Anda di halaman 1dari 13

1

Bahagian A : Bulatkan jawapan yang betul



1. Di antara berikut, yang manakah bukan kemahiran saintifik?
A Mengelas
B Meramal
C Memerhati
D Membanding-beza

2.


Merujuk pernyataan di atas, apakah kemahiran saintifik yang digunakan?
A Meramal
B Membuat hipotesis
C Mengelas
D Mengeksperimen

3. Apakah radas atau peralatan sains yang digunakan untuk mengukur suhu air?
A Bikar
B Termometer
C Silinder
D Pembaris

4. Di antara berikut, yang manakah bukan organ pernafasan manusia?
A Peparu
B Hidung
C Kulit
D Trakea









Kucing, arnab dan kura-kura berkaki empat sementara
ikan tidak berkaki
2

5.

Berdasarkan rajah di atas, apakah kemahiran manipulatif yang diterapkan?
A Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul
B Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat
C Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan dengan betul
D Melakarkan spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat
6.

Apakah nama organ P?
A Peparu
B Hidung
C Kulit
D Trakea

7. Hidung X Peparu
Pernyataan yang ditunjukkan adalah laluan udara semasa menarik nafas. Apakah X?
A Peparu
B Hidung
C Kulit
D Trakea

8. Apakah yang disedut masuk ke dalam peparu semasa bernafas?
A Karbon dioksida
B Oksigen
C Angin
D Asap

3

9. Murid-murid tahun satu mengasingkan bola-bola yang bertaburan mengikut warna. Aktiviti
ini adalah sebahagian daripada kemahiran proses sains, iaitu

A mewarna
B melukis
C mengangkat
D mengelas

10. Apakah yang berlaku pada pergerakan dada semasa menarik nafas?
A Dada naik dan mengembang
B Dada turun dan mengempis
C Peparu dipenuhi oksigen
D Peparu dipenuhi karbon dioksida

11. Kadar pernafasan ialah bilangan pergerakan dada naik dan turun dalam seminit. Di antara
aktiviti berikut, yang manakah menyebabkan kadar pernafasan menjadi lebih tinggi?
A Menonton Televisyen
B Menulis
C Membaca
D Berlari

12. Di antaran berikut, yang manakah perkara yang dilarang di bilik sains?
A Pastikan kerusi disusun dengan teratur
B Murid hanya dibenarkan masuk ke bilik sains dengan kebenaran guru
C Sampah hendaklah dibuang ke dalam bakul sampah
D Makan dan minum di dalam bilik sains

13.

Apakah kemahiran saintifik yang digunakan?
A Meramal
B Membuat hipotesis
C Mengelas
D Perhubungan ruang dan masa

Kura-kura saya mempunyai
cangkerang yang keras
4

14.
Berdasarkan rajah di atas, apakah pemerhatian yang dapat dibuat selepas 3 hari?
A Pokok menjadi layu
B Daun pokok berwarna hijau
C Pokok hidup sibur
D Pokok itu mati

15. Pilih pasangan deria yang sesuai bagi pemerhatian berikut:


Pemerhatian Deria
A
Susu yang dibiarkan di atas meja selama 2 hari berasa
masam. Rasa
B
Pembakaran terbuka mengeluarkan bau busuk ke
persekitaran. Sentuhan
C Air di dalam cawan A lebih manis berbanding dalam cawan B. Penglihatan
D Bunyi nyaring terhasil apabila sudu besi diketuk pada pagar. Bau

16.






Berdasarkan pernyataan mengenai rajah di atas, kemahiran proses sains yang digunakan
adalah

A memerhati
B mengelas
C meramal
D membuat inferens


5

17.




Apakah inferens yang sesuai bagi dapatan kajian di atas?

A Kebun Encik Othman diserang serangga perosak, manakala kebun Encik Junaid tiada
serangan perosak.
B Kebun Encik Othman ditambah baja organik manakala kebun Encik Junaid tiada
tambahan baja organik.
C Kebun Encik Othman dilanda kemarau manakala kebun Encik Junaid tiada masalah
kemarau.
D. Kebun Encik Othman tidak dijaga dengan baik manakala kebun Encik Junaid dijaga
rapi.

