Anda di halaman 1dari 72

4 Kategori Pemikiran

Pemikiran
Metakognisi
Pemikiran Kritis
Pemikiran Kreatif
1.PEMIKIRAN
Som Hj Nor dan Dahalan Mohd Ramli (1998)
proses menggunakan minda
untuk mencari makna dan pemahaman terhadap
sesuatu,
membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat
keputusan
dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat
refleksi
dan metakognisi terhadap proses yang dialami.
2.METAKOGNISI
Metacognition is thinking about thinking.
ilmu pengetahuan dan kesedaran membolehkannya
mengawal proses berfikir dan aktiviti yang sedang
dijalankan.
kebolehan mengaplikasi strategi dan mengawal
dengan betul proses melahirkan idea atau membuat
sesuatu.
3 perkara dikawal Proses
Metakognisi
Perancangan
kebolehan untuk menyatakan matlamat, memilih operasi
yang hendak dilakukan, mengatur operasi dan mengenal
pasti halangan yang mungkin berlaku.
Pengkonsepan
kebolehan untuk sentiasa sedar tentang matlamat, tentang
kedudukan perkara yang dikerjakan (perkembangan)
Penaksiran
kebolehan untuk menilai pencapaian matlamat, mengadili
ketepatan keputusan, menilai kesesuaian prosidur dan
mengadili keberkesanan perancangan dan perlaksanaan.
Domain Kemahiran Berfikir
dikaitkan dengan kemahiran seseorang menggunakan
otak (Domain Kognitif ) dan perasaan (Domain
Afektif ).
KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR
3. KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS
Kecekapan dan keupayaan guna minda untuk
menilai kewajaran idea,
meneliti kebaikan dan kelemahan
membuat pertimbangan wajar
menggunakan alasan dan bukti.
Ciri-ciri Pemikiran Kritis
(i) Reaktif
sentiasa peka dengan perkembangan semasa / gerak
balas yang bersifat segera (membuat ulasan, komen dan
kritik)
(ii) Menilai
unsur penilaian melihat sudut baik-buruk /salah-
betul
(iii) Meneliti
Meneliti mendalam idea-idea dengan fakta yang
diketahui, sehingga yakin.
Kemahiran-kemahiran mikro dalam
kemahiran ini ialah:
Membanding dan Membeza
Membuat kategori;
Meneliti bahagian-bahagian kecil dan
keseluruhan;


Menerangkan sebab;
Menyusun mengikut urutan;
Membuat ramalan;
Mengusul periksa andaian; dan
Membuat inferens
4. KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF
Kecekapan guna minda untuk
teroka pelbagai kemungkinan hasilkan sesuatu yang
baru dan asli,
sama ada bersifat maujud, abstrak, atau idea.
Ciri-ciri Individu yang Kreatif
1. Keinginan yang tinggi, tidak mudah berpuas hati.
2. Lucu dan berjenaka, kadang-kadang disebut sebagai
gila-gila
3. Emosi yang kuat dan mendalam, sensitif.
4. Suka berkhayal.
5. Ego yang kuat.
6. Berperasaan malu dan suka mengasing diri.
7. Sanggup mengambil risiko.
8. Berfikiran terbuka, tidak terkongkong.
Kemahiran mikro dalam
kemahiran berfikir kreatif ialah:
1. Menjana dan menghasilkan idea;
2. Mencipta analogi; dan
3. Mencipta metafora.
Berfikir di luar pola : Jana Idea
MASALAH?
Masalah adalah situasi yang dialami oleh individu apabila
ia menghadapi kekangan untuk mencapai sesuatu
matlamat.
Bentuk Masalah
Berstruktur - Well-defined
masalah yang boleh kita peroleh maklumat yang
lengkap dan jelas mengenainya dan kita boleh menjana
satu bentuk jawapan yang betul.
eg: Kira luas segiempat
Tidak Berstruktur ill-defined
tidaklah begitu teratur jalan penyelesaiannya.
eg : masalah sosial di kalangan remaja


