Anda di halaman 1dari 12

Cara Pembentukan Minat Kepada Matematik

Posted in | at 4:02 PTG


Berikut saya ingin kongsikan satu artikel yang saya perolehi daripada Internet yang rasa sangat baik
untuk kita renungi dan laksanakan dalam P&P guru Matematik. Cadangan pendekatan P&P ini
diharap akan dapat membantu guru menarik lebih minat murid terhadap mata pelajaran Matematik.



Apakah Matematik dan Kenapa Kita Perlu Matematik?
Matematik ialah suatu ilmu yang berkaitan dengan nombor. Nombor yang memberi nilai. Matematik
menjadi asas kepada banyak bidang ilmu di dunia ini. Matematik juga boleh menerangkan
fenomena semulajadi alam ini. Sebagai contoh, kejadian malam dan siang. Dalam memahami
kejadian ini, para saintis menggunakan ilmu astronomi yang mana ilmu ini memerlukan matematik
sebagai asas yang utama. Begitu juga kejadian pasang surut air, gerhana matahari, ribut taufan,
banjir, semuanya menggunakan matematik untuk menerangkannya.

Cuba bayangkan hidup kita tanpa matematik. Kita tidak tahu apa itu matematik.Tidak tahu nombor,
sukatan, dan berbagai-bagai lagi istilah matematik yang lain. Kita juga tidak tahu apa itu tolak,
tambah, bahagi dan darab. Hidup kita seumpama manusia zaman purba yang tidak tahu menilai
sesuatu benda.

Alangkah huru-haranya kita kalau tidak tahu matematik. Banyak perkara di dunia ini kita tidak dapat
lakukan. Aktiviti rutin kita juga akan terganggu. Perkembangan ilmu seperti ilmu jurutera, senibina,
perubatan, ekonomi dan sebagainya juga akan menghadapi jalan buntu.

Menyedari betapa pentingnya ilmu matematik maka perlulah kita menanamkan minat yang
sewajarnya kepada matematik. Selain untuk diaplikasikan dalam kehidupan matematik juga
merupakan satu senanam untuk minda kita supaya kita tidak jumud dan beku untuk berfikir. Syukur
kerana Allah telah mengkurniakan kita akal fikiran yang amat sesuai sekali untuk kita gunakan bagi
mempelajari ilmu matematik.

Ilmu matematik adalah berkaitan dengan minda manusia. Kebanyakan tokoh-tokoh yang banyak
menyumbangkan kemodenan dan penemuan baru dan berguna kepada dunia adalah mereka yang
mempunyai kepakaran yang tersendiri dalam matematik seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, dan Isaac
Newton. Oleh sebab itulah, matematik seringkali dikaitkan dengan konsepsi pemikiran manusia iaitu
matematik mempunyai hubungan yang rapat dengan minda manusia.

Orang yang mudah menguasai matematik biasanya seorang yang kreatif. Mereka berupaya
menyelesaikan matematik yang susah dan mengelirukan berdasarkan pengetahuan dan kreativiti
mereka. Boleh dikatakan matematik ialah satu seni yang diterbitkan daripada kreativiti, imaginasi
seseorang hinggalah ia berkembang menjadi satu ilmu yang sangat berguna kepada manusia hingga
ke zaman moden ini.

Betapa pentingnya matematik itu boleh kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Kita guna
matematik untuk membuat keputusan dan banyak perkara. Contohnya dalam membuat belanjawan.
Kita akan memerlukan kemahiran dalam kira-kira asas matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab
dan bahagi. Kita perlu mengira berapa banyak wang yang kita akan keluarkan dengan
menggunakan operasi tolak dan mengunakan operasi tambah bagi memasukkan pendapatan baru
dalam belanjawan kita.

Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan terlepas daripada membuat sukatan. Sukatan merupakan
salah satu daripada cabang matematik. Terma-terma seperti meter, liter, persegi, kaki dan padu
perlu dikuasai dengan berkesan. Barulah kita dapat melakukan sukatan dengan betul. Kita juga
menggunakan sukatan untuk menyukat makanan, melaksanakan jual-beli dan menentukan isipadu
barangan di kilang-kilang.

Kejuruteraan merupakan satu bidang ilmu yang sangat penting dewasa ini. Ia merupakan tunjak
utama bidang perindustrian. Ia menjadi asas penghasilan teknologi baru dalam kehidupan kita.
Jurutaralah yang mencipta alatan keperluan di rumah kita seperti mesin basuh, televisyen, radio,
komputer, dan sebagainya. Untuk mencipta alatan seperti peti sejuk yang kita gunakan sekarang
bukanlah sesuatu yang senang. Ia memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam bidang
kejuruteraan. Manakala bidang kejuruteraan pula memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu
fizik iaitu salah satu sub bidang ilmu sains yang sangat penting dalam kejuruteraan. Sebagaimana
yang kita tahu ilmu fizik merupakan satu ilmu yang sangat memerlukan asas matematik yang
kukuh. Perkembangan ilmu fizik adalah selari dengan ilmu matematik. Matematikyang menjadi
tunjak utama dalam fizik. Ilmu fizik mengaplikasikan matematik peringkat tinggi yang memerlukan
penguasaan yang kukuh dan jitu.

Contoh penggunaan matematik dalam kejuruteraan ialah penggunaan sudut dan trigonometri untuk
mencipta suatu alatan, penggunaan pembezaan dan pengamiran dalam mengukur kelajuan cahaya
dan elektrik. Begitu untuk mengukur amaun elektrik yang diperlukan untuk menjanakan sesustu
alatan elektrik.

Bidang kedoktoran juga memerlukan matemetik. Suakatan dos ubat untuk sesuatu penyakit dikira
dengan teliti mengunakan formula matematik. Sewaktu pembedahan ukuran untuk lakukan bedahan
adalah dikira dengan teliti dengan menngunakan matematik.

Dalam bidang sains seperti kimia dan biologi juga memerlukan matematik. Dalam kimia matematik
digunakan untuk mengira bilangan molekul dan unsur dalam sesuatu sebatian. Untuk mengira
nombor jisim dan isotop juga memerlukan formula matematik.

Statistik juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Statistik digunakan untuk
menyajikan data yang dikumpul daripada manusia supaya manusia dapat faham dan guna untuk
buat keputusan dalam beberapa perkara yang penting dalam kehidupan kita. Statistik adalah
sebahagian daripada matematik. Bidang ini menumpukan kepada pengiraan nilai-nilai unik dalam
matematik seperti min, median dan mod untuk menggambarkan ciri-ciri sesuatu sampel atau
populasi.

Matematik juga penting dalam perniagaan dan ekonomi. Matematik digunakan untuk menentukan
untung, berapa keluaran yang perlu dikeluarkan, titik pulang modal, harga dan kuantiti
keseimbangan dalam perniagaan dan ekonomi.


Peringkat Penguasaan Matematik

Peringkat Kanak-kanak
Kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun merupakan masa yang paling untuk merangsang
perkembangan otak mereka. Pada peringkat ini kanak-kanak mudah menerima apa yang diajar
kepada mereka. Mereka juga suka kepada benda-benda baru. Di sini ibu bapa perlu memainkan
peranan mendedahkan kanak-kanak tadi dengan sistem penomboran. Ibu bapa perlu mengajar
kanak-kanak dengan asas matematik yang berkaitan dengan nombor-nombor asas. Kita perlu ajar
mereka dengan nombor-nombor satu hingga sepuluh. Suruh mereka sebut dan hafal nombor-
nombor tersebut.


