Anda di halaman 1dari 26

Bahasa Melayu

Komunikatif 1
Disediakan oleh
Ee Ker Shyn
Tan Chee Hwa
Soalan 6
Jelaskan dengan contoh bagaimana
anda boleh mengamalkan konsep
berbudi bahasa dalam kalangan
pelajar Institut Pendidikan Guru
yang terdiri daripada pelbagai
kaum.
Definisi Budi Bahasa
Budi bahasa merujuk kepada tutur kata,kelakuan,sopan
santun dan tatatertib,akal kebijaksanaan dan perbuatan
kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia dengan kata
lain,setiap gerak laku,tutur kata,tata hidup,pemikiran dan
perasaan baik terhadap orang lain.
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ketiga
cetakan keenam 2002(m/s180), budi didefinisikan sebagai
akal,kebijaksanaaan atau sifat baik, perbuatan baik dan
kebajikan.

Amalan mulia membawa maksud satu
tanggapan berkenaan perkara-perkara
yang dihajati dan pada masa yang sama
juga menjadi kriteria atau ukuran.

Budi bahasa dan amalan mulia boleh
disimpulkan sebagai budi pekerti, tingkah
laku,perangai atau perlakuan yang
diamalkan seseorang semasa berinteraksi
dengan orang lain berdasarkan neraca
atau nilai baik yang disepakati bersama.
Contoh
masyarakat
yang berbudi
bahasa
Contoh
masyarakat yang
tidak berbudi
bahasa
Apakah kepentingan
mengamalkan
konsep berbudi bahasa
dalam
kalangan pelajar IPG ?

1. Pelajar IPG akan saling menghormati dan
membantu tanpa mengambil kira bangsa,
agama, kepercayaan serta budaya.
2. Golongan pelajar IPG akan dapat hidup dalam
suasana yang harmoni dan gembira sekaligus
merealisasikan gagasan Satu Malaysia.
3. Masalah perselisihan faham dalam kalangan
pelajar IPG dapat dielakkan.
4. Hubungan muhibah dan persahabatan dalam
kalangan pelajar IPG dapat ditingkatkan
sekali gus memupuk semangat perpaduan dalam
jiwa mereka.
Bagaimana pelajar Institut Pendidikan
Guru mengamalkan konsep budi
bahasa?
Menjaga tutur kata dan tatasusila
Mengamalkan sikap bertoleransi
Mempraktikkan semangat bekerjasama.
Menjaga kebajikan semua pihak bersama-
sama.
Mengadakan Bulan Budi Bahasa
Menjaga tutur kata dan tatasusila
ketika berkomunikasi

Pertuturan yang bersopan-satun
mencerminkan keunggulan keperibadian kami.
Contoh: menggunakan nada yang rendah
ketika bertutur dengan rakan atau pensyarah.
Pertuturan yang bersopan santun akan
memelihara hubungan persahabatan yang baik
sekali gus dapat mengelakkan diri daripada
menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Mengamalkan sikap bertoleransi

Bersikap sabar ketika berinteraksi dengan orang
lain supaya dapat bergaulan secara harmonis dan
aman.
Contoh: mengamalkan sikap keterbukaan untuk
menerima atau menghormati pendapat, fikiran
dan kepercayaan orang lain.
Sikap toleransi akan mewujudkan suasana
komunikasi dan interaksi yang lebih aman dan
harmonis.


Mempraktikkan semangat
bekerjasama.

Menjalin hubungan kerjasama dengan rakan IPG
dalam usaha mencapai sesuatu matlamat
bersama.
Contoh: mengadakan kerjasama dengan rakan
seperjuangan untuk menjayakan karnival
akademik tahunan.
Semangat kerjasama yang baik akan meningkatkan
hubungan persahabatan dalam kalangan pelajar
IPG.

