menarik perhatian murid, kami juga perlu menyertakan muzik
dan rakaman suara yang sesuai.Tanpa membuang masa, saya dan rakan
kumpulan mengagihkan tugasan supaya dapat melaksanakan dengan cepat dan
tepat. Kami sentiasa bermesyuarat dan berbincang masalah yang dihadapi
semasa melaksanakan tugasan. Kami juga bersama-sama mendapatkan bahan
rujukan dari pusat sumber IPG Kampus Darulaman.
Kami mendapat bentuk dan ruang yang menarik dalam internet. Kami
mendapati kami boleh mengguna gambar “spongebob” dan “angry bird” kerana
kedua-dua watak kartun ini sudah dikenali oleh murid-murid. Spongebob
merupakan kuboid,pepejal tiga dimensi ( 3D ) manakala angry bird merupakan
segi tiga, bentuk dua dimensi (2D). Setelah menentukan watak, saya dan rakan
sekumpulan berfikir tentang cerita yang ingin disampaikan. Kami berfikir pelbagai
cerita seperti pertandingan menyanyi, cerita lawak, dan sebagainya. Akhirnya,
kami dapat berfikir cerita yang lawak dengan menggunakan gambar yang sesuai
untuk persembahan.
Sebenarnya, di sekeliling kita mempunyai banyak objek yang pepejal tiga
dimensi (3D) sama ada pepejal seragam atau tidak seragam. Contohnya,
bangunan, bola, botol, buku, telefon bimbit dan sebagainya. Setiap objek ini
mengikut ukuran panjang, lebar, dan tinggi masing-masing. Ketebatan ukuran
akan menjejas kecantikan dan kekemasan objek. Bagi bentuk dua dimensi (2D),
kita juga guna dalam kehidupan kami. Contohnya, sebagai corak atas baju, kain,
kertas dan lain-lain lagi. Sebalik kata, pepejal tiga dimensi merupakan gabungan
permukaan bentuk dua dimensi.
Geometri merupakan satu cabang Matematik yang meneroka ruang dan
hubungan antara bentuk, saiz dan kedudukan di dalam ruang. Di sekolah rendah,
pengajaran geometri bertujuan untuk membantu murid menguasai konsep asas
dan merangsang permikiran mereka. Semasa belajar geometri, murid-murid
akan dilatih supaya kreatif dan inovatif. Sebagai bakal guru, kita perlu menyedar
bahawa geometri harus diserap kepada murid-murid secara berperingkat. Kita
boleh mengajar subjek ini dengan kreatif dengan menerap pendidikan seni visual
semasa pengajaran. Sebagai contoh, guru boleh menyuruh murid melukis
dengan gabungan geometri untuk menghasilkan lukisan yang menarik. Dengan
cara ini, murid dapat belajar kreativiti dan inovatif.
Dalam tugasan kami, kami juga berpeluang belajar menggabungkan
teknologi dengan Matematik. Kami dihendak menghasilkan bentuk dan ruang
dengan menggunakan MS powerpoint. Sehubungan itu, saya dapat belajar
melaksanakan set induksi yang menarik sebelum mengajar murid-murid. Saya
juga mendapati Matematik merupakan subjek yang menarik. Ia boleh mengajar
dengan pelbagai cara. Kita boleh gabungkan Matematik dengan Pendidikan Seni,
Pendidikan Jasmani, Sains, Kemahiran Hidup dan sebagainya.
Melalui pembelajaran geometri, murid dapat menyelesaikan masalah
seperti manipulasi alatan. Mereka dapat pengetahuan manipulasi alatan dalam
kehidupan harian mereka. Kebanyakan kerjaya seperti arkitek, jurutera, jurubina
amat memerlukan pengetahuan geometri.
Dalam sepanjangan saya melaksanakan tugasan ini, saya dapat belajar
banyak pengetahuan dan pengalaman dalam penggunaan IT. Saya belajar
merakamkan suara dalam powerpoint dan menambah animation yang menarik
dalam powerpoint. Saya membuat banyak penambahan dalam powerpoint saya
supaya ia menjadi lebih menarik dan cantik. Saya akan belajar lebih banyak
kemahiran mengguna komputer demi masa depan saya. Ini disebabkan era
sekarang ialah era teknologi. Saya percaya komputer akan menjadi alat yang
penting semasa pengajaran dan pembelajaran pada masa depan. Oleh itu,
sekarang merupakan masa untuk saya membuat latihan dan persediaan.
Selain itu, saya juga belajar berkomunikasi dan bertolak ansur dengan
rakan sekumpulan. Pada permulaan membuat tugasan ini, saya dan rakan
sekumpulan tidak mempunyai idea untuk melaksanakan tugasan. Kami juga
berbincang dan bermesyuarat banyak kali, kadang kala idea yang dikeluarkan
tidak disetuju oleh pihak lain. Kami bertolak ansur supaya mendapat idea yang
disetujui. Kami juga perlu meluangkan masa semasa melaksanakan tugasan ini.
Saya amat menghargai bahawa rakan saya bekerjasama dengan untuk
menjayakan tugasan ini.
Di samping itu, saya juga dapat belajar berlakon secara lawak. Saya
bersikap serius dan kurang membuat lakonan di depan kawan. Kali ini, kami
perlu mencontohi watak-watak dalam powerpoint yang kami buat. Tze Soon
mengajar saya dialek kartun dan belajar ekspresi muka kartun. Kami berlatih
banyak kali supaya mendapat kesan yang menarik. Dalam sepanjangan melatih,
saya dapat belajar menyeronokkan orang lain. Sebagai guru, kita tidak harus
serius dalam sepanjangan pengajaran. Murid-murid akan berasa takut semasa
belajar dan akibat mereka tidak dapat menumpu perhatian. Guru harus
menunjukkan muka yang ceria dan mesra. Murid akan suka belajar dengan guru
yang ceria.
Saya berharap saya boleh belajar membina geometri dengan
menggunakan lukisan atau membina model secara 3D. Ini kerana kemahiran
mengukur dan menggunting dapat belajar dan kemahiran ini boleh mengajar
murid semasa belajar bentuk dan ruang. Tambahan pula, model yang dibina
boleh diguna sebagai hiasan atau alat bantu mengajar.
Segala kesilapan dan ketidaksempunaan saya, saya akan berusaha
membetulkan dan belajar daripada kawan dan pensyarah. Saya sebagai bakal
guru, saya mesti mendapatkan pengetahuan baru dan pengalaman di Institusi ini
sebelum saya mengajar di sekolah.
Kesimpulannya, melalui tugasan ini saya dapat berpeluang belajar bentuk
dan ruang. Saya juga dapat menambah banyak pengetahuan baru dalam Literasi
Nombor ini WAJ 3105 semasa kuliah.Saya berharap saya dapat berlakon
dengan berjaya.
Sekian,terima kasih.