Anda di halaman 1dari 26

X PENGENALAN

Persediaan sebelum kejohanan biasanya mengambil masa yang lama, bermula


dari lantikan Jawatankuasa Induk. Bagi membentuk perancangan yang tersusun
Jawatankuasa Induk perlu merancang dasar, tujuan, tarikh dan tempat
kejohanan dan seterusnya membentuk satu kertas kerja. Huraian tugasan bagi
Jawatankuasa Induk dan Kecil telah dibincangkan dalam Topik 7.



T
T
o
o
p
p
i
i
k
k

9
9

X
Persediaan
Sebelum
Kejohanan
Olahraga
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menulis kertas kerja bagi kejohanan olahraga;
2. Menghuraikan peranan Jawatankuasa Teknikal sebelum kejohanan
olahraga;
3. Menyatakan surat-surat yang perlu dihantar sebelum kejohanan
olahraga; dan
4. Menyenaraikan jenis-jenis borang yang diperlukan dalam
melaksanakan kejohanan olahraga.
TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA W 195


PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN
Kertas kerja merupakan bahan bertulis yang mengandungi perbincangan
mengenai sesuatu projek untuk dibahaskan. Kertas kerja yang baik adalah kertas
kerja yang dapat memberi gambaran yang jelas tentang hala tuju, jenis aktiviti,
jawatankuasa, peserta dan perbelanjaan sesuatu projek. Dengan kata lain, kertas
kerja yang lengkap akan menjadi sumber rujukan utama dalam sesuatu program.
Kertas kerja juga merupakan dokumen rujukan yang perlu ada dalam proses
memohon kebenaran dan pertolongan daripada pihak tertentu. Berdasarkan
kepentingan ini, kertas kerja perlu lengkap dan terarah.

(a) Menyediakan Kertas Kerja Mengikut Format yang Ditetapkan
Antara format kertas kerja yang selalu digunakan ialah seperti berikut:
(i) Tajuk Kertas Kerja
Tulis tajuk dengan ringkas dan bermakna. Tajuk yang dirangka
perlulah jelas tepat dan menggambarkan objektif program.
(ii) Tujuan Kertas Kerja
Nyatakan secara jelas arah, hala, haluan yang ditujukan, maksud,
matlamat dan tuntutan kertas kerja disediakan sama ada untuk:
Kelulusan, maklumat atau perbincangan;
Untuk siapa kertas kerja dikemukakan; dan
Nyatakan apakah objektif dan matlamat yang hendak dicapai.
(iii) Matlamat Projek
Merupakan sasaran yang realistik untuk dicapai dan perlu
berdasarkan kepada konsep kejohanan.
(iv) Penerangan tentang Projek
Nyatakan secara jelas butiran mengenai :
Tarikh, masa atau tempat.
Peserta kumpulan sasaran.
Yuran atau bayaran yang dikenakan.
Kerjasama atau bantuan di unit atau persatuan lain.
9.1
X TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA
196
(v) Jawatankuasa Induk
x Nyatakan secara jelas segala butiran mengenai Jawatankuasa
Induk dan Kecil.
Nyatakan atau sertakan minit mesyuarat induk yang telah
memutuskan untuk mengadakan projek yang dipohon.
Senarai penuh Jawatankuasa Induk yang terdiri daripada:
- Penaung
- Penasihat
- Senarai Penuh Ahli Jawatankuasa Induk dan Kecil
Peranan dan bidang tugas jawatankuasa.
(vi) Anggaran Perbelanjaan
Nyatakan secara terperinci anggaran pendapatan serta perbelanjaan
termasuk belanja runcit sebanyak 10 peratus dan diperincikan
mengikut butir-butir perbelanjaan.
(vii) Susun Atur atau Atur Cara
Sediakan jadual tentatif program yang terperinci dari awal hingga
akhir termasuklah atur cara perasmian dan penutup dengan
menyatakan masa, tempat dan tindakan jawatankuasa dan individu.
(viii) Peserta
Nyatakan kumpulan sasaran yang akan menyertai program ini sama
ada pelajar atau kakitangan iaitu anggaran bilangan peserta.
(ix) Tindakan
Senarai semak tindakan
Pelan tindakan
Atur cara pentadbiran
Carta Gantt
(x) Sokongan
Rujuk keseluruhan kertas kerja kepada penasihat atau pegawai yang
berkaitan untuk dikomen atau diberi sokongan.

TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA W 197
(b) Mendapat Kelulusan dari Pihak Pengurusan
Kertas kerja yang telah dibina perlu dihantar untuk mendapat kelulusan
daripada pihak pengurusan. Penganjur mesti memastikan tarikh serahan
kertas kerja menepati kehendak masa pemprosesan kelulusan.

