Anda di halaman 1dari 6

Akta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

21 Februari 2012

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, LPPKN, telah ditubuhkan di bawah
Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 [Akta 352] dan diletakkan di bawah
Jabatan Perdana Menteri. Pada peringkat awal penubuhannya fokus utama LPPKN adalah
melaksanakan program dan aktiviti perancangan keluarga di negara ini.

Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 (Akta 352) yang dahulunya dikenali
sebagai Akta Perancang Keluarga 1966 (Akta 42) telah mengalami beberapa pindaan dan
semakan sejak ia diwartakan pada tahun 1966. Pindaan pertama telah dibuat pada tahun 1976
manakala pindaan kedua dibuat pada tahun 1984. Pindaan kedua ini melibatkan pertukaran
nama akta daripada Akta Perancang Keluarga kepada Akta Penduduk dan Keluarga. Sejajar
dengan perubahan ini, nama LPPKN yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Perancang
Keluarga Negara telah ditukar menjadi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga
Negara. Dengan pertukaran nama ini, peranan LPPKN telah diperluaskan daripada semata-
mata penyampaian perkhidmatan perancangan keluarga kepada perspektif penduduk dan
pembangunan sosioekonomi yang lebih luas.

Pada tahun 1994 dan sejajar dengan Program Tindakan Persidangan Antarabangsa Mengenai
Penduduk dan Pembangunan (ICPD-PoA), program LPPKN telah diubahsuai meliputi tiga
bidang utama iaitu kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia.

Pada 13 Jun 2001, Jemaah Menteri telah bersetuju dengan hala tuju dan pendekatan baru dan
LPPKN sebagai agensi utama dalam bidang kependudukan, pembangunan dan reproduksi
manusia. Pada tahun yang sama, LPPKN telah diletakan di bawah Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Akta 352 sekali lagi dipinda pada tahun 2006 sejajar dengan matlamat, peranan, fungsi dan
tanggungjawab baru LPPKN. Pindaan dibuat bagi membolehkan fungsi, kuasa dan
tanggungjawab yang sedia ada diperjelaskan dan diperkukuhkan. Peruntukan-peruntukan baru
juga ditambah meliputi skop pelaksanaan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada
LPPKN. Akta 352 ini telah diwartakan pada 8 Februari 2007.

Visi LPPKN mewujudkan keluarga yang kukuh ke arah melahirkan masyarakat penyayang,
penduduk berkualiti dan bangsa Malaysia yang progresif cukup mencabar dan memerlukan
komitmen yang padu semua pihak. LPPKN melalui pelbagai inisiatif telah memperkenalkan
kaedah dan pendekatan yang dinamik dan efektif untuk mencapai visi tersebut. Fokus juga
ditekankan kepada penyelidikan, pembangunan program, latihan dan kerjasama dalam dan
luar negara.

OBJEKTIF
08 Mac 2012

Untuk mengukuh dan meningkatkan kesejahteraan keluarga melalui program usaha sama
yang cekap dan berkesan ke arah melahirkan penduduk yang berkualiti.

KUASA, FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB

Secara ringkas kuasa, fungsi dan tanggungjawab LPPKN seperti yang dinyatakan dalam Akta
352 Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 (Pindaan 2006) adalah seperti berikut:-

i. Menasihati Kerajaan mengenai perkara-perkara berkaitan dasar dan program
kependudukan, pembangunan keluarga, dan reproduksi manusia;

ii. Merancang, melaksana dan menyelaras program dan aktiviti kependudukan,
pembangunan keluarga dan reproduksi manusia;

iii. Menyebar pengetahuan, memberi didikan dan menggalakkan tingkah laku positif
dalam bidang kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia;

iv. Bertanggungjawab melatih individu, yang terlibat dalam tugas-tugas berkaitan
bidang kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia;

v. Menyediakan latihan kepada jurulatih dalam bidang kependudukan, pembangunan
keluarga dan reproduksi manusia melalui pembangunan kemahiran, pendidikan
berterusan, jaringan kerjasama, kerjasama teknikal di antara negara dan
perkongsian teknologi informasi dan komunikasi serta sumber teknikal;