PROSES PENYELESAIAN MASALAH?
Langkah-langkah yang diikuti secara berturutan untuk
mengatasi rintangan atau kekangan dalam mencapai
sesuatu matlamat.
proses mental yang memerlukan pemikiran kritis dan
kreatif dalam mencari idea-idea alternatif untuk
mengatasi rintangan yang wujud.
Tujuan belajar menyelesaikan
masalah...
(a) Mengamalkan proses penyelesaian masalah yang
sistematik
(b) Bertindak secara rasional dan objektif dalam
menghadapi masalah;
(c) Meningkatkan daya berfikir secara kritis dan kreatif
dalam diri individu;
(d) Berkeyakinan dalam menghadapi dan menyelesaikan
masalah.
LANGKAH PENYELESAIAN
MASALAH
Polya
(a) Langkah memahami masalah;
(b) Membuat perancangan;
(c) Melaksanakan rancangan; dan
(d) Menilai keputusan.
Beyer
(a) Mengenal pasti masalah;
(b) Mendefinisi atau menyatakan semula masalah;
(c) Merancang dan memilih rancangan;
(d) Melaksanakan rancangan; dan
(e) Menilai keputusan yang diperoleh.
Bransford dan Stein (1984)
- IDEAL
PELBAGAI PENDEKATAN
(i) Cuba jaya-mencuba pelbagai cara sehingga berjaya.
(ii) Algoritma mengikut prosidur yang telah diuji.
(iii) Heuristik-mengikut jalan senang.
(iv) Means-end analysis-proses membanding situasi
sekarang dengan apa yang diinginkan/matlamat.
(v) Bekerja dari belakang (working backwards) -
menyelesaikan masalah dengan mengkaji atau
menentukan matlamat terdahulu.
(vi) Guna analogi dan metafor.
(vii) Tukar cara persembahan. Sebagai contoh, tukar
bentuk persembahan daripada bentuk linear atau
bertulis kepada bentuk diagram atau gambar rajah.

Pengurusan lisan dan grafik
penyelesaian masalah
LATIHAN
Untuk latihan berikut, kenal pasti pendekatan yang paling
sesuai anda gunakan dalam menyelesaikan masalahnya
dan cuba selesaikan.

Penyelesaian masalah matematik.
Anda diberi sebatang kayu sepanjang 24 sm. Masa yang
diambil untuk menggergaji keratan kayu sepanjang 6 sm
ialah 6 minit. Kirakan masa untuk membuat 4 keratan
kayu. Kenal pasti pendekatan penyelesaian masalah yang
digunakan.
Pendekatan Polya
Empat langkah yang terlibat diberikan dalam jadual berikut:
Langkah Tindakan
Memahami masalah Mencari masa membuat empat keratan kayu.
Membuat
perancangan
Mencari berapa kali kayu perlu digergaji untuk mendapat
empat kerat. Mencari lama masa yang diperlukan untuk
menggergaji kayu tersebut.
Melaksanakan
rancangan
(a) Kayu perlu digergaji tiga kali untuk mendapatkan empat
keratan.
(b) Lama sekali menggergaji kayu ialah 6 minit. Jadi masa
yang diambil untuk tiga kali menggergaji kayu adalah
3 x 6 minit = 18 minit.
Menilai keputusan Lukiskan kayu tersebut dan lakarkan tiga kali
memotongnya.
Adakah anda mendapat empat keratan? Kira masa bagi
memotong tiga kali kayu tersebut.
Definisi
Mengenal pasti masalah dan peluang dan mencari
penyelesaian terhadapnya

Aizzat Mohd. et.al. 2010



TUJUAN
(a) Melatih individu membuat keputusan yang
terbaik;
(b) Mengelakkan individu daripada membuat
keputusan terburu-buru;
(c) Lebih rasional dan sabar; dan
(d) Berupaya memanfaatkan sumber maklumat
semasa membuat keputusan.
LATIHAN
Rumah anda terbakar dan anda hanya boleh membawa
tiga barang yang anda rasa paling penting buat anda.

