Anda di halaman 1dari 6

Transkrip Temubual 1 Tamadun Islam

Nama : Ustaz Mohd Sharani Bin Mohd Naim


Penemuramah : Carlos Tan (Opsyen Bimbingan Dan Kaunseling)
Johnathan Chua (Opsyen Bimbingan Dan Kaunseling)
Tan Guang Yi (Opsyen Pendidikan Pemulihan)
Lee Pei Jun (Opsyen Pendidikan Pemulihan)
Chai Ai Yun (Opsyen Pendidikan Pemulihan)
Liew Min Yu (Opsyen Pendidikan Pemulihan)

Johnathan : Salam sejahtera Encik [Ustaz]. Nama saya Johnathan Chua Kheng Yew,
guru pelatih opsyen Bimbingan dan Kauseling PISMP (Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan) Semester 1 dari IPG (Institut Pendidikan Guru)
Kampus Kota Bharu. Saya ingin menemu ramah Encik [Ustaz] untuk
mendapatkan maklumat tentang Tamadun Islam bagi menyiapkan kerja
kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Bolehkah Encik [Ustaz]?
Ustaz Sharani : Boleh.
Johnathan : Bolehkah Encik [Ustaz] menceritakan mengenai latar belakang anda? Seperti
nama penuh, umur, tempat lahir dan tempat belajar Encik [Ustaz]?
Ustaz Sharani : Terima kasih kepada Johnathan dan rakan-rakan Opsyen Bimbingan dan
Kaunseling Semester 1. Saya [ber] nama Mohd Sharani Bin Mohd Naim.
Saya berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Pendidikan saya bermula di Pasir
Mas, Kota Bharu di peringkat persekolahan kemudian peringkat universiti
sebelum belajar di Malaysia dalam bidang Pengajian Arab dan Tamadun
Islam. Kemudian saya menyiapkan diploma pendidikan di sini, IPG Kampus
Kota Bharu waktu itu namanya Maktab Perguruan Kota Bharu. Kemudian
saya melanjutkan ke Master di Universiti Ilmu di Jordan dan kemudian
sambung di peringkah PhD dalam bidang Pengajian Arab. Sekarang saya
pensyarah Bahasa Arab dengan Ijazah PhD Bahasa Arab.
Jonathan : Jadi Encik [Ustaz] sudah mengajar di IPG berapa lama?
Ustaz Sharani : Saya mula mengajar di IPG setelah saya menamatkan pengajian peringkat
Master di Jordan pada tahun 2001 di IPG Kampus Perlis, kemudian
berpindah ke Kota Bharu dalam [tahun] 2007 hingga sekarang.
Johnathan : Adakah Encik [Ustaz] sudah berkahwin?
Ustaz Sharani : Oh, saya sudah ada anak lapan [orang].
Johnathan : Ada cucu?
Ustaz Sharani : Belum.
Johnathan : Okie. Apakah pekerjaan pertama Encik [Ustaz] selepas menamatkan
pengajian?
Ustaz Sharani : Saya menjadi guru sandaran di Keranting, upah kerajaan negeri dalam satu
tahun.
Min Yu : Encik [Ustaz], apakah yang Encik [Ustaz] tahu tentang Tamadun Islam?
Ustaz Sharani : Terima kasih. Kalau diperincikan sebenarnya, perkataan tamadun ini
berasal dari perkataan Greek civilisation kemudian tamadun itu juga
berasal dari tamaduno Bahasa Arab, bermaksud moden, maju. Kalau di
UKM (Universiti Kelantan Malaysia), yang saya belajar dulu, Department of
Arabic and Islamic Civilisation, civilisation adalah tamadun. Itu dari segi
bahasanya. [Kalau] dari segi konteks, tamadun [bermaksud] satu perubahan.
Ia daripada satu keadaan menjadi lebih maju. Buku yang pertama
mencirikan tamadun ini, buku yang ditulis oleh Ibn Khaldun. Katanya dalam
Bahasa Arab, insan ialah IBN TALBAI. Manusia itu maju tamadun sejak
memang sedia kala. Tamadun ini berkembang sebenarnya.