(c) Menyediakan Jadual Tindakan Tentatif
Jadual tindakan tentatif perlu dibina bagi memastikan pelaksanaan
program berjalan dengan lancar. Jadual tindakan tentatif ini membolehkan
pengerusi atau orang yang berkepentingan memantau aktiviti perancangan
dan perkembangan tugas setiap jawatankuasa. Jadual tindakan tentatif
boleh dibuat dalam bentuk carta Gantt, senarai semak, jadual, carta alir dan
lain-lain media yang mudah difahami.


PENGURUSAN SEBELUM KEJOHANAN
Bagi menentukan kejayaan dan keberkesanan perjalanan kejohanan olahraga
persediaan awal amat perlu. Pengurusan kejohanan harus dirancang terlebih
awal dan tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa. Dalam merancang pertandingan
sukan, apa yang perlu ialah pengurusan yang teliti, kemas dan berdokumen.
Kesemua ini dilakukan bagi mengelakkan perkara-perkara penting seperti
terlepas pandang yang akhirnya akan merencat atau mencacatkan kejohanan
olahraga.

Dalam merancang dan melaksanakan kejohanan olahraga berbagai pihak perlu
dihubungi bagi mendapat kebenaran, memohon bantuan, jemputan dan
pemberitahuan. Kesemua proses ini memerlukan pihak urus setia menyiapkan
dan menghantar surat yang mengandungi tujuan tersebut. Urusan surat-
menyurat merupakan cara berkomunikasi yang selalu digunakan dalam
mengelola sesuatu majlis atau kejohanan. Surat adalah dokumen yang
mengandungi maklumat dan akan menjadi sumber rujukan. Oleh itu, surat perlu
mempunyai maklumat yang ringkas tetapi bermakna kepada pembacanya.
Surat biasanya dikeluarkan oleh Setiausaha Jawatankuasa.

9.2
1. Jadual tentatif membolehkan pengerusi memantau aktiviti
perancangan dan pelaksanaan aktiviti. Nyatakan bentuk jadual
tindakan tentatif.

2. Nyatakan format membina Kertas Kerja mengikut modul ini.
SEMAK KENDIRI 9.1
X TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA
198
Jawatankuasa Teknikal Kepegawaian perlu bekerja keras sebelum kejohanan.
Berbagai tugasan perlu diselesaikan oleh jawatankuasa ini. Jawatankuasa
Teknikal Kepegawaian perlu menyediakan jumlah pegawai yang mencukupi
untuk bertugas pada hari kejohanan. Jawatankuasa ini juga perlu menyusun
jadual pegawai yang bertugas dalam kejohanan olahraga, pelan luar jangkaan
(contingency plan) dan kebajikan pegawai.

Jawatankuasa Teknikal dan Padang bertanggungjawab menentukan padang dan
gelanggang tersedia untuk kejohanan olahraga. Jawatankuasa ini juga perlu
memastikan keadaan padang dalam keadaan baik serta tidak mendatangkan
mudarat kepada peserta. Selain itu jawatankuasa ini perlu memastikan ukuran
gelanggang dan padang menepati spesifikasi. Jawatankuasa Teknik Alatan pula
perlu memastikan alatan yang digunakan dalam kejohanan olahraga tersedia.

Urusan pendaftaran peserta akan melibatkan Jawatankuasa Pendaftaran.
Jawatankuasa ini perlu memastikan peserta kejohanan didaftarkan
penyertaannya mengikut borang penyertaan. Selain daripada borang-borang
teknikal berserta kandungannya iaitu nama peserta serta data lain perlu
disiapkan oleh Jawatankuasa Pendaftaran sebelum kejohanan bermula.
9.2.1 Pengurusan Surat-Menyurat dan Pelantikan
Surat merupakan kiriman kertas yang ditulis dan dikirim pada orang lain yang
mempunyai maksud tertentu. Surat merupakan dokumen penting yang boleh
menjadi sumber rujukan dari semasa ke semasa. Dalam mengendalikan
kejohanan olahraga, urusan surat-menyurat merupakan keperluan. Antara surat
yang dikeluarkan oleh jawatankuasa ialah:

(a) Surat Jemputan Mengambil Bahagian
Surat ini dialamatkan kepada badan-badan, persatuan-persatuan atau
sekolah-sekolah untuk menjemput mereka menyertai kejohanan. Butiran
dalam surat pelantikan ini ialah jenis dan bentuk kejohanan, tarikh
kejohanan, masa kejohanan dan tempat kejohanan dan nombor telefon
pegawai yang berkenaan. Surat ini mesti dilampirkan dengan ringkasan
kertas kerja, peraturan am, jadual pertandingan dan borang penyertaan
serta lampiran yang berkaitan.

(b) Surat Pelantikan Ahli Jawatankuasa Induk dan Ahli Jawatankuasa Kecil
Surat pelantikan perlu diberikan kepada Ahli Jawatankuasa Induk dan Ahli
Jawatankuasa Kecil. Butiran dalam surat pelantikan ini ialah jawatan,
tarikh kejohanan, masa kejohanan dan tempat kejohanan. Surat lantikan
juga perlu disertakan dengan surat jawapan penerimaan.

TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA W 199
(c) Surat Pelantikan Pegawai Teknikal
Surat pelantikan perlu diberikan kepada Pegawai Teknikal dalam waktu
yang bersesuaian. Butiran dalam surat pelantikan ini ialah jawatan, tarikh
kejohanan, masa kejohanan, tempat kejohanan dan nombor telefon
pengerusi ke pegawai. Surat lantikan juga perlu disertakan dengan surat
jawapan penerimaan.

(d) Surat Memohon Pelepasan
Pihak Jawatankuasa Tertinggi juga perlu memohon pelepasan daripada
majikannya untuk setiap ahli jawatankuasa dan Pegawai Teknikal yang
bertugas. Butiran dalam surat pelantikan ini ialah nama pegawai yang
terlibat, jawatan, sela tarikh kerja, tarikh kejohanan, masa kejohanan,
tempat kejohanan dan nombor telefon Pengerusi Kepegawaian.

(e) Surat Penggunaan Gelanggang
Surat ini dibuat sekiranya gelanggang atau padang di bawah kawalan
sekolah atau pertubuhan lain digunakan. Surat ini perlu dihantar segera
supaya gelanggang dapat disediakan pada tarikh yang dikehendaki.
Butiran dalam surat ini ialah tarikh kejohanan, masa kejohanan dan tujuan
penggunaan gelanggang yang dicadangkan.

(f) Surat Peminjaman Alatan
Surat ini bertujuan untuk meminjam barang-barang untuk kejohanan dari
badan-badan, pertubuhan atau sekolah. Surat ini perlu dihantar segera
supaya barang-barang dapat disediakan pada tarikh yang kita kehendaki.
Butiran dalam surat ini ialah tarikh kejohanan, masa kejohanan, tujuan
penggunaan alatan yang dicadangkan, tarikh mengambil dan tarik
pemulangan barang.

(g) Surat Penggunaan Kemudahan
Surat ini bertujuan untuk memohon kemudahan seperti asrama, bas dan
lain-lain dari satu pertubuhan atau sekolah. Surat ini perlu dihantar segera
supaya kemudahan yang dikehendaki dapat disediakan pada tarikh yang
dikehendaki. Butiran dalam surat ini ialah tarikh kejohanan, masa
kejohanan dan tujuan penggunaan kemudahan yang dicadangkan.

(h) Surat Memohon Bantuan daripada Persatuan Sukarela atau Badan-badan
Beruniform
Bantuan dari persatuan sukarela atau badan-badan beruniform contohnya
St. John Ambulans, Bulan Sabit Merah dan Pengakap perlu dalam
melicinkan kejohanan olahraga. Penganjur perlu menghantar surat
memohon bantuan bagi mendapatkan perkhidmatan persatuan sukarela
atau badan-badan beruniform tersebut. Surat memohon bantuan perlu
X TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA
200
mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang terlibat, bidang
bantuan yang dikehendaki dan jumlah anggota yang diperlukan.

(i) Surat Memohon Bantuan daripada Pihak Polis
Terdapat aktiviti kejohanan contohnya acara jalan kaki atau maraton yang
melibatkan penggunaan jalan raya. Penganjur perlu memaklumkan dan
memohon mengadakan aktiviti berkenaan daripada pihak polis. Oleh itu,
pihak penganjur perlu menghantar surat memohon kebenaran dan bantuan
daripada pihak polis. Kandungan surat itu perlu mengandungi masa,
tarikh, tempat dan aktiviti yang terlibat. Surat ini juga perlu mengandungi
permohonan bantuan daripada pihak polis kepada penganjur, contohnya
mengadakan rondaan dan kawalan.

(j) Surat Pemberitahuan, Memohon Bantuan Kawalan dari RELA
Dalam keadaan tertentu kita mungkin memohon bantuan daripada pihak
RELA untuk membuat kawalan keselamatan. Surat memohon bantuan
kawalan keselamatan daripada pihak RELA perlu mengandungi masa,
tarikh, tempat dan aktiviti yang terlibat, bidang kawalan yang dikehendaki
dan jumlah anggota yang dikehendaki.

(k) Surat Pemberitahuan dan Memohon Bantuan dari Hospital atau Klinik
Penganjur perlu memaklumkan hospital atau klinik tentang kejohanan
olahraga yang dianjurkan. Ini bertujuan bagi hospital atau klinik bersedia
memberi bantuan kecemasan atau ambulans sekiranya berlaku kecemasan
dalam menjalankan kejohanan olahraga. Kandungan surat itu perlu
mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang terlibat.

(l) Surat Sumbangan
Dalam satu kejohanan olahraga yang besar, sumbangan dari pihak
korporat atau individu memang diperlukan. Dalam surat memohon
sumbangan sama ada dari segi kewangan atau barang-barang perlu
mengandungi masa, tarikh, tempat, aktiviti yang terlibat dan sumbangan
yang diharapkan.