Buat keputusan tentang barangan tersebut dan nyatakan
kriteria yang anda tentukan semasa memilih. Bandingkan
keputusan anda dengan rakan yang lain.
Kriteria yang digunakan untuk memilih tiga barang
semasa kebakaran ialah
(a)nilai barang, (b) kemudahan mengganti barang,
(c) berat barang dan (d) saiz barang.
Barang yang dipilih ialah (a) dompet (wang, kad
pengenalan, lesen memandu, kad kredit), (b) kotak
barang kemas (suami/isteri), (c) fail dokumen (surat
beranak, sijil, ijazah, geran tanah, surat perjanjian).
LANGKAH MEMBUAT KEPUTUSAN

Model Wales, Nardi dan Stager
(1986).
1. Pernyataan Matlamat
2. Menjana Idea
3. Menyediakan Rancangan
4. Mrngambil Tindakan
Model Ehrenbergs dan Duffy
(1979).
Menjelaskan dan mengesahkan keperluan sesuatu
situasi. Menjangkakan satu item yang memenuhi
semua keperluan tersebut yang disebut sebagai ideal.
Kenal pasti, jelaskan dan sahkan ciri-ciri setiap
alternatif. Bandingkan ciri yang wujud pada alternatif
dengan ciri pada ideal. Pilih alternatif yang paling
hampir dengan ideal.
Sahkan pilihan tersebut sebagai satu pilihan yang
dapat memenuhi keperluan situasi yang diberi,
berbanding dengan pilihan yang lain.
Contoh : Bisnes Kelab ERT
Ciri Produk Pizza
(a) Produk yang diminati
pelajar;
(b) Kos barangan rendah;
(c) Harga yang rendah
termampu pelajar; dan
(d) Boleh dihasilkan dengan
cepat.
a) Diminati pelajar
b) Kos pengeluaran rendah
(guna barang tempatan)
c) Harga mampu (potongan
saiz pelbagai)
d) Boleh dihasilkan di bilik
ERT
Pengurusan Grafik Som dan
Dahalan.
Masalah untuk menjaga adik keempat mereka yang
lumpuh sejak kematian ibu bapa mereka secara mengejut.
Adik perempuan keempat ini telah lumpuh sejak lahir,
berumur 17 tahun dan tidak boleh mengurus diri sendiri.
Mereka tidak dapat menjaga adik mereka kerana alasan-
alasan berikut:
(a) Kakak sulung sudah berkeluarga, tinggal di kolej kerana
sedang menuntut di IPT.
(b) Abang telah berkeluarga, mempunyai 4 orang anak.
Isteri tidak sanggupmenjaga kerana sibuk bekerja.
(c) Kakak kedua masih bujang, bekerja di Kuala Lumpur
dan berkongsi bilik rumah pangsa bersama 5 teman
sepejabat.
Instrumen yang dapat membantu kita menggunakan
minda kita dengan lebih sistematik dan berkesan.
PETA MINDA
PENGURUSAN GRAFIK(PG)
Pemetaan atau pola penyusunan yang mewakili
perhubungan antara maklumat-maklumat tentang
sesuatu idea.
Ia merupakan illustrasi bergambar/grafik yang
mewakili sesuatu pernyataan.
1. Terangkan bahagian yang terdapat pada sebatang
pokok dan huraikan fungsinya.
2. Anda ingin membeli-belah di pasaraya,
bagaimanakah cara untuk menyenaraikan barangan
yang hendak dibeli?
Som dan
Mohd Dahalan (1998)
PG : satu bentuk ilustrasi atau lakaran yang digunakan
sama ada untuk merancang, mengurus, meneliti,
menganalisis atau menghasilkan sesuatu idea atau
pemikiran dengan lebih sistematik, jelas dan berkesan.
Contoh pengurusan grafik
(i) Membanding membeza.
(ii) Membuat kategori.
(iii) Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan.
(iv) Menerang sebab.
(v) Membuat ramalan.
(vi) Mengusul periksa andaian.
(vii) Membuat keputusan.
(viii) Menyelesai masalah.
(ix) Carta aliran, pusingan, kitaran.
Contoh : Banding Beza
Contoh : Mengkategori
CoRT 1 : Cognitive Research Trust
Baik, Buruk, Menarik (Plus, Minus,
Interesting - PMI)
Minda dilatih untuk berfikir berbagai-bagai arah
Langkah perlaksanaan:
(i) Perdengarkan isu atau masalah.
(ii) Katakan "Mari kita lakukan PMI"
(iii) Sumbang saran tentang kebaikan.
(iv) Sumbang saran tentang keburukan.
(v) Sumbang saran tentang yang menarik.
(vi) Buat keputusan berdasarkan maklumat terkumpul
di atas.
Ambil Kira Semua Faktor (Consider
all Factors-CAF)
Memastikan semua individu atau faktor lain diambil
kira terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat.
Langkah perlaksanaan:
(i) Perdengarkan isu atau masalah.
(ii) Katakan "Mari kita lakukan CAF"
(iii) Sumbangsaran semua faktor yang terlibat.
(iv) Membuat pertimbangan setiap faktor.
(v) Membuat keputusan.

