Anda di halaman 1dari 1

SIMULASI LUKA DAN PENDARAHAN

Semasa berlari-lari di kawasan sekolah, kawan kamu telah terlanggar


batu dan tangannya luka kerana terkena kayu tajam. Lukanya mengalami
pendarahan. Lakukan simulasi rawatan secara berkumpulan bagi situasi
kecemasan ini.

SIMULASI PATAH
Dalam perjalanan pulang ke sekolah, rakan kamu yang menunggang
basikal terjatuh dan kakinya mengalami kepatahan akibat terhentak di
atas batu. Lakukan simulasi pertolongan cemas untuk situasi ini sebelum
bantuan sampai.

SIMULASI TERBAKAR/MELECUR
Semasa membuat amali sains di makmal , kamu tanpa sengaja telah
menumpahkan air panas ke atas tangan kawan kamu. Lakukan simulasi
rawatan untuk membantu kawan kamu mengurangkan kesakitannya.
SIMULASI TERCEKIK
Kawan kamu seorang yang kuat makan. Semasa makan bersama-sama,
kawan kamu terlalu gelojoh menghabiskan makanan yang dibawanya.
Tiba-tiba, dia tercekik sesuatu dan menyukarkannya untuk bernafas.
Lakukan simulasi pertolongan cemas yang boleh dilakukan untuk
membantunya.

Anda mungkin juga menyukai