Ilmu ketamadunan sangat penting untuk sebuah negara majmuk seperti Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada berbilang bangsa, budaya dan agama. Pada dasarnya, setiap rakyat Malaysia perlu mengetahui dan mengenali prinsip, nilai dan amalan setiap bangsa dan agama yang terdapat di Malaysia secara tepat dan dekat. Supaya perhubungan dan interaksi antara rakyat Malaysia tidak dipengaruhi atau ditentukan oleh prasangka dan kejahilan yang mudah menimbulkan kecurigaan, ketegangan dan kebencian. Ilmu ketamadunan harus diterapkan di kalangan rakyat Malaysia di peringkat awal lagi. Kita ini akan melihat interaksi yang berlaku di antara tamadun Cina, India dan Jepun serta relevansi dan kaitannya dengan dunia secara amnya dan Malaysia secara khususnya.
Tamadun Cina Dalam Pemantapan Tamadun Malaysia Dan Dunia DISEDIAKAN OLEH :
NATASYA NURAIN BT KHASIM ELLY WONG LEE YIEN 5 ASPEK Kepercayaan Kebudayaan Sosial Teknologi Ilmu Pengetahuan Kepercayaan Alam Sekitar Kepercayaan kepada bencana alam seperti kemarau, banjir, serangan belalang dan bawaan penyakit adalah ketentuan tuhan. Ini menyebabkan mereka menyembah alam sekitar seperti matahari, bulan, bintang, bumi dan sebagainya yang dianggap mempu mengubah sesuatu keadaan. Contohnya masyarakat Lembah Hwang Ho iaitu Shang Ti menyembah alam sekitar. Kepercayaan terhadap nenek moyang mempunyai pengaruh dalam kehidupan seharian. Amalan pemujaan dilakukan agar roh nenek moyang mereka masih mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka atau kehidupan masa hadapan mereka. Mereka juga memohon pertolongan nenek moyang melalui ramalan menerusi pendeta cina. Kepercayaan kepada penyembahan roh nenek moyang Kebiasaanya mereka menggunakan tulang nujumyang ditulis dengan pelbagai soalan, dihempaskan dan garisan-garisan yang pecah tersebut akan dibuat ramalan Contohnya masyarakat Shang dan Maharaja Shang di mana mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang yang memerintah syurga dan menjalankan upacara pengorbanan untuk memuja semangat roh nenek moyang yang diketuai oleh bomoh. Antara yang dikorbankan iaitu kambing, babi, lembu, anjing, manusia dan tawanan musuh.
Kepercayaan kepada anak syurga adalah untuk mengesahkan pemerintahan sesebuah dinasti. Ini dilakukan dengan menonjolkan unsur suci dan sakti yang mampu menarik keyakinan dan ketaatan rakyat kepada pemerintah tersebut. Anak syurga dianggap sebagai perantara antara bumi dengan syurga. Contoh Dinasti Chou mengamalkan kepercayaan tersebut untuk mengukuhkan kedudukan pemerintah Dinasti Chou.
Kepercayaan kepada Anak Syurga
Kepercayaan terhadap dewa dipercayai dapat membantu mengawal dan meningkatkan hasil tanaman kerana mereka percaya bahawa semua dewa berada di syurga dan mempunyai kuasa menolong manusia di dunia untuk berbuat baik atau jahat. Contohnya masyarakat Shang turut menyembah Dewa Biji-bijian
Kepercayaan kepada dewa
Terdapat beberapa budaya yang masih di praktikkan sejak beberapa generasi yang lalu.Ianya menjadi sebahagian daripada identiti dan warisan masyarakat Cina sejak turun termurun.
Setiap amalan dan adat masyarakat Cina ini mempunyai pengertian yang tersendiri bukan sahaja melambangkan norma-norma yang wujud di dalam masyarakat Cina bahkan merupakan manifestasi terhadap beberapa nilai moral yang menjadi pegangan orang Cina keseluruhannya. Budaya Tamadun China Nilai-nilai etika ini penting dalam mempertahankan kelansungan hidup dan keharmonian sesama anggota masyarakat. Amalan,adat dan pantang larang yang di pegang oleh masyarakat Cina lebih berupa suatu kawalan sosial yang berperanan mengikat anggota-anggota masyarakat agar tidak melakukan perkara yang menyimpang dari amalan-amalan orang Cina.
Dari aspek sosial pula, setiap perayaan disambut oleh semua anggota masyarakat tanpa mengira tua,muda, keturunan dan jantina. Ini dapat mengumpulkan semua ahli masyarakat dan mewujudkan perpaduan sesama manusia. Ianya dapat menghapuskan permusuhan antara individu dengan individu dan kumpulan dengan kumpulan yang lain. Selain itu, ia berfungsi untuk melanjutkan sistem- sistem sosial masyarakat Cina . Sosial Pengaruh-pengaruh luar yang mengganggu gugat sistem sosial ini dapat ditangkis dengan meneruskan nilai-nilai tradisional dan adat resam yang diamalkan sejak turun temurun. Orang Cina tidak dapat melepaskan diri daripada mempraktikkan elemen-elemen tradisional dan kepercayaan kuno kerana tanpa kesemua ini orang Cina akan kehilangan identiti dan pengenalan bangsanya sendiri.
Ciri tamadun Cina yang paling menonjol ialah kepantasan kemajuan teknologinya . Ini turut diakui oleh beberapa orang pengarang terkenal dari Barat. Antara kemajuan-kemajuan yang dicapai ialah: Perpustakaan yang besar telah wujud semenjak zaman berzaman. Alat cetak yang boleh bergerak telah direka dalam abad kesebelas, justeru itu lahirlah penulisan buku-buku dalam jumlah yang besar. Teknologi & Ilmu Pengetahuan Pembinaan terusan telah menggiatkan perkembangan perdagangan dan perindustrian. Kompas bermagnet juga salah satu lagi ciptaan orang-orang Cina yang digunakan hingga kini. Bandar raya China lebih besar daripada kebanyakan bandar-bandar Eropah pada zaman Pertengahan, sementara laluan perdagangannya pula luas. Pembinaan semula Tembok Besar China memberikan banyak faedah kepada negara terutamanya.
Wang kertas mempercepatkan aliran perniagaan dan pertumbuhan pasaran pada peringkat permulaan.
Wujud industri besi yang sangat besar di China Utara, menghasilkan kira-kira 125 000 tan besi setahun yang mana kebanyakannya penting untuk kegunaan kerajaan dan tentera.
Bangsa China juga barangkali menjadi bangsa yang pertama mencipta serbuk letupan dan meriam yang telah digunakan untuk menggulingkan pemerintah- pemerintah Mongol oleh Dinasti Ming pada penghujung abad keempat belas. Dalam tahun 1720, rekod menunjukkan bahawa Dinasti Ming memiliki sebanyak 1350 buah kapal perang, termasuk 400 buah kubu terapung yang besar dan 250 buah kapal yang dibina khas untuk pelayaran jarak jauh.