Peringkat Kanak-kanak Remaja
Pada usia tujuh hingga dua belas tahun kanak-kanak perlu diajar dengan operasi asas matematik
seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Pada peringkat ini, kanak-kanak berada dalam alam
persekolahan. Di sekolah, mereka diajar dengan pelbagai teknik pembelajaran, pelbagai operasi
matematik dan terma-terma matematik . Mereka juga didedahkan dengan pecahan, peratus,
statistik dan pelbagai operasi lain yang selalu diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

Peringkat Remaja
Pada usia tiga belas sehingga tujuh belas tahun, pelajar sudah berada dalam alam persekolahan
menengah. Pada ketika ini, pelajar akan mempelajari matematik algebra dan matematik diskrit di
mana ianya lebih susah sedikit. Pada masa ini, pelajar-pelajar dianggap sudah dapat menguasai
matematik secara luas selepas tamat zaman persekolahan.

Peringkat Umum
Peringkat ini ialah daripada umur lapan belas sehingga ke atas. Tahap ini merupakantahap di mana
seseorang diharap mempunyai penguasaan yang kuat dalam matematik algebra dan matematik
diskrit serta berjaya menguasai matematik secara keseluruhannya.


Individu Yang Terlibat Dalam Menanam Sikap Sukakan Matematik Dan Peranan Mereka

1. Ibu bapa
Ibu bapa merupakan agen yang banyak mempengaruhi seseorang kanak-kanak. Ibu bapalah yang
mencorakkan kehidupan seseorang itu. Segala yang ibubapa lakukan banyak memberi kesan
kepada perkembangan mental kanak kanak. Ibubapa perlulah prihatin dalam hal ini. Ibubapa perlu
memberi contoh yang baik kepada kanak-kanak dan mengajar anak-anak mereka dengan ilmu yang
betul. Sikap sukakan matematik perlu ditanam kedalam diri kanak-kanak sejak mereka kecil lagi.
Ibubapalah yang bertanggungjawab dalam hal ini. Mereka perlu memperkenalkan anak-anak
mereka sejak mereka kecil lagi. Perkembangan ilmu yang bermula di rumah akan memberi kesan
yang besar kepada penguasaan dan minat kanak-kanak tersebut kepada ilmu itu. Kanak-kanak
tersebut mungkin akan dapat menguasai ilmu itu dengan berkesan dan sangat berminat dengan
subjek tersebut.

Oleh sebab itulah ibu bapa perlulah dedahkan anak-anak mereka dengan masalah matematik.
Galakan daripada ibu bapa adalah perlu. Ibu bapa perlu sentiasa menyatakan kepada anak-anak
mereka yang matematik itu senang. Wujudkan perpustakaan di rumah dengan mengadakan banyak
buku-buku matematik. Biar hidup mereka tidak lengkang dengan matematik. Biar mereka biasa
dengan matematik dan merasa matematik itu suatu subjek yang senang. Biar mereka lihat
matematik itu adalah sebahagian daripada kehidupan mereka dan lihat matematik adalah suatu
subjek yang mudah.

Apabila anak-anak kita memasuki alam persekolahan kita mestilah menggalakkan mereka supaya
sukakan matematik. Selalulah kita sarankan mereka supaya skor markah yang tinggi dalam mata
pelajaran matematik ini. Ibu bapa juga perlu selalu menyatakan kepada anak-anak mereka bahawa
matematik adalah satu subjek yang mudah dan senang untuk dipelajari serta boleh dikuasai
dengan senang.

Di samping itu sebagai ibu bapa, kita juga perlu untuk mengaplikasikan matematik dalam kehidupan
seharian kita. Sarankan anak-anak kita supaya gunakan matematik dalam kehidupan di mana yang
perlu.

2. Guru-Guru
Sekolah juga penting dalam menanam semangat sukakan matematik di kalangan pelajar.
Sebagaimana yang kita tahu punca utama kita mendapat ilmu adalah daripada guru. Bagaimana
kita menerima sesuatu subjek itu adalah bergantung kepada pendekatan yang guru itu gunakan
untuk memperkenalkan subjek itu kepada pelajar-pelajarnya. Guru pula perlu tahu bagaimana
hendak membuat seseorang pelajar berminat terhadap pengajaran yang diberikan. Guru perlu guna
pendekatan yang mampu menarik perhatian pelajar terhadap matapelajaran yang diajar terutama
mata pelajaran matematik. Pendekatan yang paling sesuai ialah pendekatan yang dapat membuat
pelajar mudah faham apa yang diajar dan dapat mengingatinya sampai bili-bila.

