0 BINCANGKAN PERKAITAN DI ANTARA EKLIPTIK DENGAN ALTITUT
DAN AZIMUTH MATAHARI SETIAP HARI DI TEMPAT-TEMPAT YANG BERBEZA Ekliptik matahari adalah laluan lintasan matahari yang tidak dapat dilihat dengan mata. Altitut pula adalah ketinggian sesuatu objek atau jarak sudut sesuatu objek relative kepada garisan horizon. Azimuth pula adalah sudut mendatar yang dikira mengikut arah jam daripada arah rujukan, kebiasaanya utara, dengan satu titik di garisan horizon yang menyilangi satu titik altitude bagi objek tersebut. Ekliptik, azimuth serta altitut mempunyai perkaitan antara satu sama lain setiap hari ditempat yang berbeza dan musim.
Satah ekliptk mempunyai perkaitan dengan perubahan suhu bumi. Paksi putarannya adalah 23.5 darjah yang condong bersudut tepat dengan satah ekliptik. Perubahan ini berlaku kerana paksi putaran bumi tidak berserenjang dengan satah orbit, Paksi khatulistiwa tidak selari dengan satah ekliptik, tetapi membuat sudut kira-kira 23 26 darjah, yang dikenali sebagai kecondongan paksi. Sudut kecondongan seperti ini menyebabkan beberapa kawasan di bumi mengalami perubahan musim pada masa- masa tertentu.
Hal ini dapat dilihat apabila satu hemisfera adalah sentiasa condong menghampiri matahari dan satu hemisfera sentiasa menjauhi matahari. Dengan kata lain,ekliptik matahari yang tidak selari dengan satah khatulistiwa inilah menyebabkan ada bahagian di bumi pada masa tertentu mengalami musim-musim yang berbeza-beza antara satu tempat ke tempat yang lain.
Hemisfera yang condong lebih dekat kepada matahari menerima lebih banyak sinaran matahari dan mengalami suhu musim panas. Manakala,hemisfera yang condong lebih jauh daripada matahari menerima sedikit sinar langsung yang menyebabkan suhu yang lebih rendah atau musim sejuk. Manakala sesuatu paksi putaran yang selari atau berserenjang dengan satah ekliptik, bumi tidak akan mengalami apa-apa musim.
Contohnya, perkara seperti ini boleh dilihat apabila hemisfera utara mengalami musim panas manakala hemisfera selatan mengalami musim sejuk dan pada bulan Jun. keadaan ini dikenali sebagai solstice musim panas. Pada waktu ini, hemisfera utara adalah lebih tertumpu kearah matahari. Perkara seperti ini boleh dilihat pada bulan disember sehingga Mac. Altitut dan azimuth matahari pada ketika ini adalah berbeza antara hemisfera selatand an hemisfera utara.
Kecondongan pada paksi bumi iaitu (2326,), juga inimenyebabkan bahagian hemisfera utara menerima cahaya matahari lebih jauh dan berada jauh dari matahari berbanding hemisfera selatan iaitu pada masa ini menerima cahaya matahari secara dekat. Secara ringkasnya, hemisfera utara mengalami musim sejuk, manakala hemisfera selatan mengalami musim panas pada hujung disember, iaitu bermula dari 21 atau 22 Disember. Musim ini dipanggil sebagai soltis musim sejuk. Manakala soltis panas berlaku pada hemisfera utara pada 21 atau 22 june.
Pada hujung bulan Disember matahari juga dilihat berada di kedudukan atas kepala relatif kepada pemerhati yang berada di kawasan yang berada di hemisfera selatan. Kedudukan matahari paling tinggi ini dikenali sebagai zenith. Zenith matahari pada jangka masa ini berada pada altitude 90 ( altitude tertinggi daripada horizon ). Orang-orang yang berada di hemisfera selatan ini akan melihat matahari berada di kedudukan atas kepala, namun ini tidak berlaku kepada orang-orang yang berada di bahagian khatulistiwa dan juga di hemisfera utara.