Pei Jun : Encik [Ustaz]. Boleh Encik [Ustaz] memberitahu kami manakah satu tokoh
yang Encik [Ustaz suka]?
Ustaz Sharani : Okie terima kasih. Tokoh-tokoh dalam Tamadun Islam sebenarnya ramai.
Antaranya, Ibn Khaldun. Ibn Khaldun merupakan salah satu tokoh yang
hebat. Beliau adalah tokoh dalam bidang sains sosial. Buku yang saya sebut
tadi, buku al-Mukadimmah. Buku al-Mukadimmah yang ditulis Ibn Khaldun
menceritakan bagaimana pembangunan manusia, iaitu sains sosial tadi.
Beliau meneroka bidang ini, sehinggakan dialah tokoh yang pertama
menceburi bidang sains sosial. Sebelum ini tidak ada, dan buku itu masih
diguna di universiti antarabangsa. Maksud saya, al-Mukadimmah tadi. Ibn
Khaldun dia orang Algeria di utara Afrika. [Beliau] seorang yang sangat
tekun. Semasa umurnya bawah 10 tahun, dia [beliau] sudah menghafal al-
Quran. Al-Quran anda kena hafal kan? Al-Quran yang ada ribuan ayat lebih.
Dia [Beliau] menghafal umur sebelum 10 tahun. Ibn Khaldun tadi. Dan
sebilangan besar tokoh-tokoh Tamadun Islam, dia menghafal al-Quran sejak
awal, seperti Ibn Rushd. Seorang lagi. Ibn Rushd, kepakaran bidang
perubatan. [Beliau] orang pertama yang meneroka bidang perubatan, bidang
pembedahan. Operate (pembedahan). Dia [Beliau] melakukan operate
(pembedahan) di Universiti Iskandariah (Alexandaria) di Egypt. Sekarang
masih ada buat pembedahan di situ, di Mesir. Kedua-dua tokoh ini
menghafal al-Quran sejak awal lagi. Contohnya Ibn Khaldun, dia [beliau]
menghafal al-Quran kemudian menulis buku bidang ini, dan namanya masih
terkemuka pada hari ini. Ada soalan apa lagi?
Ai Yun : Encik [Ustaz], boleh tak menerangkan budaya dalam Tamadun Islam?
Ustaz Sharani : Kalau anda selalu baca tentang buku yang menerangkan keadaan daripada
dunia Arab, di Eropah [pada] suatu masa dikenali Zaman Gelap, tetapi di
Sepanyol, [ia] sudah dikenali sebagai Zaman Terang. Sebab apa? Sebab
apabila tentera Islam masuk ke Sepanyol, ia merangsang satu perubahan
yang sangat besar di Spain (Sepanyol). Spain berubah menjadi sebuah
budaya ilmu. Ilmu sangat maju di Spain sehinggakan ada satu penulis, saya
dah lupa namanya. Ketika negara tempat lain masih dalam kegelapan pada
waktu malam, di Spain sudah disinari cahaya-cahaya lampu. [Ini]
bermaksud, di Spain sudah, mereka sudah dapat mencipta lampu waktu itu.
Satu lagi mengenai ilmu. Ramai tokoh-tokoh berhijrah ke Spain, tapi dalam
pengajian Tamadun Islam, nama Andalusia, Bahasa Arab. Andalus yang
dikenali masa sekarang. So (Jadi) waktu itu Spain menjadi satu pusat
pengajian yang sangat besar. Anda pernah mendengar Cordova? Cordova
dalam Bahasa Arab Cordoba. Ada sebuah buku namanya al-Kurbi yang
mengisahkan Cordoba. Ini salah satu contoh macam mana Spain menjadi
satu budaya ilmu. Waktu ini ramai tokoh-tokoh Eropah belajar di Spain.
Dari situlah perpindahan pengetahuan berlaku. Budaya ilmu sangat
berkembang di Spain. Satu lagi budaya di Tamadun Islam ialah tekun.
