Anda di halaman 1dari 4

Dari dulu hingga kini, seorang guru bertugas untuk menyampaikan ilmu

dan kemahiran kepada pelajar-pelajar dan mencorak mereka. Maka, guru


haruslah menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif dam membina kepada
seseorang yang berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walaupun
terpaksa melalui dengan pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa
mengharapkan sebarang ganjaran. Masalahnya, terdapat pelbagai cabaran yang
berbeza telah mencabar peranan guru pada masa kini. Sebagai contoh, cabaran
dalam bilik darjah merupakan satu cabaran yang sentiasa dihadapi oleh
seseorang guru. Seseorang guru haruslah menjalankan pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan dan juga memastikan pelajar-pelajar sentiasa
dalam keadaan bersedia dan berminat dengan pengajaran diri. Selain itu,
perkembanagn teknologi, telekomunikasi dan internet telah memainkan peranan
yang sangat penting dalam perkembangan bidang pendidikan. Maka, belajar
kemahiran teknologi telah menjadi atu cabaran untuk semua guru, terutamanya
golongan guru tua. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan juga salah satu cabaran yang
amat mencabar kepada setiap guru. Hal ini disebab oleh pelan dan falsafah ini
telah meminta guru-guru haruslah memenuhi ciri-ciri yang tertentu. Persoalannya,
apakah cara-cara untuk guru-guru di Malaysia melengkapkan diri untuk
menghadapi cabaran-cabaran masa kini demi meningkatkan lagi status
profesionalisme keguruan.
Cara yang pertama untuk seseorang guru melengkapkan diri ialah
menulis refleksi berdasar portfolio pengajaran. Portfolio pengajaran yang
mengandungi koleksi bahan - bahan seperti artifek dan penulisan reflektif dapat
memperkukuhkan perkembangan diri guru . Ia menggambarkan kemahiran ,
pengetahuan dan falsafah pengajaran peribadi seseorang itu . Portfolio
pengajaran memberi impak yang besar dan membawa manfaat serta
meningkatkan kualiti pengajaran guru dalam profesionnya . Ini kerana proses
perkembangan portfolio secara berterusan memberi peluang guru membuat
refleksi tentang perkembangan dan perubahan pelajarnya sepanjang masa .
Selepas itu, guru-guru boleh menjalankan pengajaran berdasar tahap kelajuan
perkembangan setiap pelajar. Dengan cara ini, guru-guru dapat menjalan
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
Apabila seseorang guru meneliti amalan pengajaran sendiri , sudah tentu
amalan penelitian pengajaran sendiri meletus penilaian kendiri terhadap
tanggungjawabnya . Contoh - contoh amalan baik dalam portfolio boleh dikaji
dan diguna dalam bilik darjah . Melalui portfolio pengajaran , guru akan menjadi
lebih mencerminkan tentang apa yang mereka lakukan dalam pengajaran dan
pembelajaran . Ia membantu guru mendokumentasi dan menerangkan tindakan
mereka . Jika seseorang guru boleh mendokementasi sesuatu tindakan dengan
baik dapat membuktikan sifat professional mereka dan portfolio itu dapat
membuktikan ilmu pengetahuan professional mereka.
Guru-guru boleh membuat refleksi tentang apa , bagaimana dan mengapa
mereka melakukan sesuatu tindakan. Dengan mengimbas balik pengalaman -
pengalaman lepas dalam portfolio , ia menggalakkan mereka mengenal pasti
halangan - halangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan
memikirkan penyelesaian . Guru boleh mengubahsuai atau mengubah teknik
pengajaran untuk mencapai matlamat . Portfolio pengajaran dan refleksi
membantu perkembangan pemahaman masalah yang dihadapi kerana proses
refleksi memandu arah untuk meneroka idea - idea dari sumbersumber lain .
Pada hakikatnya , portfolio pengajaran digunakan sebagai satu cara
dokumentasi professional dan refleksi peribadi. Proses membina portfolio
merangsang guru untuk memikirkan semula aktiviti pengajaran , keberkesanan