Guru-guru berperanan menerangkan kepada para pelajar supaya minat terhadap mata pelajaran
matematik. Jika pelajar malas dan susah faham dengan subjek matematik maka guru perlu
memainkan peranan untuk menasihatkan mereka dan memberi tunjuk ajar yang sepatutnya dengan
penuh dedikasi dan hikmah.

Guru pula jangan sekali-kaliu biarkan pelajarnya patah semangat dalam matematik. Pastikan
prestasi pelajar dalam matematik sentiasa stabil dan sentiasa ambil berat jika ada bahagian yang
peljar tidak faham. Guru juga jangan patahkan semangat pelajar dengan memarahi atau
memalukan pelajar yang tidak tahu atau tidak mampu menyelesaikan untuk sesuatu masalah
matematik. Galakan mereka mengguanakan daya kreativiti mereka dalam menyelesaikanmasalah
matematik yang kompleks dan susah. Guru juga mesti gilapkan kekreativiti dalam diri pelajar.
Walaupun ada sesetengah orang mengatakan kreativiti adalah wujud secara semulajdi namun kita
masih boleh untuk gilaapkan dalam diri kita.

Guru juga mesti cuaba dengan sedaya upaya untuk mahirkan pelajar denagn matematik.
Perbanyakkan latihan dalam kelas. Pastikan semua pelajar dapat memahami apa yang diajar oleh
guru setiap selepas kelas. Guru juga mesti selalu dedahkan para pelajar dengan kepentingan
matematik dalam kehidupan manusia.

3. Masyarakat
Masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk semangat sukakan matematik
di kalangan pelajar sekolah. Masyarakat merupakan satu komuniti yang banyak mempengaruhi
perkembangan mental dan minda pelajar-pelajar. Jika masyarakat tersebut adalah msyarakat yang
mementingkan matematik maka pelajar aka mempunyai kepercayaan bahawa subjak matematik
merupakan subjek yang penting dan sangat berguna dalam kehidupan, masyarakt dan negara.
Dengan yang demikian mereka akan skor markah yang tinggi dalam peperiksaan.

Masyarakat yang mundur dan bodoh tidak menyedari kepentingan matematik dan ini menyebabakan
pelajar dalam masyarakat tersebut memandang rendah subjek matematik dan menganggap subjek
tersebut tidak penting serta tidak mempelajari ilmu tersebut dengan bersungguh-sungguh.

Oleh sebab itu, masyarakat mesti disedarkan betapa pentingnya subjek ini. Langkah ini sepatutnya
dilakukan oleh kerajaan melalui kempenkempen.

4 . Kerajaan
Kerajaan juga perlu memainkan perana ynag penting dalam mewujudkan semangat sukakan
matematik dikalangan pelajar. Kerajaan boleh melakukan usaha melalui sekolah-sekolah
menganjurkan kuiz matematik untuk menggalakakn pelajar mempelajari subjek matematik
dengan lebih maju lagi.

KAEDAH-KAEDAH MEMAHIRKAN MATEMATIK
Terdapat banyak faedah untuk memahirkan diri kita dengan matematik. Individu yang berlainan
mempunyai kaedah yang berlainan untuk memahirkan diri dengan subjek matematik.

Kaedah main sambil belajar
Aktiviti ini dijalankan secara spontan untuk faedah perbuatan itu sendiri. Ini bermakna kaedah
tersebut memberi kepuasan dalam keadaan sedar atau tidak. Terdapat unsur-unsur kespontanan,
kurang berstruktur, tiada paksaan, dan menimbulkan kepuasan. Sebagai contoh kanak-kanak
bermain batu sermban, mereka bukan sahaja seronok tetapi juga dapat membina ketelusan dalam
mengira mata yang diperolehi.