Tokoh-tokoh dalam Tamadun Islam sangat tekun dalam meneroka bidang
baru. Walaupun negara lain Zaman Gelap, Islam ini maju. Tokoh perubatan,
tokoh astronomi. Astronomi sangat luas. Al-Khawarizmi adalah tokoh yang
meneroka bidang astronomi. Al-Khawarizmi juga tokoh matematik. Sebab
matematik dan astronomi adalah sangat relevan. Kira-mengira. Astronomi
berkait dengan mengira segi pergerakan matahari dan bulan yang juga
berkait dengan waktu solat. Dalam buku solat, solat zohor, solat asar kan? So
(Jadi) waktu itu berkaitan dengan peredaran. Al-Khawarizmi mengira
peredaran yang berkaitan dengan waktu-waktu solat. Kerja-kerja ini bukan
senang. Malahan, Al-Khawarizmi adalah tokoh yang pertama menemui
konsep sifar dalam matematik. Kalau kamu terokai bidang sifar ini, ahhh...
komputer. Komputer menggunakan konsep sifar. Konsep sifar ini
mewujudkan komputer. Ada seorang sarjana, dia merujuk komputer
sebenarnya oleh Al-Khawarizmi, sebab komputer mesti bermula dengan
sifar. Budaya tekun ini sebenarnya memang hebat.
Carlos Tan : Encik [Ustaz], seterusnya apa implikasi Tamadun Islam terhadap generasi
masa sekarang dengan nilai murninya.
Ustaz Sharani : Terima kasih. Ini soalan yang menarik sebenarnya. Sekarang kita melihat
kesan Tamadun Islam terhadap dunia. Sebenarnya sangat banyak aspek.
Saya mula dengan bidang ilmu. Sebab Tamadun Islam sebenarnya satu
tamadun yang sangat hebat waktu itu. Ramai tokoh-tokoh yang dilahirkan.
Tadi saya sebut Al-Khawarizmi, ada lagi Al-Rushd. Al-Rushd ini tokoh
perubatan dan dia [beliau] sekarang ini di Barat dikenali sebagai Averroes.
Bukunya Al-Tibb fi Qanun itu undang-undang dalam perubatan. Ehh bukan
bukan. Al-Qanun fi al-Tibb itu undang-undang dalam perubatan, sekarang
diterjemah ke Bahasa Barat digunakan sebagai rujukan dalam bidang
perubatan sampai masa ini. Al-Rushd ini dalam Bahasa Arab kita nampak
nama Baratnya ditukar dari Al-Rushd kepada Averroes. Seorang lagi, Ibn
Sina. Di Barat [beliau] dikenali sebagai Avicenna. [Mereka] hilangkan
kearaban itu. So (Jadi) budaya ilmu ini sebenarnya, kalau lihat dari segi
sumbangan Tamadun Islam pada masa sekarang ini, kamu mesti belajar
bersungguh-sungguh. Macam kamu dalam bidang bimbingan dan kaunseling.
Bimbingan dan kaunseling dalam Tamadun Islam, Imam Al-Ghazali. Imam
Al-Ghazali ialah tokoh dalam bidang kaunseling. Ada sebuahnya Ihya
Ulumuddin. Buku itu tentang kaunseling. [Kita] sangat ditekan untuk belajar
dalam Islam sangat sesuai dengan [pesanan] Rasulullah Nabi Muhammad
s.a.w. Dia [Beliau] sangat menekan untuk belajar. Saya quote [memetik]
Bahasa Arab. Nabi pernah sebut tholabul ilmi faridhotun ala kulli muslimin.
Maksudnya ilmu satu kewajiban untuk semua umat Islam. Apa maksud?
[Maksudnya] sesuailah dengan Tamadun Islam. Begitu budaya ilmunya dan
Nabi pula menggalak dan mewajibkan orang Islam untuk belajar. Jadi ia
sangat-sangat serasi. So [Jadi], budaya ilmu adalah sangat serasi dengan
keperluan masyarakat kini. Bererti, maknanya, Tamadun Islam menyohor,
menggalak umat Islam supaya menuntut ilmu sebanyak mungkin. Ada satu
aspek lagi, yang digunakan dalam zaman moden, tentang kajian. Buat
research [kajian]. Kalau sekarang ini kita teruja dengan macam-macam
research, macam-macam kajian, sebenarnya kajian ini sudah berlaku zaman
Tamadun Islam dulu lagi. Saya lupa nama seorang tokoh yang cuba
menerokai bidang aerospace (aeroangkasa). [Dia] nak buat kapal terbang.
