Anda di halaman 1dari 3

Matematik ialah satu bidang pengetahuan yang sentiasa berubah dari segi

kandungan, kegunaan dan cara mempelajarinya. Matematik yang diajar di sekolah


perlu turut berubah. Desakan-desakan untuk perubahan mungkin muncul dari
perkembangan dalam ilmu matematik sendiri, kegunaan matematik dalam
masyarakat umum yang kian bertambah ataupun penemuan-penemuan psikologi
mengenai pembelajaran matematik. Bagi ahli matematik, matematik adalah satu
bahasa yang unik di mana ia melibatkan komunikasi konsep-konsep melalui simbol.

Menurut Inder (1982), Mathematics is a language - a way of describing, recording in
mathematical sentences and interpretating the symbols used to relationship.

Pelajar yang mahir dalam matematik biasanya dikaitkan dengan kebolehan mereka
memahami sesuatu konsep, teorem, keupayaan menguasai kemahiran-kemahiran
tertentu serta kebolehan menyelesaikan masalah dengan menggunakan strategi-
strategi heuristik yang tertentu. Mengapakah ramai pelajar tidak mampu
mengaplikasikan kemahiran dan konsep matematik yang telah dipelajari ? Kenapa
matematik dikatakan sukar? Matematik dianggap sukar kerana pada dasarnya ia
adalah berbentuk hiraki. Pemahaman tentang satu konsep adalah perlu untuk
mempelajari suatu konsep yang lain. Kegagalan pelajar untuk memahami sesuatu
konsep asas boleh menjejaskan pembelajaran matematiknya. Apakah kriteria yang
digunakan oleh seorang pelajar dalam mempelajari matematik? Bagi seorang
pelajar, mendapat maklumat dalam matematik adalah satu prosedur yang sukar
kerana ia melibatkan cara memikir dan membuat. Tiga aktiviti utama yang terlibat
dalam matematik adalah penerokaan/penyiasatan, penyelesaian masalah dan
pembuktian.



Apa Itu Matematik?

Romberg (1988) mengatakan:
Answers to these fundamental question help clarify for both educators and the
public what mathematic is really about what studies, how it operates, and what it is
good for.

Appropriate answer would provide a convincing platform on which erect a new
mathematic curiculum of the 21
st
which children would be introduced not as logic to
the traditional themes of number and space, but also to many newer themes such as
logic, chance, computation and statistics. NRC (1990)

Matematik adalah sains pemerhatian, jumpaan, ramalan/jangkaan dan penyeledikan
yang merupakan sebahagian dari kaedah sains tulin. Cuba jaya, hipotesisi dan
penyiasatan, pengukuran, dan klasifikasi adalah sebahagian dari seni matematik
yang patut diajar di sekolah. Matematik bukan hanya setakat memahami sahaja
tetapi perlu dari segi penggunaan matematik. Makmal matematik selalunya
mempunyai alatan seperti penimbang, kayu atau pita pengukur, blok atau bongkah
kayu, baling bagi menyukat isipadu cecair, jangka lukis, jangka sudut dan
sebagainya. Justeru itu kalkulator dan komputer juga patut ditempatkan dalam
makmal matematik kerana ia adalah sebahagian daripada alatan yang perlu dewasa
ini. Ia juga adalah punca data (scientific experiments, demographic data, opinion
polls), bahan bagi pemerhatian dan pengukuran (dice, blocks,balls) dan alat bagi
pembinaan (pembaris, string, jangka lukis, dan kertas graf).

Namun tidak boleh dinafikan bahawa sikap guru terhadap penyelesaian masalah
sedikit sebanyak akan menpengaruhi pelajarnya. Pengalaman guru sendiri dalam
mempelajari matematik di sekolah kurang menekan kepada penyelesaian masalah,
Kaedah pengajaran yang kurang menarik serta terlalu bergantung kepada buku teks
menambahkan lagi masalah ini. Guru yang kurang kemahiran penyelesaian masalah
gagal membimbing pelajarnya dalam menyelesaikan masalah. Bagi setengah guru
yang inovatif dan ingin mencuba kaedahbaru, biasanya menghadapi tekanan dan
kurang sokongan daripada pentadbir dan rakan sejawat sehingga sukar baginya
untuk melakukan sesuatu pembaharuan. Bagi mereka yang berjaya melakukan
pengajaran yang berasaskan aktiviti, mereka juga menghadapi halangan di mana
mereka sendiri kurang berkemampuan dalam kemahiran penyelesaian masalah.

Penyelesaian masalah kini merupakan fokus pendidikan di peringkat sekolah rendah
dan menengah. Guru merupakan komponen yang paling penting untuk menjayakan
sesuatu kurikulum matematik di dalam bilik darjah. Kualiti pendidikan matematik
sangat bergantung kepada usaha guru dalam bilik darjah. Oleh itu guru harus
bersedia berubah untuk membolehkan perubahan dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik.
Penekanan kemahiran penyelesaian masalah matematik dalam bilik darjah adalah
satu langkah ke arah mengubah cara pelajar belajar matematik. Guru boleh
membantu dengan mengemukakan masalah yang bermakna dan bernas kepada
pelajar mengikut tahap mereka. Masalah yang diberi seharusnya mencabar,
memerlukan pelbagai kemahiran dan prosedur yang dapat diperkukuhkan lagi
semasa proses penyelesaian masalah. Masalah yang diberi juga perlu
berkeupayaan untuk dikembang samada kepada masalah yang berkaitan atau untuk
dibuat generalisasi.
Laporan Cockcroff (1982), menegaskan bahawa masalah matematik harus
diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan.
Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap
struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah
menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar.
Masalah dan kesukaran ini boelh diatasi melalui penggunaan komputer (kalkulator).
Berdasarkan kepada objektif yang ke tujuh, iaitu menggunakan perkakasan dan
perisian teknologi yang bersesuaian untuk membina pemahaman konsep,
menguasai kemahiran matematik dan menyelesaikan masalah, adalah bersesuaian
dengan hujah yang akan dibincangan dalam kertas kerja ini. Penggunaan kalkulator
dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah kini adalah sangat
diperlukan.
Kalkulator berasal dari negara Perancis. Ia dicipta oleh Colmur pada tahun 1820.
Bagaimana pun, kalkulator lebih sempurna untuk mengira permasalahan empat
operasi adalah dicipta oleh Boldwin dari Amerika Syarikat pada tahun 1875. Sejak
itu, beberapa model baru muncul dari masa ke semasa dan sehingga hari ini.
Kalkulator moden bukan sahaja terhad untuk mengira permasalahan empat operasi
tetapi juga untuk mendapatkan hasil punca, kuasa, dan permasalahan statistik.
Kalkulator adalah suatu alat mengira yang menggunakan teknologi moden untuk
mendapatkan jawapan yang tepat dan cepat dari masalah empat operasi(tambah,
tolak, darap dan bahagi) dan juga nilai daripada berbagai-bagai fungsi trigonometri
dan logaritma.