Tujuan kaedah bermain sambil belajar adalah untuk mendatangkan keseronokan dan hiburan di
samping merangsang individu mempelajari sesuatu dengan cara yang aktif dalam keadan yang tidak
formal. Kaedah ini membantu perkembangan fizikal, sosio-emosi dan mental di mana mereka juga
dapat meningkatkan kekekuatan dan ketangkasan, dapat berinteraksi juga mempelajari nilai nilai
sosial yang positif seperti bertolak-ansur, bertimbang rasa dan lain-lain lagi. Kesan keseronokan
daripada bermain dapat mempercepatkan lagi proses pembelajaran di mana maklum balas yang di
beri serta merta tentang betul atau salah akan mengukuhkan lagi pembentukan satu-satu konsep.

Di dalam melaksanakan aktiviti permainan, ia harus berkaitan dengan objektif pembelajaran.
Permaianan tersebut mesti sesuai dengan umur, pengalaman, kebolehan serta kecenderungan
murid-murid. Arahan tentang permainan mestilah jelas, tepat dan mudah difahami. Kaedah ini harus
melibatkan senua murid sekiranya dijalankan di dalam kelas. Maklum balas tentang betul atau salah
dalam sesutu permainan hendaklah di beri dengan serta merta agar murid-murid bermotivasi untuk
meningkatkan lagi motivasi mereka. Tempoh permainan tidak boleh pendek dan tidak boleh terlalu
panjang. Ia seharusnya mengambil masa yang sederhana dan sesuai. Permainan harus melibatkan
aspek psikomotor, kognitif dan efektif. Ia harus menekankan nilai kerjasama, keadilan, keseronokan
dan kemahiran sosial. Permainan dijalankan dalam bentuk yang boleh menarik minat murid-murid
dan merupakan satu bentuk pengajaran bukan sebagai pengganti guru.

Kaedah inkuiri
Inkuri adalah merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai:
1. berasaskan proses penyelesaian masalah
2. berpusat kepada murid (murid mengambil bahagian yang aktif)
3. memberi latihan yang sebenar (dalam proses kemahiran berfikir secra kreatif dan kritis
4. menggalakkan murid alami proses pembelajari secara mengalami situasi yang sebenar
5. mengggalakkan murid membuat penyelidikan

Teknik ini mempunyai proses yang berikut:-
1. mengenal pasti masalah
2. mengkaji masalah
3. mengumpul maklumat
4. menganalisis masalah
5. merumus masalah

Mengenal pasti masalah
Pelajar harus mengenal pasti soalan dan menentukan fakta yang di fahami. Dalam proses mengenal
pasti masalah, kaedah, teknik, rujukan dan sumber yang sesuai perlu ditekankan.pertama sekali
pelajar perlu mengkaji ramalan kerana ia dapat membantu memandu murid-murid mendapatkan
maklumat yang paling mudah. Ia juga memandu murid-murid membuat ramalan tentang apa yang
mungkin berlaku, bagaimana masalah ini boleh diselesaikan dan apakah langkah yang perlu
dilakukan. Kedua mengumpul maklumat, setelah maklumat dikumpul murid dapat menyusun
maklumat mengikut urutan. Di sini murid dapat membuat ramalan, memeriksa maklumat dan
menentukan kebenarannya. Seterusnys murid-murid harus merangka prosedur dan urutan untuk
menyelesaikan masalah melalui uji kaji. Ketiga ialah menganalisis, di mana murid-murid membuat
analisis dan ujian tentang ramalan yang dibuat. Di sini murid murid cuba menyelesaikan masalah,
membuat penilaian kreatif untuk pengsahan. Akhir sekali membuat rumusan iaitu murid-murid
seharusnya sudah mempunyai rumusan dan kesimpulan tentang masalah atau fenomena yang
dikaji.