strategi - strategi pengajaran dan merancang pendekatan baru atau teknik -
teknik untuk masa akan datang . Maka , portfolio pengajaran dapat
membekalkan satu pangkalan data pengetahuan professional dan
perkembangan diri yang bermakna dan menyeluruh di kalangan warga guru .
Portfolio pengajaran menjadi tempat di mana pemikiran reflektif berlaku untuk
menghalusi pengajaran sendiri . Seseorang guru boleh merekod kaedah
mengetahui , mengumpul maklumat baru , memikirkan sama ada idea itu boleh
diaplikasi atau tidak , mengambilkira sama ada idea baru sesuai atau tidak , dan
menentukan apa yang perlu disimpan dan apa pula yang harus dihapus kira .
Proses ini akan membentuk seorang guru itu mengamal tabiat serta sikap berfikir
dan berikhtiar dalam melaksanakan tugasnya .
Di samping itu, guru-guru di Malaysia boleh melibatkan diri dalam
persatuan professional guru untuk menghadapi cabaran-cabaran masa kini demi
meningkatkan lagi status profesionalisme keguruan. Di Malaysia, kita terdapat
beberapa persatuan professional guru yang telah ditubuh untuk menjaga
kebajikan guru dan memimpin guru-guru ke arah kecemerlangan profesion
pendidikan, seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
Malaysia(KPPK), Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat(KGMMB) dan
Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong). Persatuan-persatuan
ini akan sentiasa mengemaskini informasi tentang pengubahan bidang
pendidikan , maka guru-guru yang terlibat dalam persatuan ini akan dapat
maklumat baru dengan cepat. Selepas dapat informasi yang baru, guru boleh
mengubahsuaikan diri untuk menghadapi cabaran yang baru. Seterusnya, guru-
guru boleh menghadiri kursus-kursus yang ditawarkan oleh persatuan
persatuan professional guru untuk melengkapkan diri dan mengembangkan diri
dalam bidang tertentu agar menyediakan diri untuk menghadapi cabaran yang
baru. Misalnya, seramai 100 orang guru bahasa cina peringkat sekolah rendah
telah bertolak ke Bei Jing untuk menghadiri khusus fonetik bahasa cina yang
diurus oleh Jiao Zong selama tiga minggu pada tahun 2013. Seorang guru yang
hadir kursus itu berpendapat bahawa dia telah membetulkan banyak cara
fonetik bahasa cina selepas dia menghadiri khusus itu. Hal ini telah merujuk
bahawa guru yang menghadiri kursus professional dapat mengembangkan diri
dan menghadapi cabaran demi meningkatkan status professional guru.
Guru-guru juga boleh menjadikan persatuan-persatuan ini sebagai saluran
rasmi untuk bertemu dan berbincang antara satu sama lain. Semasa pertemuan
persatuan professional guru, guru-guru boleh mengemukakan masalah-masalah
yang dihadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan agar
mendapatkan cadangan atau penyelesaian daripada guru lain. Contohnya, guru-
guru bahasa cina boleh menjadikan Jiao Zong sebagai saluran rasmi untuk
membincangkan masalah-masalah yang dihadapi semasa menyampaikan
pengajaran bahasa cina dan mendapatkan cara penyelesaian yang baik. Guru
haruslah mengubahsuaikan cadangan-cadangan daripada guru lain dan
mengakplikasikan cara itu dalam kelas agar guru-guru dapat mengatasi cabaran
dalam bilik darjah.
Kesimpulannya, guru-guru haruslah berusaha untuk
mengembangkan diri dari segi fizikal dan mental dengan pelbagai cara agar
dapat memenuhi ciri-ciri professional dan bersedia untuk menghadapi cabaran-
cabaran globalisasi. Secara tidak langsung, guru-guru dapat meningkatkan
status professional perguruan jika mereka dapat mengatasi cabaran-cabaran
yang agak mencabar ini. Guru-guru yang professional ini dapat mecerahkan
bidang pendidikan dan memainkan peranan yang penting untuk memimpin
Malaysia ke arah negara maju dan mencapai Wawasan 2020 yang merupakan
impian seluruh negara.

Anda mungkin juga menyukai