(m) Surat Jemputan Perasmian atau Penutup Tetamu Kehormat
Pihak penganjur juga perlu menghantar surat jemputan khas kepada
tetamu kehormat untuk merasmikan atau menutup kejohanan olahraga.
Butiran dalam surat ini ialah tarikh kejohanan, masa perasmian atau
penutup kejohanan dan jadual aktiviti perasmian atau penutup kejohanan
yang dicadangkan.


TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA W 201
(n) Surat Jemputan Perasmian atau Penutup Tetamu Khas
Bagi menyerikan lagi upacara perasmian dan penutup, pihak penganjur
boleh menjemput tetamu khas. Surat jemputan mestilah berbutiran seperti
berikut iaitu tarikh kejohanan, masa perasmian atau penutup kejohanan
dan jadual aktiviti perasmian atau penutup kejohanan yang dicadangkan.

Pelantikan Jawatankuasa
Pelantikan jawatankuasa induk serta kecil dan bidang tugasnya telah
dibincangkan dengan terperinci dalam Topik 7. Pihak pengurusan pertandingan
perlu memastikan bahawa pelantikan jawatankuasa perlu berdasarkan kepada
keupayaan dan pengalaman kerja yang lepas. Urusan pelantikan perlu dilakukan
secara bersurat. Oleh kerana jawatankuasa akan melibatkan mesyuarat dan lain-
lain tugasan di luar, pelepasan ahli jawatankuasa terlibat perlu dipohon
daripada majikan jika berkenaan. Surat mesyuarat atau panggilan bertugas
kepada ahli jawatankuasa perlulah melalui Ketua Jabatan untuk direkodkan.

Pelantikan Pegawai Kejohanan
Pelantikan pegawai kejohanan olahraga hendaklah dilantik dengan berhati-hati.
Sekiranya berkemampuan, pegawai kejohanan yang dilantik perlulah bertauliah
dengan mempunyai sijil kepegawaian daripada KOM. Namun dalam kejohanan
sekolah atau Majlis Sekolah Daerah, adalah sukar bagi kita untuk mendapatkan
kesemua pegawai yang bertauliah. Oleh itu biasanya mereka yang mempunyai
tauliah diminta mengetuai Pegawai Teknikal sebagai referi dan Ketua Hakim.

Kursus pegawai kejohanan perlu dirancang bagi memberi pendedahan dan
seterusnya melicinkan lagi kejohanan olahraga. Pelantikan pegawai perlu
berdasarkan pengalaman dan latar belakang. Dalam keadaan tertentu mungkin
pegawai yang tidak berpengalaman perlu berpasangan dengan pegawai yang
berpengalaman untuk menimba pengetahuan daripada rakan yang lebih senior.
Bagi kejohanan besar terdapat juga penganjur membuat amali kejohanan sebenar
bagi melatih pegawai yang bertugas. Dalam Topik 8, bidang tugas pegawai-
pegawai teknikal dihuraikan dengan terperinci.

Selain daripada itu Jawatankuasa Teknik Kepegawaian perlu juga berbincang
dengan pegawai sebelum menyusun jadual bertugas dalam kejohanan olahraga.
Antara faktor penting yang perlu difikirkan ialah pengalaman dan kelulusan
pegawai yang bertugas, masalah peribadi pegawai yang tidak dapat dielakkan
dan kepakaran pegawai dalam bidang-bidang tertentu. Selain daripada itu
kebajikan pegawai juga perlu dijaga oleh jawatankuasa ini.
X TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA
202
9.2.2 Persiapan Teknikal
Persiapan teknikal perlu mantap bagi menjayakan kejohanan olahraga. Oleh itu,
berbagai kerja perlu dilakukan oleh jawatankuasa teknikal sebelum menganjur
sesuatu kejohanan. Jawatankuasa teknik dan pertandingan perlu menyiapkan
dan memastikan penyediaan padang dan gelanggang mengikut ukuran dan
spefikasi yang terdapat dalam undang-undang KOM. Jawatankuasa ini juga
perlu memastikan alatan yang digunakan dalam kejohanan ini mengikut
spesifikasi yang ditetapkan oleh KOM. Selain daripada aspek ini, jawatankuasa
juga perlu memastikan gelanggang dan alatan yang digunakan selamat dan
tidak mendatangkan risiko kecederaan kepada peserta.

Jawatankuasa Teknikal Peralatan bertanggungjawab menyediakan segala
peralatan pertandingan. Alat-alat ini termasuk kerusi, meja bagi hakim, sistem
pembesar suara, papan tulis dan lain-lain perkakasan teknikal sesuatu
pertandingan. Jawatankuasa Peralatan juga dikehendaki membantu
Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan untuk memeriksa peralatan dan
memastikannya mengikut spesifikasi.

