Tahun : 4 Dinamika Tarikh : 24 Mac 2014 Hari : Isnin Masa : 10.35 pagi hingga 11.35 pagi (1 jam) Bilangan Murid : 24 orang (13 pelajar lelaki dan 11 pelajar perempuan) Tema : Sentiasa Berhemat Kita Selamat Tajuk : Kemalangan Jalan Raya
Hasil Pembelajaran Fokus Utama 8.4 Membina dan membina ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara. Aras 1 (ii) Mengenal pasti isi yang sesuai dengan tajuk. Fokus Sampingan 1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. Aras 1 (iii) Memberikan respon yang sesuai terhadap soalan yang dikemukakan.
Objektif Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat ; 1) Menjawab soalan yang dikemukakan dengan isi yang bernas dan sesuai. 2) Murid dapat menjawab soalan dengan menggunakan ayat yang sesuai
Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Sistem Bahasa : Kata Kerja ; menunggang basikal, melanggar, memandu, terlantar, melawat. Ilmu : Pendidikan Keselamatan Jalan Raya. Nilai : Berhati-hati, mematuhi peraturan.
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran Berfikir : Menghubungkait, menciri, mengimbas, menilai, menjalin idea Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal Pembelajaran Kontekstual : Mengaitkan isu keselamatan dengan pengalaman sedia ada. Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah mengetahui tentang cara-cara menjaga keselamatan ketika di jalan raya. Bahan Bantu Belajar : Komputer riba, LCD, video animasi, permainan papan.
LANGKAH / MASA
ISI KANDUNGAN
AKTIVITI PENGAJARAN GURU
AKTIVITI PEMBELAJARAN MURID
CATATAN
SET INDUKSI (5 minit)
Buckle Up Selalu Tayangan video pendek
1. Guru menayangkan video klip tentang kepentingan memakai tali pinggang keledar.
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang pengajaran
1. Murid memberi perhatian sepenuhnya kepada video klip yang ditayangkan.
2. Murid memberi respon kepada setiap soalan guru
KB : -Menghubungkait -Menciri
BCB : - Mendengar aktif
BBB : - Video klip Soalan : Apakah mesej yang cuba disampaikan?
Apakah akibat jika tidak memakai tali pinggang keledar?
dan nilai murni daripada video klip tersebut.
3. Guru mengaitkan isi video dengan tajuk pengajaran. berdasarkan pengalaman sedia ada mereka.
3. Murid meneka tajuk yang akan diajar oleh guru.
ILMU: - Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)
LANGKAH 1 (20 minit)
Zon Larangan Bergerak
Membina ayat berdasarkan kata kerja yang dipaparkan.
Kata kerja: Menunggang berbual-bual melanggar membantu terlantar
1. Guru menerangkan tentang kata kerja kepada murid.
2. Guru meminta murid membina ayat secara bertulis berdasarkan kata kerja yang telah disenaraikan.
3. Murid diminta membaca ayat-ayat yang telah dibina kepada kelas.
4. Murid lain diminta mendengar dengan teliti dan sama-sama membetulkan kesilapan sekiranya ada.
1. Murid memberi perhatian pada penerangan guru.
2. Murid menulis dan membina ayat daripada semua kata kerja yang telah diberikan.
3. Murid yang dipilih akan membacakan ayat yang telah dibina untuk dibetulkan oleh rakan-rakan yang lain dan guru sekiranya terdapat kesalahan dalam ayat tersebut.
4. Murid membetulkan ayat yang salah.
KB : Menjana idea
BCB : Mencatat
BBB : Persembahan powerpoint : Kata Kerja
KP : Intrapersonal
NILAI : berhati-hati
ILMU : Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)
LANGKAH 2 ( 15 minit )
Sentiasa Berhemat, Kita Selamat
1. Guru menunjukkan kad gambar basikal, motosikal, kereta, bas, lori, ambulan dan kereta bomba dan polis.
2. Guru menunjukkan beberapa keping kad gambar kemalangan di jalan raya yang melibatkan kenderaan tersebut.
3. Guru menunjukkan persembahan Power Point Sentiasa Berhemat Kita Selamat.
4. Guru menerangkan cara untuk mengelakkan terjadinya kemalangan di jalan raya.
5. Guru menerangkan tentang etika berjalan kaki dan etika menunggang basikal di jalan raya.
1. Murid menumpukan sepenuh perhatian pada kad gambar dan menjawab soalan guru.
2. Murid memberi pendapat tentang kad gambar kemalangan.
3. Murid bertukar-tukar pendapat tentang situasi dalam kad gambar kemalangan yang ditunjukkan berdasarkan pengetahuan sedia ada.
4. Murid kembali memberi perhatian kepada persembahan Power Point Sentiasa Berhemat Kita Selamat guru.
5. Semua murid pergi ke hadapan kelas secara bergilir-gilir untuk menulis jawapan masing- masing.
KB : Menjana idea
BCB : Mengumpul maklumat
BBB : Persembahan powerpoint : Kata Kerja
KP : Intrapersonal
NILAI : berhati-hati
ILMU : Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)
6. Guru meminta setiap murid untuk memberikan satu kebaikan mematuhi etika jalan raya dan keburukan akibat tidak mematuhi etika jalan raya serta menulisnya di papan putih hadapan kelas.
7. Guru membuat rumusan dengan menggunakan keseluruhan jawapan.
6. Murid kenalpasti jawapan mereka tidak sama dengan rakan kelas yang lain.
7. Murid diberi peneguhan dan pujian kepada aktiviti yang telah dijalankan
LANGKAH 3 ( 15 minit )
Hati-Hati di Xray Road
1. Guru mengarahkan murid untuk berada dalam kumpulan. 4 orang dalam setiap 1 kumpulan.
2. Guru mengeluarkan 6 buah permainan papan Xray Road.
3. Guru memberi arahan tentang cara bermain dan peraturan bermain Xray Road sebelum murid memulakan
1. Murid membuat 6 kumpulan.
2. Setiap murid akan bermain permainan papan Xray Road.
3. Murid perlu bermain sehingga ke jalan tamat.
4. Sepanjang proses permainan, murid perlu menjawab soalan dan mengikut
KB : Menjana strategi
BCB : berkomunikasi
BBB : Permainan Papan Xray Road
KP : Intrapersonal
NILAI : berhati-hati
permainan tersebut.
4. Guru merumuskan kelebihan dan mengaitkan permainan Xray Road dengan tajuk hari ini setelah tamat aktiviti. arahan permainan.
ILMU : Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)
PENUTUP ( 5 minit )
Waspadalah Sayang
Penutup kognitif Membuat rumusan isi pelajaran.
Penutup sosial Memberi nasihat dan nilai-nilai murni.
1. Guru menayangkan video pendek dari youtube tentang akibat jika tidak mematuhi peraturan jalan raya.
2. Guru membuat kesimpulan tentang pembelajaran.
3. Guru memberi nasihat dan peringatan kepada murid-murid
1. Murid mendengar dengan teliti.
2. Murid merenung kembali nasihat- nasihat yang diberikan oleh guru.
3. Murid akan beringat supaya sentiasa berhati-hati kerana malang tidak berbau dan kemalangan tidak mengenal usia.