Pengendalian aktiviti inkuiri

1) Pemerhatian
Mempunyai dua keperluan asas iaitu pengesahan, kebolehpercayaan.

2) Penjelasan
Melalui pemerhatian murid-murid dapat mengenalpasti persamaan perbezaan terhadap masalah
yang dikaji.

3) Membuat ramalan
Di sini murid-murid memberi penjelasan dan huraian tentang maklumat yang telah mereka kumpul.
Ini melibatkan kemahiran murid -murid untuk mengemukan sebab ynag munasabah bagi hujah
atau kenyataan tentang sesuatu kejadian, perkara, benda atau fenomena.

4) Uji kaji
Dijalankan untuk membuktikan ramalan yang telahdibuat. Murid dapat menentukan ramalan itu
sama ada benar atau salah. Murid juga sedar tentang arahan yang mereka ikut sama ada betul atau
salah. Ini membolehkan mereka membuat uji kaji yang lain.


Kaedah perbincangan
Kaedah perbincangan merupakan satu aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan dimana pelajar
berkerja sama antara satu sama lain untuk meneliti dan membincangkan sesuatu topik atau
masalah. Kaedah perbincangan dikatakan dapat mengalakkan murid-murid lebih bergerakbalas atau
berreaksi tentang topik atau masalah matematik yang sedang atau sudah dibincangkan.kaedah
perbincangan merupakan satu aktiviti yang sangat mudah dijalankan dan mudah dilaksanakan
dalam apa jua matapelajaran terutama sekali matematik dan (semua tajuk dalam matapelajaran
matematik) kaedah ini boleh dijalankan dalam sebarang situasi bilik darjah mahupun di rumah.

Perbincangan boleh menjadi satu aktiviti yang berstruktur atau aktiviti yang bebas bergantung
penilaian yang dijalankan. Disini peranan guru atau ibubapa boleh berubah mereka sepatutnya
kurang bercakap, walaubagaimana pun mereka harus meransang pelajar mengeluarkan pendapat,
bertanya, memikirkan jawapan, memberi komentar dan menyelesaikan masalah, guru dan ibubapa
tidak seharusnya menjadi sumber rujukan utama sumber maklumat tetapi bertindak sebagai
permudah aktiviti perbincangan.

Matlamat dalam kaedah ini adalah memperkembangkan kebolehan dalam matapelajaran matematik
dimana kaedah ini, mempertajamkan fikiran pelajar, melatih keupayaan pelajar dalam
menyelesaikan masalah matematik dan mengalakkan perkembangan kanak-kanak dalam matematik
menjadi lebih subur.kaedah ini juga bermatlamat dalam melatih keupayaan murid dalam membuat
perhubungan idea, membina keyakinan dalam diri kanak-kanak, memperluaskan ilmu pengetahuan
dan juga bermatlamat mengembangkan kemahiran dalam diri kanak-kanak tersebut.

Kaedah menyelesaikan masalah
Di dalam kaedah ini kanak-kanak dikehendaki mengatasi rintangan atau kerumitan untuk mencapai
matlamat. Faktor utama dalam menyelesaikan apa jua masalah matematik adalah dengan
mengunakan segala pengalaman lampau dalam mendapatkan sesuatu penyelesaian yang belum
pernah diketahui oleh kanak-kanak tersebut. Dalam kaedah menyelesaikan masalah terdapat 5
pekara yang telah dikaji.

(1) pengeluaran idea individu
Merupakan tindakan kanak-kanak mengeluarkan idea dalam mengatasi masalah dimana
penyelesaian yang betul diperolehi daripada pengunaan sumber-sumber ingatan dan pesekitaran
walaupun penyelesaian masalah yang betul tidak diketahui oleh kanak-kanak tersebut

(2) Pencapaian konsep
Dimana kanak-kanak perlu mencari perhubungan mengenai pelbagai pekara dalam masalah
tersebut dimana hasil daripada perhubungan atau penjelasan tentang masalah tersebut maka
lahirlah konsep untuk menyelesaikan masalah tersebut.

