Anda di halaman 1dari 4

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

1.0 Masalah
Masalah yang saya hadapi pada minggu ini ialah terdapat murid yang berkecil
hati jika tidak diberi peluang untuk menjawab soalan yang ditanya guru atau tidak
dapat menyertai aktiviti yang disediakan oleh guru. Justeru itu, sebagai seorang guru
saya sering kali mempunyai masalah bagi memilih murid untuk menjawab soalan
atau melakukan aktiviti yang saya sediakan.
Masalah ini dapat dikaitkan dengan Model Terapi Realiti oleh
William Glasser (1965) yang menyatakan bahawa tingkah laku secara luarannya
dipandu oleh motivasi dalaman.
Model ini adalah berdasarkan tiga prinsip berikut:
i. Individu bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya sendiri.
ii. Individu boleh hidup dengan lebih baik apabila diberi bimbingan dan
sokongan.
iii. Individu berkelakuan dalam pelbagai tingkah laku supaya
persekitarannya sesuai seperti mana yang ia kehendaki.
Teori Kawalan (1970), mengatakan bahawa Kita cuba mengawal tingkah laku
supaya apa yang kita lakukan adalah sesuatu yang paling memuaskan hati kita pada
waktu tersebut.


MINGGU PRAKTIKUM

3

TARIKH

10 OGOS 2014 14 OGOS 2014

TAJUK JURNAL

PELUANG MENYERTAI AKTIVITI DI DALAM KELAS
2.0 Analisis Masalah
Saya dapati masalah ini berlaku dalam semua kelas yang diajar.
Sememangnya saya mengharapkan reaksi dan tindak balas daripada murid-murid
berhubung aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang diajalankan. Ini adalah
penting bagi memastikan mereka memahami dan mengikuti aktiviti pengajaran yang
saya lakukan.
Namun demikian, sebaliknya berlaku sewaktu aktiviti dijalankan. Daripada
pemerhatian yang dilakukan, terdapat murid yang bermasam muka dan hampir
menangis apabila tidak diberi peluang untuk menjawab soalan atau melibatkan diri
dalam aktiviti yang disediakan. Masalah ini berkemungkinan timbul disebabkan oleh
strategi dan kaedah pengajaran yang saya gunakan sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
Menurut Hartman (1995), kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran
merupakan komponen yang penting untuk memotivasikan serta meningkatkan minat
murid-murid terhadap pelajarannya.
Berdasarkan pernyataan di atas, aktiviti yang dilakukan seperti bermain, amali,
tunjuk cara dan sebagainya mampu menarik minat murid untuk mencuba aktiviti
yang dijalankan. Selain itu, saya berpendapat dengan adanya penggunaan
peneguhan positif seperti BAGUS, TAHNIAH, PANDAI dan sebagainya, ianya turut
mendorong murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Saya
juga berasa peneguhan positif dari segi hadiah member impak yang lebih bagus
kepada murid.

3.0 Cadangan dan Tindakan Susulan

Menggunakan sistem undian nama.
Saya meletakkan nama semua murid yang terdapat di dalam kelas ke
dalam sebuah kotak. Selepas itu, saya akan mencabut nama tersebut jika
terdapat aktiviti yang melibatkan penglibatan murid.
Saya melakukan permainan kotak beracun dalam melakukan sesuatu
aktiviti bagi memperlihatkan saya bersikap adil dan tidak pilih kasih dalam
memilih murid. Melalui cara ini, murid-murid beranggapan ianya
merupakan suatu perkara yang adil sekiranya mereka tidak dipilih.

4.0 Tempoh Penyelesaian
10 Ogos 2014 14 Ogos 2014 (1 minggu)

Kesimpulan
Secara kesimpulannya, masalah ini bukanlah menjadi isu besar yang menjadi
masalah utama saya untuk melaksanakan praktikum saya sehingga tamat. Murid-
murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan Negara
pada masa akan datang. Maka, setiap masalah yang berlaku ada
penyelesaianya.Terpulanglah kepada guru itu sendiri untuk mengatasi dan
menyelesaikannya.





Disediakan oleh

Tandatangan : .............................................
Nama : .............................................
Tarikh : .............................................
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : .............................................
Nama : .............................................
Tarikh : .............................................

Anda mungkin juga menyukai