Menjaga kebajikan semua pihak
bersama- sama.
Tidak hanya mementingkan kepentingannya
sendiri, tetapi kepentingan orang lain juga perlu
diambil kira.
Contoh: menjaga harta benda IPG demi
kebajikan bersama.
Meningkatkan semangat bekerjasama sekali gus
hubungan persahabatan yang lebih erat akan
terjalin.
Mengadakan Bulan Budi
Bahasa
Bulan Budi Bahasa akan diadakan dalam 3 minggu dengan aktiviti yang
berbeza untuk setiap minggu.
Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan merangkumi:
Minggu 1: Pembentangan Isu Bertemakan Konsep Budi Bahasa.
Minggu 2 : Aktiviti kumpulan ala Running Man yang bertujuan
menerapkan konsep budi bahasa.
Minggu 3: Simulasi yang bertemakan konsep berbudi bahasa.
Minggu 1: Pembentangan Isu
Bertemakan Konsep Budi Bahasa
Aktiviti ini akan dijalankan mengikut kelas masing-masing.
Setiap kelas akan dibekalkan dengan satu buku log yang berkisar
tentang amalan budi bahasa.
Para pelajar dalam satu kelas akan dibahagikan kepada beberapa
kumpulan untuk membincangkan isu pembentangan mereka.
Setiap kumpulan akan memperoleh satu unsur yang terdapat
dalam konsep budi bahasa untuk dibentangkan di dalam kelas.
Kumpulan berkenaan boleh membuat pembentangan mereka
dengan mengikut kreativiti dan inovasi mereka.
Tujuan aktiviti ini adalah untuk memperkukuh pemahaman
seseorang terhadap konsep budi bahasa.
Dengan ini, para pelajar dapat berinteraksi dengan masyarakat di
sekeliling mereka mengikut norma-norma yang terkandung dalam
konsep budi bahasa.

Minggu 2 : Aktiviti kumpulan ala Running Man
yang bertujuan menerapkan konsep budi bahasa.

Aktiviti ini menlibatkan semua pelajar di IPG.
Para pelajar akan dibahagikan dalam kumpulan
mengikuti kelas mereka.
Setiap pelajar akan mendapat 5 pelekat pada
setiap hari.
Misi mereka adalah untuk memberi pelekat
berkenaan kepada individu (bukan dari kelas/
kumpulan mereka) yang mengamalkan konsep budi
bahasa.
Individu yang mendapat pelekat yang paling banyak
akan diberi ganjaran sebagai galakan untuk
meneruskan amalan murni tersebut.
Minggu 3: Pertandingan simulasi yang
bertemakan konsep berbudi bahasa.

Para pelajar perlu membentuk satu kumpulan dengan pelajar
dari ambilan yang berbeza untuk mempersembahkan satu
simulasi.
Setiap kumpulan memerlukan 10 orang ahli untuk
mempersembahkan satu simulasi.
Setiap kumpulan akan diberi satu tajuk yang bertemakan
konsep budi bahasa melalui cabutan.
Setiap kumpulan akan diberi tempoh selama 4 hari untuk
membuat persediaan sebelum sesi persembahan simulasi.
Setiap kumpulan akan mempersembahkan simulasi mereka
pada hari Jumaat.
Kumpulan yang mendapat undi yang paling ramai akan
menjadi pemenang.

Kesimpulan
Pengamalan konsep berbudi bahasa adalah amat penting
untuk melahirkan generasi muda yang bersopan satun dan
berakhlak mulia.
Konsep berbudi bahasa perlu menjadi pedoman hidup pelajar
IPG demi kesejahteraan bersama.
Pelajar IPG haruslah menghayati dan mempraktikkan konsep
berbudi bahasa dalam kehidupan harian mereka demi
membentuk keperibadian yang unggul.
Kehidupan pelajar IPG akan menjadi lebih ceria dan harmonis
apabila mereka mengamalkan konsep berbudi bahasa.
Budi Bahasa Budaya Kita
Ibu bapa dan kaum keluarga
Saudara terdekat jiran tetangga
Sayang menyayangi bertegur sapa
Ketulusan ikatan sepanjang usia
Para guru rakan sekolah
Turut warnai kehidupan kita
Ilmu ditimba pengalaman bertambah
Pergaulan sihat peribadi ceria
Bangsa Malaysia berhemah tinggi
Ramah dan mesra elok pekerti
Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi
Bertimbang rasa hormat menghormati
Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Mencurah bakti tak minta dibalas
Harapan rakyat satu amanah
Budi bahasa budaya kita

Pada pendapat anda,
apakah kesan konsep
berbudi bahasa tidak
diamalkan oleh generasi
muda di negara kita?
Rujukan
(2010, Oktober 7). Retrieved Januari 28, 2014, from MeNTaRi
MaLaM: budi bahasa budaya kita: http://sinar-
senja.blogspot.com/2010/10/budi-bahasa-budaya-kita.html
Kuliah 2: Ciri-ciri Budi Bahasa. (2013, Ogos 3). Retrieved
Januari 28, 2014, from Kesantunan Bahasa:
http://hemajoo95.blogspot.com/2013/08/kuliah-2-ciri-ciri-
budi-bahasa.html
roszelan. (2008, Jun 10). budi bahasa . Retrieved Januari 28,
2014, from Scribd:
http://www.scribd.com/doc/3294478/budi-bahasa-
Shan, L. H. ( 2010, Ogos 10). Retrieved Januari 28, 2014, from
Budaya Berbudi Bahasa: http://sblm1053f38.blogspot.com/
.