Saya lupa nama dia. Dia buat percubaan. Dia naik, naik, dan terbang. Akhir
sekali, dia terbang, jatuh mati. So (Jadi) bidang itu dia yang teroka. Ini satu
kajian. Dan semua bidang sains tadi, perubatan, astronomi, matematik dan
sebagainya dimulakan dengan kajian-kajian. Sekarang ada lagi gambar-
gambar tentang Al-Rushd dan makmalnya tentang kajian yang dia lakukan.
Apa maksud saya ialah Tamadun Islam masa dulu sangat menggalakkan
orang supaya melakukan kajian. Macam anda juga yang diberi tugas
membuat kajian tindakan. Sebenarnya kajian sudah lama digalakkan dan
dilakukan oleh tokoh-tokoh Tamadun Islam.
Guang Yi : Encik [Ustaz], boleh [Ustaz] memberikan beberapa nilai murni yang terdapat
dalam [Tamdun Islam]?
Ustaz Sharani : Terima kasih. Saya nampak satu aspek yang sangat bagus yang diamalkan
oleh tokoh-tokoh Tamadun Islam. Saya rasa sifat toleransi. Kalau dalam hati,
kalau yang kita teroka, kita dapat, milik kita, senangkah kita bagi orang lain?
Payah kan? Kita yang buat susah-susah, nak bagi dekat orang lain ni. Tapi
tidak kepada tokoh Tamadun Islam. Mereka telah berkongsi ilmu ini dengan
orang Barat. Malahan, sejarah meninjukkan bahawa ramai daripada Barat
yang pergi belajar di Spain, mereka mengaji secara percuma. So, toleransi
ini beri dan menerima dalam ciri-ciri Tamadun Islam, sebut dalam Bahasa
Arabnya Al-Murunah. Maknanya, dia memberi dan orang lain menerima.
Dan ini adalah satu sifat yang sangat baik. Maka, orang Barat dia pergi
datang ke Spain, sebab banyak ilmu yang dibawa oleh orang Barat, dan
belajar daripada orang Spain, itu satu sifat yang sangat baik. Selain daripada
toleransi, nilai murni yang lain juga satu yang sangat menarik. Walaupun
tokoh-tokoh ini sungguh hebat, tetapi mereka sangat rendah diri. Bahasa
Arabnya sebut tawal-dom. Cantik tak angkuh? Bagus kah angkuh? Angkuh
bagus kah? Tidak kan? Contohnya saya. Saya angkuh. Baguskah saya? Tak
kira tokoh-tokoh Islam dahulu, mereka memiliki ilmu yang sangat hebat,
sangat banyak. Kalau saya dapat PhD, baru PhD sahaja. Apa sahaja PhD,
bukan banyak pun, sikit je. [Saya] bukan meneroka satu ilmu baru, saya
cuma mengembangkan ilmu yang sudah ada. Tetapi tokoh dulu, mereka
menemui satu bidang baru. Tapi mereka tidak angkuh. Mereka tidak bangga
diri. Tokoh-tokoh yang saya sebut tadi, mereka tetap rendah diri. So, sifat
rendah diri, nilai rendah diri, sangat penting. Nilai rendah diri itu, kita juga
ada apabila kita masuk IPG. Kita masuk IPG, jadi cikgu dan apa semua itu,
tak kan kita nak angkuh, nak besar diri. So, sifat rendah diri nilai yang sangat
mulia.
Johnathan : Terima kasih atas pengetahuan dan pegalaman yang Encik [Ustaz] telah
kongsikan. Baiklah, setakat itu sahaja temu ramah kita pada hari ini. Terima
kasih sekali lagi kerana Encik (Doktor) telah memberikan kerjasama dalam
temu bual ini. Semoga Encik [Ustaz] terus berjaya dan cemerlang lagi dalam
kerjaya dan misi anda serta mencapai segala yang diinginkan.
Ustaz Sharani : Terima kasih.
Kesemua : Terima kasih.