18. Sekumpulan murid tahun empat telah menjalankan suatu kajian mengenai jenis haiwan
yang dipelihara oleh murid-murid SK OLAK LEMPIT. Apakah cara komunikasi yang paling
sesuai untuk membentangkan hasil dapatan kajian tersebut?

A Membuat hebahan secara lisan semasa perhimpunan mengenai jenis haiwan
peliharaan murid-murid.
B Menulis esei panjang dalam bentuk perkataan mengenai jenis haiwan peliharaan
murid-murid.
C Membuat carta dan graf peratusan jenis haiwan peliharaan murid-murid dan
dipamerkan di papan kenyataan sekolah.
D Membuat pameran haiwan peliharaan di makmal sains sekolah.

19. Pilih tabiat buruk yang memberi kesan secara langsung kepada paru-paru dan
mengakibatkan proses pernafasan terganggu.

A Membuang masa
B Merokok
C Berkaki ayam semasa berjoging
D Menghadap peranti elektronik seperti tablet 3 jam tanpa henti



Pokok mangga di kebun Encik Othman menghasilkan lebih banyak buah berbanding
pokok mangga di kebun Encik Junaid.
6


20. Graf menunjukkan cara murid 4 Seroja datang ke sekolah.









Cara manakah yang paling banyak digunakan oleh murid?

A Berbasikal
B Berjalan kaki
C Menaiki kereta
D Menaiki van sekolah

21. Apakah yang dimaksudkan dengan perkumuhan?

A Penyingkiran sisa cecair daripada tubuh badan.
B Penyingkiran sisa makanan yang tidak tercerna daripada badan.
C Penyingkiran bahan buangan daripada badan.
D Penyingkiran bahan yang telah diserap masuk oleh usus kecil.

22. Sekiranya hasil perkumuhan dan penyatinjaan iaitu bahan yang tidak berguna kepada
badan manusia tidak disingkirkan, bahan ini akan terkumpul di dalam badan dan

A perlu dipam keluar.
B menjadi toksik atau beracun.
C meleleh keluar melalui mana-mana rongga.
D bertukar menjadi gas karbon dioksida yang akan dihembus keluar.





7

23. Pilih kombinasi rajah, nama organ serta hasil perkumuhan yang betul.


Rajah Nama Organ Hasil Perkumuhan
A

Peparu Karbon dioksida, wap air dan haba
B

Ginjal Tinja
C

Usus kecil Urin
D

Kulit Peluh


24.



Kacang perisa wasabi Cuka
Kedua-dua bahan di atas boleh merangsang gerakbalas deria

A pendengaran
B rasa
C hati
D pernafasan

8

25.


Berdasarkan rajah di sebelah, gerak balas terhadap rangsangan
paku tajam tersebut adalah menarik kaki ke arah yang lain.

Apakah organ deria yang bergerak balas tersebut?

A kulit
B mata
C hidung
D telinga

26. Antara yang berikut, manakah yang betul menerangkan tentang pewarisan?

A Persamaan kepanjangan rambut yang boleh diwarisi daripada kedua-dua ibu bapa
B Persamaan keadaan rambut, rupa paras dan warna kulit yang diwarisi daripada
kedua-dua ibu bapa
C Persamaan warna pakaian yang dibeli daripada harta yang diwariskan daripada
kedua-dua ibu bapa
D Persamaan nama adik-beradik yang diwariskan daripada keturunan kedua-dua ibu
bapa.

27. Antara tabiat buruk berikut, yang manakah melambatkan gerak balas terhadap rangsangan?

I Merokok
II Menghidu gam
III Penyalahgunaan dadah
IV Minum minuman beralkohol

A I, II dan III sahaja B I, III dan IV sahaja

C II, III dan IV sahaja D Kesemua I, II, III dan IV




9

28. Pilih keterangan yang betul bagi amalan hidup sihat berikut:


Amalan Hidup Sihat Keterangan
A Tidur 8 jam pada waktu malam Tubuh dapat menggantikan darah yang hilang
B
Mengambil makanan yang
seimbang
Proses hidup manusia lebih pantas berlaku
C Beriadah dan bersenam Badan lebih sihat dan proses hidup lancar
D Minum air lapan gelas sehari Dehidrasi pada musim hujan

29. Perhatikan pengelasan haiwan berikut:

Bernafas
menggunakan
peparu
Bernafas
menggunakan
spirakel
Bernafas
menggunakan
insang
Bernafas
menggunakan kulit
lembap








K L M

N


Pilih haiwan yang sesuai bagi diletakkan sebagai K, L, M dan N dalam pengelasan di atas.