(3) Kerja kreatif.
Tidak semua penyelesaian masalah dapat dapat digolongkan sebagai masalah yang begitu jelas.
Ada juga keadaan-keadaan yang dapat diselesaikan dengan berbagai-bagai cara dan tidak ada satu
cara pun dianggap terbetul sekali.

(4) Membuat keputusan

Dalam menyelesaikan masalah jenis lain kanak-kanak dikehendaki membuat pilihan, dan pemilihan
tersebut tidak semestinya bergantung kepada peraturan-peraturan tertentu tetapi bergantung
kepada tekaan atau keinginan kanak-kanak semata-mata.

(5) Menyelesaikan masalah dalam kumpulan
Sesuatu masalah boleh juga diselesaikan dalam kumpulan, kaedah penyelesaian ini diminati oleh
para psikologist.

Kaedah dapatan
Kaedah ini lahir daripada teori-teori pembelajaran, ia perlu bagi ibubapa dan guru untuk mencapai
pengajaran yang berkesan kepada kanak-kanak dan murid. Walaubagaimana pun ia hanya sesuai
dalam keadaan tertentu sahaja. Kaedah ini bertujuan mencabar murid supaya mencari jawapan dari
maklumat yang kurang lengkap, biasanya pembelajaran dari kaedah ini terdiri daripada bahagian-
bahagian maklumat yang tidak lengkap dan murid juga perlu membuat kesipulan dari apa yang
telah dilaksanakan.Cara pengajaran yang paling sesuai untuk kaedah dapatan ialah dengan cara
memberi panduan, bantuan atau petunjuk.

Peranan guru dan ibubapa ialah untuk mengadakan perbincangan terbuka dan untuk mendorong
murid mengeluarkan pendapat serta memberi jawapan kearah yang ingin matlamat dicapai.
Pendukung kaedah ini adalah Hilda Taba, beliau menerangkan kaedah ini dapat membentuk dan
membina kebolehan dalam menyelesaikan masalah dikalangan murid dimana daripada maklumat
yang tidak lengkap murid terpaksa berfikir dan mencari jawapan dan dengan secara tidak langsung
mereka dapat belajar sendiri.

Kaedah ini dapat mengekalkan pembelajaran murid kerana segala maklumat dan kesimpulan telah
digunakan semasa pembelajaran. Menurutnya juga kaedah ini seharusnya dapat pegerakan atau
motivasi intrinsik dikalangan murid dan pelajaran dapatan harus mencungkil, mencabar dan
melahirkan minat dalam diri murid.

Hafalan dan latih tubi
Teknik ini telah lama digunakan iaitu sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi, pada masa itu
persekolahan masi belum wujud dan pengajaran khususnya agama diturunkan kepada anak cucu
dengan teknik hafalan dan latih tubi, teknik ini telah digunakan oleh orang Yahudi untuk mengajar
agama dan pekara-pekara berkaitan dengan Tuhan mereka. Bagi mereka Tuhan adalah satu-satu
pekara yang tidak boleh dipersoalkan oleh murid-murid mereka dengan itu teknik hafalan dan latih
tubi digunakan untuk mengajar murid-murid tersebut dan tekni tersebut dikatakan sangat berjaya
dan sangat berkesan sekali.

Pada masa kini teknik hafalan dan latih tubi masih digunakan, teknik ini telah difahami dengan lebih
mendalam dan kurang digunakan secara keterlaluan.

Terdapat 2 jenis hafalan yang dikenalpasti iaitu hafalan rot dan hafalan logik. Hafalan rot adalah
hafalan berbentuk simbol-simbol yang perlu diingat sepatah demi sepatah contohnya menghafal
sefer dimana sefer adalah sejenis simbol yang perlu dihafal dan diingat satu persatu. Hafalan rot
masih perlu digunakan pada masa kini untuk mengajar sefer, kira-kira, atau prinsip-prinsip. Pelajar
pada mulanya hanya mengunakan hafalan rot kemudian hafalan rot mengenai sesuatu
pembelajaran akan diambilalih oleh hafal logik.