Ekliptik matahari pada ketika ini berada jauh dari Khatulistiwa dan juga Hemisfera utara. Oleh yang demikian bahagian utara di hemisfera selatan akan melihat altitude matahari dalam kedudukan lebih rendah kerana matahari terletak jauh dari bahagian itu (khatulistiwa dan hemisfera utara). Kedudukan jauh dari matahari menyebabkan kawasan tersebut tidak menerima lebih cahaya matahari. Maka penduduk di kawasan khatulistiwa dan hemisfera utara melihat kedudukan matahari adalah lebih rendah daripada 90.
Pada bulan Mac ekliptik matahari akan berada di khatulististiwa, hal ini menyebabkan altitut dan azimuth matahari relatif kepada pemerhati akan berbeza antara pemerhati di bahagian hemisfera selatan, Khatulistiwa dan juga pemerhati di Hemisfera Utara. Pada bulan ini secara khususnya, hemisfera utara mengalami musim bunga atau dipanggil sebagai spring equinox.equinox bermaksud sama iaitu temapoh masa bagi malam dan siang adalah sama.
Seterusnya pada 21 atau 22 june, ekliptik matahari akan paling hampir di Hemsifera Utara yang mana hemisfera utara akan lebih condong dan lebih dekat kepada matahari. Perbezaan altitude dan azimuth matahari pada ketika ini meneybabkan perbezaan pada bahagian-bahagian bumi. Dengan kata lain, hemisfera utara mengalami musim panas iaitu soltis musim panas dan hemisfera selatan pula mengalami soltis musim sejuk.
Pada bulan September pula matahari berada tepat di garisan khatulistiwa. Pada ketika ini, tempoh masa semua tempat di bumi bagi siang dan malam adalah sama panjang. Pada bulan September ini dipanggil sebagai fall equinox pada hemisfera utara dan spring equinox pada hemisfera selatan.
Rajah 7: Soltis Matahari
Terdapat beberapa tempat didunia yang mempunyai empat musim. Kawasan yang berbeza mempunyai musim yang berbeza-beza. Perbezaan musim terjadi kerana hemisfera utara dan di hemisfera selatan yang kecondongan paksi. 4.0 BINCANGKAN PERKAITAN PERGERAKAN BULAN MENGELILINGI BUMI DAN MASA TERBIT DAN TERBENAM BULAN Bulan adalah satelit semulajadi Bumi. Ia mengorbit Bumi, sama seperti Bumi mengorbit Matahari. Pergerakan Bulan pada orbitnya mengelilingi Bumi menyebabkan beberapa keadaan dan ia memberi pengaruh besar pada Bumi. Paksi putaran Bulan sama seperti Bumi, adalah condong sedikit. Para ahli astronomi mengukur kecondongan paksi relatif kepada garisan tegak lurus permukaan rata ekliptik, iaitu permukaan imaginasi melalui orbit Bumi mengelilingi Matahari. Paksi Bumi condong 23.5 darjah dari garisan tegak. Tetapi paksi Bulan hanya 1.5 darjah.
Rajah 8: Pergerakan Bulan Bulan mengorbit mengelilingi bumi sama seperti bumi mengorbit matahari.. Pergerakan bulan pada orbitnya mengelilingi bumi memberi beberapa keadaan dan memberi pengaruh besar kepada bumi. Peredaran bulan mengelilingi matahari menyebabkan bulan dilihat mempunyai fasa-fasa tertentu di langit.
Perubahan fasa-fasa bulan terjadi disebabkan oleh terdapatnya perbezaan sudut dari tempat yang kita lihat pada bulan. Bulan tidak menghasilkan cahayanya tersendiri tetapi cahaya itu dipantulkan oleh cahaya matahari. Bulan mempunyai empat fasa tertentu dalam satu kitaran dan berulang-ulang dalam masa 29.5 hari. Perubahan fasa ini adalah dalam keadaan yang tersusun mengikut urutannya tersendiri.