K L M N
A Ikan pari Ulat beluncas Siput gondang Ular
B
Ular Siput gondang Ikan pari Ulat beluncas
C Ikan pari Ular Siput gondang Ulat beluncas
D
Ular Ulat beluncas Ikan pari Siput gondang



10


30. Seperti manusia, tumbuhan juga bergerakbalas terhadap rangsangan. Manakah antara
pasangan berikut benar?


Bahagian tumbuhan Rangsangan
I Pucuk Cahaya Matahari
II Daun Sentuhan
III Akar Air dan Graviti
IV Akar Baja

A I, II dan III sahaja B II, III dan IV sahaja

C I, II dan IV sahaja D Semua I, II, III dan IV






11

Bahagian B : Jawab Semua Soalan. Tulis jawapan diruang kosong yang disediakan.

1. Tandakan atau pada peraturan bilik sains.

Peraturan Bilik Sains atau
1 Murid-murid hanya dibenarkan masuk ke dalam bilik sains dengan
kebenaran guru

2 Boleh makan dan minum di dalam bilik sains
3 Laporkan kepada guru dengan segera sekiranya terdapat sebarang
kemalangan, kecederaan atau kerosakan

4 Pastikan bilik sains dalam keadaan bersih dan kemas sebelum
meninggalkan bilik sains

5 Dibenarkan bergurau dan berlari di bilik sains
6 Buang sampah ke dalam bakul sampah yang disediakan

6 Markah

2. Satu penyiasatan telah dijalankan oleh Borhan mengenai prubahan bilangan daun pokok
keembung mengikut bilangan hari. Jadual di bawah menunjukkan keputusannya.
Bilangan hari Bilangan daun pokok keembung
1 2
2 4
3 6
4 8

(a) Apakah tujuan penyiasatan?
Untuk menyiasat hubungan di antara _________________________________ dengan
______________________________________________________________.
(b) Apakah yang dimalarkan dalam penyiasatan ini?
_____________________________________________________________________

(c) Kenal pasti pemboleh ubah yang berikut,

ii. Pemboleh ubah yang dimanipulasi (berubah): _______________________________
iii. Pemboleh ubah yang bergerak balas: _______________________________________

(d) Apakah pola atau corak perubahan bagi bilangan daun pokok keembung?
_______________________________________________________________________
6 markah
12


3. Rajah di bawah menunjukkan organ pernafasan manusia.


(a) Labelkan rajah di atas


(b) Berdasarkan rajah di atas, tulis laluan aliran udara apabila

i. kita menarik nafas


ii. kita menghembus nafas


5 markah










13

4. Satu penyiasatan mengenai kadar pernafasan manusia telah dijalankan oleh murid-murid tahun
empat. Jadual di bawah menunjukkan keputusan daripada pemerhatian mereka:

Nama
Kadar Pernafasan
Keadaan rehat Aktiviti lompat bintang
Hannah 17 23
Sarah 20 28
Abu 15 19

a) Nyatakan tujuan penyiasatan ini.

Untuk mengkaji ________________________ semasa rehat dan selepas aktiviti cergas.

b) Lihat perubahan kadar pernafasan murid-murid ini semasa keadaan rehat dan selepas
aktivti lompat bintang seperti yang ditunjukkan dalam jadual di atas. Adakah kadar
pernafasan ini semakin bertambah atau berkurang?

Semakin _________________ .

c) Selain daripada aktiviti lompat bintang, cadangkan dua aktiviti lain yang boleh
meningkatkan kadar pernafasan berbanding semasa rehat.

____________________________________________________________________
3 markah

Anda mungkin juga menyukai