Kesan Mengikut Jangka Masa
(Consequences & Sequal-C&S)
keputusan dibuat mengakibatkan kesan-kesan
tertentu sama ada serta-merta/masa terdekat /jangka
panjang.
mengenal pasti kesan-kesan ini terlebih dahulu
bersedia menangani akibat yang akan terjadi pada
masa hadapan.
Langkah perlaksanaan:
(i) Perdengarkan tindakan yang dipilih.
(ii) Katakan "Mari kita lakukan C&S".
(iii) Senaraikan kesan-kesan serta-merta daripada
tindakan tersebut.
(iv) Senaraikan kesan-kesan jangka pendek (5 tahun)
yang diramalkan.
(v) Senaraikan kesan-kesan jangka panjang yang
diramalkan.
(vi) Lakukan C&S lagi untuk tindakan alternatif yang
lain.
(vii) Nilai akibat-akibat dan buat keputusan.
Tujuan, Matlamat, Objektif (Aims,
Goals, Objectives-AGO)
Membantu menentukan hala tuju atau fokus sesuatu
yang sedang dilakukan
Memikirkan tujuan asal dan mengelaknya daripada
menyeleweng dari tujuan asal semasa perbincangan.
Langkah perlaksanaan:
(i) Ketengahkan isu atau masalah.
(ii) Katakan "Mari kita lakukan AGO".
(iii) Sesi perbincangan berjalan.
(iv) Sekali-sekala sedarkan diri kita atau semua ahli yang
terlibat dalam perbincangan tersebut dengan
mengulangi sebutan "Apakah AGO kita?"
(v) Teruskan sehingga keputusan dibuat.
Kepentingan Utama
(First Important Priorities-FIP)
Mengenal pasti keutamaan, yang terpenting dan yang
memerlukan tindakan.
Biasanya digunakan dengan teknik yang lain
Langkah perlaksanaan:
(i) Buat pilihan atau keputusan berdasarkan
kepentingan utama. Suarakan isu atau masalah.
(ii) Katakan "Mari kita lakukan FIP".
(iii) Senaraikan semua perkara yang penting dan utama.
Alternatif, Kemungkinan, Pilihan
(Alternatives, Possibilities, Choices- APC)
Menyenaraikan alternatif dan kemungkinan-
kemungkinan yang ada sebelum ia buntu dengan satu
pilihan keputusan.
memaksa diri kita untuk mencari beberapa alternatif
dan pilihan.
Langkah perlaksanaan:
(i) Suarakan masalah.
(ii) Katakan "Mari kita lakukan APC".
(iii) Janakan sebanyak mungkin pilihan dan alternatif.
(iv) Buat keputusan dan pilihan.
Pandangan Orang Lain
(Other People's View-OPV)
Mementingkan pandangan / pendapat orang lain
tentang apa jua keputusan
Mengkaji akibat / pengaruh yang wujud daripada
keputusan terhadap orang lain.
Sesuai digunakan apabila terdapat kemungkinan
perbalahan pendapat daripada berbagai-bagai pihak.
Harus bersikap terbuka dalam mendengar pendapat
atau idea orang lain.
Langkah perlaksanaan:
(i) Nyatakan masalah.
(ii) Sebutkan keputusan yang akan diambil.
(iii) Kenal pasti individu yang mungkin menerima kesan
akibat keputusan tersebut.
(iv) Minta pendapat individu tersebut tentang
keputusan yang akan diambil.
(v) Buat keputusan selepas meneliti pendapat individu
terlibat.
(vi) Ulang semula sekiranya keputusan itu tidak sesuai.
LATIHAN 10.3
Selesaikan masalah yang dinyatakan di bawah
menggunakan teknik baik-buruk-menarik dalam alat
CoRT di atas secara individu dan kemudian secara
kumpulan. Perhatikan hasil penyelesaian tersebut.