Sebaik sahaja borang penyertaan dihantar oleh pasukan yang bertanding,
Jawatankuasa Pendaftaran dan Pertandingan perlu mendaftar peserta dengan
teliti supaya tidak terdapat kesilapan teknikal berlaku yang akan mengganggu
tumpuan peserta. Jawatankuasa ini perlu mendaftarkan peserta ke dalam borang
teknikal yang akan digunakan dalam pertandingan. Jawatankuasa Pendaftaran
perlu membantu Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal bagi memastikan
pendaftaran peserta oleh pasukan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan perlu menyediakan borang teknikal
sebelum urusan pendaftaran peserta dilakukan.
9.2.3 Penyediaan Borang
Borang teknikal menjadi tanggungjawab Jawatankuasa Teknikal dan
Pertandingan untuk menyediakannya. Borang teknikal dalam kejohanan
olahraga adalah merupakan borang yang terdiri daripada maklumat dan
mempunyai fungsi yang tersendiri. Borang-borang teknikal perlu seragam
mengikut KOM. Dalam pengelolaan kejohanan olahraga, borang teknikal
merupakan bahan atau alat yang penting dalam melicinkan kejohanan olahraga.
Maklumat atau butiran dalam borang akan memudahkan pegawai teknikal
menjalankan tugasnya. Jadual seterusnya menunjukkan jenis borang dan
fungsinya.



TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA W 203
Jadual 9.1: Borang dan Kegunaannya
BIL BORANG KEGUNAAN
1 Borang Masuk atau Penyertaan
(Lampiran A)
Borang ini mengandungi butir-butir para peserta,
pasukan yang mengambil bahagian dan acara yang
dipertandingkan.
2 Borang Penyeliaan Peserta
(Lampiran B)
Borang ini menunjukkan dan mengesahkan senarai
peserta yang bertanding dalam sesuatu acara.
3 Borang Hakim Balapan
(Lampiran C)
Borang ini digunakan oleh hakim untuk
mencatatkan kedudukan dan keputusan yang
dicapai dalam acara balapan.
4 Borang Penjaga Masa
(Lampiran D)
Borang ini digunakan untuk mencatat masa yang
dicapai dalam acara balapan.
5 Borang Ketua Penjaga Masa
(Lampiran E)
Borang ini digunakan oleh Ketua Penjaga Masa
untuk mencatat masa rasmi bagi satu acara balapan.
Borang ini merupakan rumusan daripada setiap
penjaga masa.
6 Borang Ketua Hakim
(Lampiran F)
Borang ini digunakan untuk Ketua Hakim dalam
mencatat keputusan rasmi bagi satu acara balapan.
Borang ini merupakan rumusan daripada setiap
penjaga masa.
7 Borang atau Kad Acara Padang
(lompatan dan balingan)
(Lampiran H)
Borang ini tercatat senarai nama peserta, jumlah
percubaan dan ukuran pencapaian dalam satu acara
lompatan atau balingan.
8 Borang Pencapaian Markah
Keseluruhan (Lampiran I)
Borang ini akan memaparkan markah yang dicapai
oleh setiap pasukan bagi acara yang
dipertandingkan. Ia adalah borang pengiraan
markah untuk menentukan tempat dalam sesuatu
pasukan.
9 Borang Bantahan
(Lampiran K)
Borang bantahan akan diberikan kepada pihak yang
ingin membuat bantahan terhadap keputusan rasmi
atau pengadilan.
10 Borang Penyampaian Hadiah
(Lampiran L)
Borang ini digunakan untuk urusan penyampaian
hadiah supaya ia berjalan lancar seperti yang
dirancangkan.
11 Senarai Pemenang Piala Pusingan Borang ini memudahkan pihak penganjur
mengesan piala-piala pusingan yang dimenangi
oleh sesuatu pasukan.
12 Borang Catatan Pusingan
(Lampiran M)
Borang ini digunakan untuk mencatat bilangan
pusingan yang dibuat oleh peserta dalam acara lari
jarak jauh (5000m, 10000m).
13 Borang Laporan Kelajuan Angin Borang ini digunakan oleh juruteknik untuk
mencatat kelajuan angin yang bertiup semasa
sesuatu acara dijalankan.
X TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA
204


Kertas kerja merupakan bahan bertulis yang mengandungi perbincangan
mengenai sesuatu projek untuk dibahaskan. Kertas kerja yang baik adalah
kertas kerja yang dapat memberi gambaran yang jelas tentang hala tuju, jenis
aktiviti, jawatankuasa, peserta dan perbelanjaan sesuatu projek.

Jadual tindakan tentatif ini membolehkan pengerusi atau orang yang
berkepentingan memantau aktiviti perancangan dan perkembangan tugas
setiap jawatankuasa.

Pengurusan kejohanan harus dirancang terlebih awal dan tidak boleh dibuat
secara tergesa-gesa.
1. Nyatakan jawatankuasa yang bertanggungjawab menyediakan
segala peralatan pertandingan. Alat-alat ini termasuk kerusi, meja
bagi hakim, sistem pembesar suara, papan tulis dan lain-lain
perkakasan teknikal sesuatu pertandingan.