Hafalan lojik pula merupakan hafalan secara rasional yang melibatkan fenomena yang bermakna
tentang tentang prinsip-prinsip yang perlu dipelajari, hafalan lojik memerlukan fahaman yang
rasional mengenai konsep yang terlibat. Kebolehan membuat taakulan memainkan peranan penting
untuk membawa kefahaman rasional ini, disamping kebolehan membuat perkaitan antara satu
dengan yang lain diperlukan juga.

Dalam situasi pengajaran didalam bilik darjah merupakan cara yang paling berkesan untuk mengajar
teknik hafalan dengan berpandukan kepada 4 langkah,

MEMIKIR + MENGULANG + MENYEBUT = MENGINGAT

1. Memikirkanpelajar harus memikirkan tentang sesuatu pekara dengan lebih mendalam
samada sifir atau formula matematik ini bermakna murid lebih menumpukan kepada isi
kandungan yang harus diingat
2. Mengulangpelajar harus mengulangi bahan yang telah dipelajari, bahan-bahan tersebut
diulang-ulang hingga murid tidak lagi teragak-agak apabila mengeluarkan idea
tentang maklumat yang dipelajari.
3. Mengucapkanpelajar juga harus mengucapkan segala bahan yang telah dipelajari
dihadapan guru atau sesiapa sahaja yang boleh menyemak dan memperbetulkan sekiranya
terdapat sebarang kesalahan.
4. Mengingatkanpelajar harus mengingat secara bersendirian bahan-bahan yang telah
dipelajari supaya segala ilmu yang dipelajari lebih kekal dan ini merupakan peringkat
terakhir dalam proses hafalan.

Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta dalam meningkatkan kecekapan tentan apa yang telah
diajar ia bertujuan untuk mencapai tahap kemahiran atau untuk melekatkan sesuatu perkaitan
supaya ia menjadi lebih kekal dalam ingatan. Dalam situasi pengajaran, latih tubi harus harus
dielakkan dalam pelajaran yang bercorak kemasyarakatan ini disebabkan lati tubi dalam
matapelajaran tersebut akan mengalakkan hafalan tetapi kaedah latih tubi amat digalakkan dalam
matapelajaran matematik. Latih tubi amat sesuai untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti
mengingati formula-formula yang penting.

Hafalan dan latih tubi biasanya digunakan dalam langkah kedua iaitu mengulang bahan dan langkah
ketiga iaitu mengucapan isi kandungan dihadapan guru. Dengan itu latih tubi adalah sebahagian
daripada usaha menghafal atau mengingat sesuatu.

Walaubagaimana pun kaedah ini mempunyai kelemahan iaitu ia akan menyekat dan menghadkan
kebebasan berfikir dan menghalang daya kreatif murid. Namun begitu ia tidak harus ditolak secara
bulat-bulat kerana banyak hikmah yang tersembunyi disebalik kaedah ini.

Sebenarnya terdapat terlalu banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah dan
membantu proses meningkatkan kecekapan dan kemahiran dalam bidang matematik.
Baca Komen (1)comments
1 Response to "Cara Pembentukan Minat Kepada Matematik"
1. rhymetime says:
17 Mei 2010 7:51 PTG
Tuan ,
Saya telah membaca rencana mengenai matematik di dalam blog tuan . Ada perkara saya setuju dan
sebaliknya. Banyak pihak berikhtiar untuk menjadikan matematik sebagai satu subjek yang indah
......tetapi mengapakah masih ramai murid kita di sekolah rendah dan menengah yang gagal untuk
menguasai operasi asas matematik . Terima kasih sekiranya tuan ada jawapannya. Wassalam
Catat Ulasan