vi. Bertanggungjawab dalam mengenal pasti serta menggalakkan keperluan dan
keutamaan penyelidikan, menjalankan penyelidikan serta kajian dalam bidang
kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia termasuk kajian
perubatan dan bio-perubatan;

vii. Menyediakan perkhidmatan berdasarkan keperluan semasa yang mungkin perlu
disebabkan perubahan yang memberi kesan terhadap kependudukan,
pembangunan keluarga dan reproduksi manusia;

viii. Membangun dan mengekalkan sistem pemantauan dan penilaian program secara
berterusan yang boleh dinilai keberkesanannya dari semasa ke semasa ke arah
pencapaian objektif nasional; dan

ix. Melaksanakan lain-lain program sampingan dan bersesuaian yang berupaya untuk
meningkatkan prestasi fungsi LPPKN secara efektif.












PIAGAM PELANGGAN
Dicipta pada Rabu, 07 Mac 2012
LPPKN komited untuk melaksanakan program Pembangunan Keluarga, Reproduksi Manusia
dan Kependudukan secara menyeluruh dan berkesan demi melahirkan keluarga yang
berkualiti dan bangsa Malaysia yang progresif. Justeru, kami memberikan khidmat kami
seperti berikut ;
PROGRAM PEMBANGUNAN KELUARGA

Program Latihan & Pendidikan
Memastikan purata tahap kualiti penganjuran latihan pembangunan keluarga berteraskan
modul berada pada tahap 3 ke atas dalam skala 1 hingga 5 berdasarkan penilaian peserta.
Memastikan tahap kualiti penyampaian penceramah bagi latihan pembangunan keluarga
berada pada tahap 3 ke atas dalam skala 1-5 berdasarkan penilaian peserta.
Memproses permohonan NGO bagi bantuan khas pra-perkahwinan SMARTSTART
dalam tempoh 2 bulan dari tarikh permohonan diterima.
Memproses dan memberi maklum balas bagi permohonan agensi dan orang awam untuk
program dan aktiviti pendidikan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan
diterima.

Penyelidikan Kekeluargaan
Melaksanakan kajian kekeluargaan jangka pendek dalam tempoh 6 bulan dari tarikh arahan
dikeluarkan

Unit Kaunseling
Tempoh menunggu untuk pendaftaran bagi sesi kaunseling atau konsultansi tidak lebih dari
10 minit.
Temujanji untuk sesi kaunseling atau konsultansi diberi dalam tempoh 3 hari bekerja.
Memastikan tahap kualiti kaunseling atau konsultansi berada pada tahap 3 ke atas dalam
skala 1-5 berdasarkan penilaian peserta.
o Maklumbalas bagi setiap sesi kaunseling atau konsultansi akan diberikan kepada
pelanggan dalam tempoh tidak lebih dari 7 hari bekerja.
o Memastikan kerahsiaan maklumat pelanggan dipelihara kecuali perkara-perkara yang
mendatangkan mudarat kepada diri pelanggan atau orang lain dan perkara-perkara yang
menyalahi undang-undang seperti termaktub dalam Kod Etika Lembaga Kaunselor

PROGRAM REPRODUKSI MANUSIA

Khidmat Konsultansi & Sokongan
Memberikan khidmat konsultansi dan sokongan yang cekap, cepat, tepat, telus, mesra dan
saksama kepada setiap pelanggan dengan pencapaian kualiti perkhidmatan yang melebihi
pencapaian skala 3 ke atas dalam skala 1 hingga 5 berdasarkan kepada borang maklumbalas
pelanggan.
Masa menunggu bagi mendapatkan perkhidmatan yang disediakan adalah tidak melebihi 45
minit sekiranya menepati masa temu janji yang telah ditetapkan.
Memberikan perkhidmatan kafe@TEEN yang berkesan dengan tahap kepuasan seperti
berikut:
o Program outreach - Pencapaian skala 3 ke atas dalam skala 1 hingga 5 berdasarkan
Borang Maklumbalas
o Pelanggan Program klinik statik aduan tidak melebihi 10%.