Kementerian Pendidikan Malaysia ingin melanjutkan
jangka waktu sekolah sehingga jam 5.00 petang.
Bincangkan. Lakukan PMI (Plus Minus Intresting).
Teknik baik-buruk-menarik (BBM) melibatkan
sumbang saran dalam kumpulan tentang kebaikan,
keburukan dan perkara yang menarik tentang sesuatu
isu atau masalah yang dihadapi, sebelum membuat
keputusan.
Bagi isu yang diberikan (Cadangan melanjutkan
jangka waktu sekolah sehingga jam 5:00 petang), kita
boleh berfikir secara individu tentang kebaikan,
keburukan dan perkara yang menarik, sebelum kita
membuat sumbang saran dalam kumpulan dan
membuat keputusan.


Sebagai contoh, antara lain,
kebaikan jangka waktu sekolah dilanjutkan sehingga
jam 5:00 petang ialah murid-murid mempunyai masa
yang lebih panjang untuk belajar.
Keburukan sistem ini ialah guru terpaksa bekerja lebih
lama.
Perkara yang menarik ialah ibu bapa tidak perlu
mengambil anak-anak mereka hingga jam 5.00
petang.
SOALAN DAN PENYOALAN
Soalan ialah alat dalam bentuk pertanyaan yang boleh
digunakan untuk mencungkil dan mendapatkan
maklumat, meninjau kefahaman dan memperoleh
pendapat dari seseorang.

Penyoalan pula merupakan teknik soalan itu
dikemukakan.
Tujuan Menyoal
(a) Memperkembangkan proses berfikir secara kritis dan
kreatif.
(b) Mengumpul dan menganalisis maklumat.
(c) Meningkatkan tingkah laku metakognitif dan
reflektif .
(d) Merangsang penglibatan aktif.
(e) Berkongsi idea.
(f ) Menguji kebolehan dan menilai kemajuan.
(a) Soalan Socrates
Teknik "deep questioning
(i) Soalan untuk mendapatkan penjelasan
(ii) Soalan yang menyiasat andaian
(iii) Soalan menyiasat sebab dan bukti
(iv) Soalan yang mendapatkan pandangan /pendapat
(v) Soalan yang menyiasat implikasi dan kesan
(vi) Soalan mengenai soalan
(b) Soalan Bertumpu
dan Soalan Bercapah
(c) Soalan Berasaskan
Taksonomi Bloom
Baca soalan berikut dan kenal pasti aras soalan
tersebut.
Nyatakan peraturan berpakaian pelajar universiti.
Menurut Taksonomi Bloom, aras soalan yang
diberikan (Nyatakan peraturan berpakaian pelajar
universiti) ialah Pengetahuan, kerana,

untuk menjawab soalan ini, pelajar hanya perlu
mengingat semula fakta, iaitu peraturan berpakaian
pelajar universiti.
Mereka tidak perlu memahami peraturan tersebut
untuk memberikan jawapan yang dikehendaki.