Anda di halaman 1dari 8

PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH

BIDANG TUGAS GURU


Ketua Panitia
Guru Besar / Pengetua

Oleh :
Rajeshwari.Periasamy
Siti Nazuha bte Johar
Ku Nor Atirah bt Ku Ashaari
Noraini bt Nordin
Mohd Alias b Abdul Mulob

KETUA PANITIA
Menyediakan anggaran belanjawan tahunan
sekolah dan mengawal perbelanjaan.

Membantu menyelaras penyediaan penyata
kewangan untuk urusan audit tahunan.

Menjaga dan menyemak stok serta inventori segala
peralatan, barang atau bahan yang berkaitan
dengan bidangnya.

GURU BESAR / PENGETUA
Menyediakan anggaran belanjawan.

Mengurus tuntutan pembayaran per kapita dan
peruntukan-peruntukan yang lain.

Menentukan segala kutipan yuran dan sewa serta
lain-lain sumber dibuat dengan sempurna.

Mengurus segala perbelanjaan dan pembayaran.
Mengurus dan menyempurnakan urusan
pembayaran gaji.

Mengurus dan menyelenggarakan buku Tunai
untuk akaun dana Kerajaan, akaun Suwa, dan
akaun Asrama (jika ada) serta panjar wang runcit.

Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan
dengan biasiswa atau bantuan pelajar.

Menentukan buku stok diselenggarakan dan
dikemas kini.

Menentukan tatacara hapuskira stok dibuat dengan
sempurna.

Memperakukan segala tuntutan perjalanan,
peperiksaan, elaun lebih masa, wang runcit dan
lain-lain.

Menjadi Pengerusi Lembaga Tender atau
sebutharga sekolah.

Menjadi setiausaha Lembaga Kewangan dan
Lembaga Pengurus Sekolah.
Berikhtiar mendapatkan punca-punca kewangan
sekolah.

Pengurusan setiap jenis dana yang ada di sekolah
termasuk tatacara dan proses pungutan wang,
pembelian dan pembayaran.

Penyelenggaraan buku-buku akaun.

Menyelenggara dan menjaga tatacara menyimpan
stok atau alatan untuk pusat sumber, pejabat,
makmal, bengkel dan lain-lain.
Pengurusan kewangan di kedai buku, kedai
koperasi serta tender kantin.

Keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh juruaudit
akaun sekolah.

SEKIAN TERIMA KASIH