Khidmat Konsultansi & Sokongan

Pemeriksaan dan keputusan ujian diagnostik akan dikeluarkan mengikut tempoh berikut :
Pap smear - tidak melebihi 3 minggu
Pemeriksaan payu dara/testis tidak melebihi 30 minit
Subfertiliti - tidak melebihi sebulan
Pakej saringan kesejahteraan tidak melebihi 1 jam

Pengurusan perancang keluarga
Tidak melibatkan tatacara pembedahan - tidak melebihi 30 minit,
Melibatkan tatacara pembedahan - tidak melebihi 2 jam,
Mendaftar permohon yang layak mendapatkan subsidi mamogram dalam tempoh tidak
melebihi 45 minit

Artikel
PERKHIDMATAN KLINIKAL
Dicipta pada Rabu, 07 Mac 2012

PENGENALAN
Program Reproduksi Manusia merupakan salah satu program teras LPPKN yang memberikan
perkhidmatan Kesihatan Reproduktif kepada orang ramai. Ini meliputi kumpulan sasar utama
iaitu wanita, lelaki dan remaja. Penyampaian perkhidmatan Kesihatan Reproduktif di salurkan
melalui 58 klinik Nur Sejahtera di 15 buah negeri sekarang.

JENIS PERKHIDMATAN KLINIKAL
Pengurusan Perancang Keluarga
Pengurusan Saringan Kesejahteraan
Ujian Pap Smear
Rawatan Subfertiliti (Johor, Ipoh & Selangor Sahaja)
Pemeriksaan Testis
Perkhidmatan Andrologi (Ibu Pejabat LPPKN, Johor & Ipoh Sahaja)
Saringan Penyakit Jangkitan Seksual
Latihan Amali Kesihatan Reproduktif
Pemeriksaan Payudara

PERKHIDMATAN MAKMAL
Sitologi
Saringan kanser pangkal rahim

Mikrobiologi
Ujian kultur & kepekaan untuk Urin, HVS & Air mani
Ujian Hepatitis B (Ag & Ab)
Ujian HIV (Ag)
Ujian Makmal Rujukan Penyakit Veneral (VDRL)
FEME & Kultur swab vagina tinggi dan kepekaannya

Endokrinologi
Hormon Perangsang Folikel
Hormon Peluteinan
Hormon Prolaktin
Hormon Progesterone
Hormon Estradiol
Hormon Testosterone
Hormon Gonadotrofin korion beta manusia (B- HCG)

Genetik
Analisa Kromosom Darah

Andrologi
Analisa Semen

Embriologi
IUI (Intrautering Insemination)

ART
IVF (In-Vitro Fertilization)
ICSI (Intra Cytoplasmic Sperm Injection)
Cryopreservation for sperm & Embryo
Biokimia/Hematologi
Ujian Glukosa Darah
Ujian Tolerans Glukosa (GTT)
Ujian Kolesterol Darah
Ujian Profil Lipid
Ujian Albumin & Gula Air Kencing
Ujian Pemeriksaan Penuh Air Kencing Mikroskopik
Ujian Kehamilan
Anggaran Hemoglobin
Kiraan Penuh Darah (FBC)
Kumpulan Darah (ABO & kumpulan Rhesus)

PERKHIDMATAN KEMASYARAKATAN
Khidmat Masyarakat
Unit Bergerak LPPKN
Talian Khidmat Pelanggan Kesihatan Reproduktif (Tel : 03-26938877)

SUBSIDI MAMOGRAM
Pendaftaran kes yang layak untuk Program Subsidi Mamogram
Hubungi : 03-26937555 samb. 3002/3005
Both of the line graphs are for women with normal reproductive function, after having unprotected
intercourse for one year. Sources:
Management of the Infertile Woman (Helen A. Carcio) The Fertility Sourcebook (M.Sara Rosenthal).

Anda mungkin juga menyukai