Anda di halaman 1dari 1

KOMPONEN PENULISAN OBJEKTIF PdP

Apakah Elemen yang Perlu Ada dalam Objektif Pengajaran yang Lengkap?
(a) Tingkah laku
(b) Situasi,
(c) Kriteria atau piawai

CONTOH OBJEKTIF DOMAIN KOGNITIF
(i) Di akhir perbincangan pelajar dapat menerangkan proses pengangkutan dengan jelas.
(ii) Berdasarkan gambar rajah yang diberi, pelajar dapat membezakan sel haiwan dan sel tumbuhan
dengan tepat.
(iii) Dalam kelas amali, pelajar dapat menggunakan mikroskop untuk mengkaji sel pipi dan sel
bebawang dengan betul.
CONTOH OBJEKTIF DOMAIN PSIKOMOTOR
(i) Di akhir pengajaran, pelajar dapat menggunakan peralatan makmal dengan cekap.
(ii) Di akhir demonstrasi, pelajar dapat membuat cantuman baju dengan betul.
(iii) Di akhir kelas amali, pelajar dapat mengadaptasikan pola pakaian dengan tepat.
CONTOH OBJEKTIF DOMAIN AFEKTIF
(i) Di sepanjang perbincangan dalam kelas, pelajar sanggup melibatkan diri dengan menjawab
soalan secara suka rela.
(ii) Di akhir kelas, pelajar menunjukkan minat terhadap sains dengan menunjukkan inisiatif untuk
mencari bacaan lanjutan dalam Internet.
(iii) Sepanjang kelas amali, pelajar menunjukkan sikap kerjasama dengan membantu ahli dalam
kumpulan untuk menyiapkan projek.