2. Borang ini tercatat senarai nama peserta, jumlah percubaan,
ukuran pencapaian dalam satu acara lompatan atau balingan.
Namakan jenis borang ini.

3. Nyatakan butiran yang ada dalam surat pelantikan Ahli
Jawatankuasa Kecil dan Induk.

4. Berikan ciri-ciri dan contoh surat kebenaran yang digunakan
dalam kejohanan olahraga.

5. Borang ini mengandungi butiran para peserta, pasukan yang
mengambil bahagian dan acara yang dipertandingkan. Namakan
jenis borang ini.

6. Nyatakan jawatankuasa yang bertanggungjawab menyediakan
borang teknikal sebelum urusan pendaftaran peserta dilakukan.

7. Nyatakan lampiran yang disertakan dalam surat jemputan
mengambil bahagian.
SEMAK KENDIRI 9.2
TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA W 205
Dalam merancang pertandingan sukan apa yang perlu ialah pengurusan
yang teliti kemas dan berdokumen.

Surat adalah dokumen yang mengandungi maklumat dan akan menjadi
sumber rujukan. Surat perlu mempunyai maklumat yang ringkas tetapi
bermakna kepada pembacanya.

Jawatankuasa Teknikal Kepegawaian perlu menyediakan jumlah pegawai
yang mencukupi untuk bertugas pada hari kejohanan.

Jawatankuasa Teknikal dan Padang perlu memastikan keadaan padang
dalam keadaan baik serta tidak mendatangkan mudarat kepada peserta.

Jawatankuasa Teknik Alatan perlu memastikan alatan yang digunakan
dalam kejohanan olahraga tersedia.

Urusan pendaftaran peserta akan melibatkan Jawatankuasa Pendaftaran.
Jawatankuasa ini perlu memastikan peserta kejohanan didaftarkan
penyertaannya mengikut borang penyertaan.

Kursus pegawai kejohanan perlu dirancang bagi memberi pendedahan
kepada pegawai dan seterusnya melicinkan lagi kejohanan olahraga.

Jawatankuasa Teknik Kepegawaian perlu berbincang dengan pegawai
sebelum menyusun jadual bertugas dalam kejohanan olahraga.

Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan perlu menyiapkan dan memastikan
penyediaan padang dan gelanggang mengikut ukuran dan spesifikasi yang
terdapat dalam undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

Jawatankuasa Teknikal Peralatan bertanggungjawab menyediakan segala
peralatan pertandingan.

Jawatankuasa Pendaftaran dan Pertandingan perlu mendaftar peserta
dengan teliti supaya tidak terdapat sebarang kesilapan teknikal.
Jawatankuasa ini juga perlu membantu Jawatankuasa Pertandingan dan
Teknikal bagi memastikan pendaftaran peserta dalam pasukan mengikut
undang-undang yang ditetapkan.

Borang teknikal dalam kejohanan olahraga adalah merupakan borang yang
terdiri daripada maklumat dan mempunyai fungsi yang tersendiri. Borang
teknikal menjadi tanggungjawab Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
untuk menyediakannya. Borang-borang ini perlu seragam mengikut KOM.
X TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA
206
Borang teknikal
Jadual tindakan tentatif
Jawatankuasa Pendaftaran
Jawatankuasa Teknikal dan Padang
Jawatankuasa Teknikal Kepegawaian
Jawatankuasa Teknikal Peralatan
Kertas kerja
Persiapan teknikal
Setiausaha jawatankuasa
Urusan pendaftaran peserta

Bennet, D. (1992). Sports facts athletic sports. London: Franklin Watts.
Clarke, R., & Boyle, R. (1978). Successful track and field. Iowa: William C. Brown.
Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia. (2003). Undang-undang kejohanan
olahraga 3.
Ten, H. (1996). Manual olahraga. Kuala Lumpur: Junjuara.
Teng, B. T. (1994). Gerko: Panduan pengajaran olahraga. Shah Alam: Fajar Bakti
Wee, E. H. (2002). Panduan pengajaran olahraga: Kepegawaian dan
kejurulatihan. Shah Alam: Karisma.
TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA W 207
LAMPIRAN A: BORANG PENYERTAAN
BORANG PENYERTAAN
Pasukan: (L/P)
BIL NAMA PESERTA
A
C
A
R
A
1
0
0

m

2
0
0

m
4
0
0

m

8
0
0

m
1
5
0
0

m

5
0
0
0

m
4
x
1
0
0

m

4
x
4
0
0

m

L

T
i
n
g
g
i

L

J
a
u
h

B
.
P
e
l
u
r
u

L
.