Rajah 9: fasa-fasa bulan
Fasa Bulan terdiri daripada: Anak bulan Bulan sabit Bulan separa Bulan purnama / penuh
Fasa pertama bulan adalah anak bulan. Anak bulan ini secara kasarnya berkedudukan yang sama dengan matahari dan secara tidak langsung fasa ini tidakkelihatan di bumi. Pada fasa ini, buan dan matahari terbit pada masa yang sama dari timurke barat.
Fasa yang kedua adalah bulan sabit baru. Apabila bulan mengorbit bumi, kita akanmeihat fasa-fasa bulan ini dari satu bentuk ke bentuk yang lain. ). Fasa bulan ini dapat dilihat sehari selepas anak bulan.
Seterusnya selepas satu minggu, separa bulan pula kelihatan.Seminggu selepas itu, fasa bulan hampir purnama pula kelihatan. Dua minggu selepas anak bulan kelihatan, bulan sekarang melalui separuh fasa keseluruhannya. Sekarang, fasa bulan penuh kelihatan dengan jelas di langit. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bulan terbit lebih kurang sama dengan masa matahari terbit dan juga terbenam dalam masa yang sama.
Selepas itu adalah fasa bulan hampir purnama lama. Kemudian diikuti dengan fasa bulansepara lama di mana hanya separuh bahagian yang bersinar. Bulan kelihatan semakin mengecil di mana ia adalah fasa bulan sabit lama. Kemudian, kitaran ini akan berulang dan anak bulan akan menyusuri fasa yang seterusnya dan diikuti dengan fasa-fasa yang lain. Hampir empat minggu, ulan melalui fasa-fasanya. Apabila habis satu kitaran fasa bulan,kitaran yang baru akan bermula semula.
Masa terbit dan terbenam matahari bergantung kepada fasa- fasa bulan itu sendiri. kadang kala bulan kelihatan pada siang hari dan kadangkala pada malam hari. Anak bulan terbit semasa subuh dan terbenam ketika terbenam matahari. Manakala bulan sabit baru pula terbit selepas terbenam matahari.
Masa terbit dan terbenam bulan adalah bergantung kepada fasa-fasa bulan itusendiri. Bulan akan terbit di antara 30 minit atau 70 minit daripada hari sebelumnyasetiap hari. Pada fasa anak bulan, bulan terbit dan terbenam hampir sama dengan masa terbit dan terbenam matahari. Apabila hari demi hari menyusul, di mana fasabulan berubah kepada anak bulan,bulan sabit, bulan separa, separa purnama dan hampir kepada bulan purnama, bulan terbit pada waktu siang (selepas matahari terbit) dan masa terbit bulan meningkat setiap hari sama ada 30 minit atau 70 minit kemudian seperti rajah di bawah. Seterusnya, bulan terbenam pada waktu malamdan semakin lambat setiap malam dengan peningkatan 30 minit atau 70 minit setiap malam.
Semasa bulan separa baru, ia terbit pada pukul 12.00 tengah hari dan tenggelam pada pukul 12.00 tengah malam. Bagi bulan hampir purnama baru, ia terbit pada pukul 3.00 petang dan tenggelam pada pukul 3.00 pagi. Bulan purnama pula, ia terbit pada pukul 6.00 petang dantenggelam pada pukul 6.00 pagi. Bagi bulan hampir purnama lama, ia terbit pada pukul 9.00malam dan tenggelam pada pukul 9.00 pagi. Bagi bulan separa lama, ia terbit pada pukul12.00 tengah malam dan tenggelam pada pukul 12.00 tengah hari. Bagi bulan sabit lama, iaterbit pada pukul 3.00 pagi dan tenggelam pada pukul 3.00 petang.