Anda di halaman 1dari 6

SKRIP PENGACARA MAJLIS JAMUAN HARI RAYA 2014

(1) ALUAN PENGERUSI


Bismillahirrahmanirrahim
Yang berusaha Encik Aminudin bin Mustafa, Pengetua SMK DJH

Yang Berusaha, Encik Mohd Naseer bin Zainol, Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Dihormati En Ahmad Fauzi b Ibrahim, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,

Yang Dihormati Encik Mohsin b Ibrahim, Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang Dihormati Puan Jamilaton Rabaiee binti Haris, Penolong Kanan Tingkatan 6.

Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi
sekalian.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Bersongkok bersampin segak berseri
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis ramah mesra aidil fitri
Bersamalah kita meraikannya

Kuih bahulu tradisi kita
Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

(3)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan
kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita
sama-sama dapat berkumpul di Dewan Seri Jernih yang ceria ini untuk meraikan majlis Sambutan hari raya
Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun 2012.

(4) DOA
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa.
Majlis mempersilakan Ustaz \Mohd Saifuddin b Hassan bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil
ustaz.


terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan
berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

(5)UCAPAN PENGETUA
Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,

Lemang dihidang enak rasanya
Nasi arab pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan pengetua bermadah kata

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berusaha, En. Aminudin bin
Mustafa, Pengetua SMK Datuk Jaafar Hassan untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dipersilakan.

Seterusnya, majlis sekali lagi mempersilakan Tuan pengetua, penolong kanan pentadbiran, Penolong kanan
HEM dan penolong kanan kokurilulum untuk menyalakan pelita di hadapan pentas sebagai simbolik perasmian
acara sambutan hari raya pada tahun ini.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Berusaha. Tuan pengetua,
penolong kanan pentadbiran, penolong kanan HEM dan penolong kanan kokurikulum atas penyempurnaan acara
simbolik sebentar tadi.

(6) JAMUAN

Ketupat lemang nasi impit laksa
Mi kuah bihun sup tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Tunggu apa lagi jom kita jamu selera

Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang telah sedia dihidangkan.
Tetapi sebelum itu, saya akan serahkan majlis ini dahulu kepada SITI ROHAYA bt Sabri Goh untuk meneruskan
acara.

[Siti Ruhana]
(7)
PERSEMBAHAN:

Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Persembahan pelajar ceria acara

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan didendangkan oleh pelajar.

{1}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{2}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{3}
[Che Faridah]

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

Demikian tadi berakhirnya persembahan pelajar. Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada semua pelajar
yang menjayakan persembahan itu tadi.


(8) PENUTUP
Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini
untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan
Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan
kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.





















Nyanyian Lagu NegaraKu/ Sabah Tanah Airku
Diminta para hadirin berdiri utk sama2 menyanyikan lagu.
( 1 ) Assalamualaikum wbt Salam 1 Malaysia dan salam 1 SK Pekan Semporna
Yang Berusaha Tn. Hj. Karim Hj Ubah, Guru Besar SK Pekan Semporna merangkap
pengerusi sambutan hari raya aidil fitri 2014.
Barisan Penolong2 Kanan
Para tetamu undangan :
1. .................................................................................................................
2. .................................................................................................................
3. .................................................................................................................
4. .................................................................................................................
5. .................................................................................................................
6. .................................................................................................................
7. .................................................................................................................
Rakan-rakan guru dan staf AKS
Tuan-tuan dan puan-puan serta murid2 yang dikasihi sekalian.

Buat ketupat bersama rendang
Jadi hidangan di pagi hari
Saya bagi pihak majlis mengucapkan selamat datang
Ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Bersongkok bersamping segak berseri
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis sambutan aidil fitri
Bersamalah kita meraikannya

Kuih bahulu tradisi kita
Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

1


(2)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih
diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita
berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di Dewan Terbuka SK
Pekan Semporna yang ceria ini untuk meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri
peringkat sekolah bagi tahun 2014.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua para
tetamu jemputan dan para hadirin kerana sudi hadir dalam majlis yang diadakan pada pagi
ini.

(3)
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari
yang maha Esa.Untuk itu majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz Azmizi Ghazali bagi
memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadhil ustaz.

.....terima kasih Al Fadhil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi.
Semoga majlis ini diberkati oleh Allah SWT.

(4)
Lemang dihidang enak rasanya
Nasi briyani pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan Guru Besar bermadah kata

Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput dan mempersilakan Tn Hj.
Karim Hj Ubah Guru Besar SK Pekan Semporna merangkap pengerusi sambutan untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dgn segala hormatnya mempersilakan....
......Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan tersebut.

(5)
Para hadirin sekalian,
Acara kita diteruskan dgn penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim.
Bagi menyempurnakan acara ini, majlis menjemput
................................................................................. mengiringi
.................................................... naik ke atas pentas.

2
(6)
Para hadirin yang dihormati sekalian, atur cara majlis diteruskan lagi dengan jamuan Hari
Raya Aidilfitri. Para hadirin dan semua tetamu jemputan dipersilakan menikmati juadah dan
hidangan yang telah disediakan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian
Baik lelaki mahupun perempuan
Janganlah malu, janganlah segan
Makanan yang terhidang jemputlah makan.

(7)
PENUTUP
Selama sebulan kita berpuasa
Lapar dahaga sama dirasa
Bermaaf-maafan sesama kita
Semoga terhapus segala dosa
Yang jauh berkirim salam
Yang dekat berkirim rindu
Mari lupakan kisah yang silam
Kita buka buku yang baharu


Majlis kita sampai ke penghujungnya. Bagi pihak seluruh warga SK Pekan Semporna kami
mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Raya
Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsungkan dengan meriahnya.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.








3

Anda mungkin juga menyukai