KEGUNAANNYA
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua.....(^_^)
BOTOL PLASTIK DAN KEGUNAANNYA!
Ya! setiap hari tak tahulah berapa juta botol plastik 'baru', berada
di pasaran, kalau dicampur yang dah tertonggok kat kedai-kedai
dan pasaraya tu, entah berapa banyak lah gamaknyer yerr....?
Jadi sebagai Alternatif dan Tanda kita sayangkan dunia
ni, marilah sama-sama kita praktikkan beberapa contoh perkakas
yang di perbuat dari botol-botol plastik terpakai dan terbuang di
sekitar kita.
Antara Kegunaan Botol Plastik Terpakai Adalah Seperti
Berikut:
No1: Tempat Makanan Burung.
Kegunaan yang di kira Paling Simple....
Tapi, Pahala Banyak Jika Kita Ikhlas :-)
No. 2: Pasu Bunga Canggih (A)
Kepada sesiapa yang minat menanam, bolehlah buat pasu ni
banyak-banyak.
Apa yang istimewanya, ianya di lengkapi dengan 'Penyalur Air
Automatik'.
No. 3: Pasu Bunga Canggih (B)
Yang ini lain sikit. Lagi Simple.
Di gantung menggunakan tali.
Kalau kat rumah ada dinding kosong, bolehlah cuba..... :-)
No. 4: Alat Penyiram Tanaman
Menggunakan Alat tambahan seperti pen terpakai.
Cucuk-cucuk pada botol, sambung dengan getah paip dan
letakkan di kebun ;-)
..Selamat Mentry..
No. 5: Bumbung Rumah hijau
Kepada yang berminat bolehlah buat. Bumbung reban
ayam pun boleh.... :-)
No. 6: Katil / katol
Kepada abang-abang bujang yang dah lama dok tidur atas lantai
tu....
Jom kita pakat-pakat buat katil ni... Jimat Ooooo....! Hehe...
No. 7: Perahu / Kolek / Botlek (1)
Anda fikir sendiri lah kan...... ??? hehe...
"Abang la boleh....! Kami mahu pergi Malaysia...! Horey!
Jangan risau abang kakak, jaket keselamatan ada niiii..."
No. 8: Perahu / Kolek / Botlek (2)
"Mari lah pindahhhh... Berpindah - pindah, ke satu
eraaaa.....horey!!"
No. 9: Penyapu / Bonyapu
Dapatkan penyapu tahan lasak ini sendiri! Buat sendiri! Sapu pun
Sendiri.
Boleh menyapu apa-apa sahaja!
Malah yang lebih istemewa special.
Ianya boleh membawa anda terbang seperti Harry Porter!
Hehe