C
a
k
e
r
a

B
.
L
e
m
b
i
n
g

JUMLAH ACARA
JUMLAH
BESAR
No
Peserta
Perseorangan Pasukan
(URUSAN RASMI)
Tarikh terima___________
Catatan_____________________________
_____________________________

____________________
Tarikh ( )
"Butir-butir penyertaan ini adalah mengikut
syarat-syarat penyertaan."
Pengesahan Pengurus pasukan
___________________
Tarikh ( Nama )
Borang Penyertaan Borang ini mengandungi butir-butir para peserta, pasukan
yang mengambil bahagian dan acara yang dipertandingkan.
X TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA
208
LAMPIRAN B: BORANG PENYELIAAN PESERTA
LAPORAN PENYELIAAN PESERTA
No Acara Acara (L/P) Kelas
Masa pertandingan: Saringan/Separuh Akhir/Akhir
LORONG NAMA PESERTA NOMBOR PASUKAN CATATAN
1
2
3
4
5
6
7
8
Catatan Penolong Pelepas:
TARIKH:

Borang Penyeliaan Peserta: Borang ini menunjukkan dan mengesahkan senarai
peserta yang bertanding dalam sesuatu acara.
TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA W 209
LAMPIRAN C: LAPORAN HAKIM BALAPAN
LAPORAN HAKIM
Acara: (L./W)
LAPORAN HAKIM
Acara: (L/W)
No. Acara No. Acara
Saringan ( ) S-Akhir ( ) Saringan ( ) S-Akhir ( )
1 1
2
Tarikh Hakim
Tarikh Hakim
LAPORAN HAKIM LAPORAN HAKIM
Acara: ' (L/W) Acara: (L/W)
No. Acara- No. Acara
Saringan ( ) S-Akhir ( ) Saringan ( ) S-Akhir ( )
(Hakim mencatat
2
nombor peserta
yang mendapat
tempat
3
kedua)
(Hakim mencatat
3
nombor peserta
yang mendapat
tempat
4
ketiga)
Tarikh Hakim Tarikh Hakim
Borang Hakim Tempatan ini digunakan oleh hakim untuk mencatatkan
kedudukan dan keputusan yang dicapai oleh dalam acara balapan.
X TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA
210
LAMPIRAN D: BORANG LAPORAN PENJAGA
MASA
LAPORAN PENJAGA MASA
Acara_________________(L/W)
No.Acara:___________ saringan/S.Akhir/Akhir
Tempat
Jam
Tarikh
Tanda tangan
( Nama Penjaga Masa)
Borang Penjaga Masa ini digunakan untuk mencatat masa yang dicapai dalam
acara balapan.
TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA W 211
LAMPIRAN E: BORANG LAPORAN KETUA
PENJAGA MASA
LAPORAN KETUA PENJAGA MASA
Acara_________________(L/W)
No.Acara:___________ saringan/S.Akhir/Akhir
Rekod
Tempat Masa Rasmi
1
2
3
4
5
6
7
8
Tarikh
Tanda tangan
( Nama Ketua Penjaga masa)
Borang Ketua Penjaga Masa ini digunakan untuk ketua penjaga masa mencatat
masa rasmi bagi satu acara balapan. Borang ini merupakan rumusan daripada
setiap penjaga masa.
X TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA
212
LAMPIRAN F: BORANG LAPORAN KETUA
HAKIM
LAPORAN KETUA HAKIM


No Acara Acara (L/P) Kelas

Masa pertandingan: Saringan/Separuh Akhir/Akhir
Tarikh:
( Referi ) ( Ketua Hakim )

Borang Ketua Hakim ini digunakan untuk ketua Hakim dalam mencatat
keputusan rasmi bagi satu acara balapan. Borang ini merupakan rumusan
daripada setiap hakim.

LORONG NAMA PESERTA NOMBOR PASUKAN KEDUDUKAN CATATAN
1
2
3
4
5
6
7
8
TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA W 213
LAMPIRAN G: BORANG LAPORAN KETUA
HAKIM
(BALINGAN DAN LOMPATAN)
LAPORAN ACARA L.Jauh/Lkijang/Lontar Peluru/L.Cakera
No Acara Acara (L/P) Kelas
Masa pertandingan: Rekod
Giliran BUTIR-BUTIR PESERTA Jarak
Terbaik (
percubaan)
Jarak
Terbaik
(keselunihan)
TEMPAT
Nama No Pasukan 1 2 3 4 5 6
1
2
3
4
5
6
7
8
KEPUTUSAN
TEMPAT NAMA NO
.
PASUKAN JARAK CATATAN
Perta'ma
Kedua
Ketiga
Keempat
Kelima
Keenam
Ketujuli
Kelapan
Tarikh:
( Referi ) ( Ketua Hakim )
Borang atau Kad Acara Padang (lompatan dan balingan) ini tercatat senarai
nama peserta, jumlah percubaan, ukuran pencapaian dalam satu acara lompatan
dan balingan.

X TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA
214
LAMPIRAN H: BORANG LAPORAN KETUA
HAKIM
(LOMPATAN TINGGI)
LAPORAN ACARA L.Tinggi/Bergalah
No Acara Acara (L/P) Kelas
Masa pertandingan: Rekod
GILIRAN BUTIR-BUTIR PESERTA
Tinggi
J
u
m
l
a
h

G
a
g
a
l

J
u
m
l
a
h

L
o
m
p
a
t
a
m

TEMPAT
Nama No 1 2 3 1 2 3 1 2 3 1 2 3 1 2
1
2
3
4
5
6
7
8
9
KEPUTUSAN
TEMPAT NAMA NO
.
PASUKAN JARAK CATATAN
Pertama
Kedua
Ketiga
Keempat
Kelima
Keenam
Ketujuli
Kelapan
Tarikh:
( Referi ) ( Ketua Hakim )
Borang atau Kad Acara Padang (lompatan tinggi) Borang ini tercatat senarai
nama peserta, jumlah percubaan, ukuran pencapaian dalam satu acara lompatan
tinggi.

TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA W 215
LAMPIRAN I: BORANG LAPORAN PENCAPAIAN
MARKAH
PENCAPAIAN MARKAH

NO

Acara

1
0
0

m

2
0
0

m

4
0
0

m

8
0
0

m




1
5
0
0

m

4
x
1
0
0

m

4
x
4
0
0

m

L
.
T
i
n
n
g

L
.

K
i
j
a
n
g

B

P
e
l
u
r
u

B
.
L
e
m
b
i
n
g

J
u
m
l
a
h

M
a
r
k
a
h


K
e
d
u
d
u
k
a
n

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
Keputusan (L/P)

Kedudukan Pasukan Markah
Johan
Naib Johan
Ketiga

( Ketua Perakam)

Borang Pencapaian Markah Keseluruhan ini akan memaparkan markah yang
dicapai oleh setiap pasukan bagi acara yang dipertandingkan. Pengiraan markah
untuk menentukan tempat dalam sesuatu pasukan.
X TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA
216
LAMPIRAN J: BORANG KEPUTUSAN RASMI

KEPUTUSAN RASMI


No Acara Acara (L/P)
Kelas
Masa pertandingan: Saringan/Separuh Akhir/Akhir

Tarikh:
( Perakam ) ( Ketua Perakam )

Borang Keputusan Rasmi ini digunakan untuk perakam dalam mencatat
keputusan rasmi bagi satu acara balapan. Borang ini merupakan rumusan
daripada setiap laporan ketua hakim dan disahkan oleh referi.
TEMPAT NAMA PESERTA/ PASUKAN NOMBOR
Masa/Jauh/Tinggi
CATATAN
1

2

3

4

5

6

7

8

TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA W 217
LAMPIRAN K: BORANG BANTAHAN
BORANG BANTAHAN
Nama Peserta/Pasukan yang Membantah :
Butir-Butir Bantahan
Nombor Acara: Acara
Masa Peristiwa Berlaku:
Tempat Berlaku:
Nombor Peserta @ Pasukan lawan yang terlibat:
Peristiwa yang telah berlaku:
Dengan ini saya mengemukakan bantahan ini untuk pertimbangan pihak
tuan.
Pengurus Pasukan
( )
Tarikh :
Untuk Urusan Rasmi
Tarikh Dan Masa Bantahan
Keputusan Referi
( Referi )
Keputusan Juri Rayuan
( Pengerusi Juri Rayuan )

Borang bantahan akan diberikan pihak yang ingin membuat bantahan terhadap
keputusan rasmi atau pengadilan.

X TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA
218
LAMPIRAN L: BORANG PENYAMPAIAN HADIAH
Acara_______
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan untuk menyampaikan
hadiah kepada pemenang-pemenang.
Pemenang; Pasukan/Peserta Masa/Jarak/Ketinggian
1.
2.
3.
Piala pusingan dihadiahkan oleh:
Majlis mengucapkan. ribuan terima kasih kepada
kerana sudi menyarnpaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.
Catalan Penyelia Hadiah:
Hadiah bagi acara ini telah di sarnpaikan pada pukul (masa)
Tarikh
(Penyelia Hadiah/Jumhebah)
(Johan) (Nama) (Pencapaian)


Borang Penyampaian Hadiah ini digunakan untuk urusan penyampaian hadiah
yang berjalan lancar seperti yang dirancang.

TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA W 219
LAMPIRAN M: BORANG CATATAN PUSINGAN
KAD PENCATAT PUSINGAN
No Acara Acara (L/P) Kelas
Masa pertandingan: Saringan/Separuh Akhir/Akhir
Pusingn/
No Peserta 1/2
3/4
12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
CATATAN
Pencatat Pusingan
( )

Borang Catatan Pusingan ini digunakan untuk mencatat bilangan pusingan
yang dibuat oleh peserta dalam acara lari jarak jauh (5000m, 10).

Anda mungkin juga menyukai