Anda di halaman 1dari 3

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS



TUGASAN PROJEK
TAJUK PROGRAM : PPG


NAMA PELAJAR:



KOD DAN NAMA KURSUS :
MTE3102
KURIKULUM PENDIDIKAN
MATEMATIK

SEMESTER : 5

AMBILAN JUN 2011

TARIKH MULA : Interaksi 1
(29/06/2013)


TARIKH HANTAR : Interaksi 3
(24/08/2013)

Hasil Pembelajaran Kursus:
1. Menerangkan peranan Matematik, ahli Matematik dan guru Matematik.
2. Menjustifikasikan perkembangan pendidikan Matematik dan kurikulum
Matematik di Malaysia.
3. Mentafsirkan kurikulum Matematik kebangsaan semasa.

4. Mengenal pasti cara-cara melibatkan diri dalam perkembangan
profesionalisme guru-guru Matematik.

5. Memupuk minat dan nilai dalam pendidikan Matematik

(Kerja kursus ini ialah untuk menilai hasil pembelajaran 1,3 dan 5).


Objektif Kerja Kursus :

1. Menghayati peranan sebagai seorang guru Matematik.

2. Mengaplikasikan elemen KSSR dalam PdP Matematik.

3. Menghasilkan aktiviti PdP Matematik yang berkesan dengan mengintegrasi
unsur KBAT.




2

Tugasan Projek (100%)

Perubahan kurikulum di Malaysia merupakan satu cabaran yang besar di kalangan
para pendidik. Guru perlu memainkan peranan yang baru dalam merealisasikan
KSSR. Guru yang cemerlang perlu berpengetahuan dan kreatif dalam PdP untuk
melahirkan murid yang lebih berdaya saing, membentuk insan yang seimbang dan
dapat menyumbang kepada keharmonian serta kesejahteraan negara.

Dalam KSSR, elemen kreativiti, keusahawanan dan TMK perlu diterapkan melalui
konteks yang sesuai bagi setiap standard pembelajaran. Sebagai seorang guru,
cadangkan satu aktiviti PdP Matematik yang sesuai bagi murid-murid Pendidikan
khas dengan mengaplikasi ketiga-tiga elemen di atas serta mengintegrasi unsur
KBAT.

1. Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan satu aktiviti PdP Matematik
yang menarik dan sesuai untuk murid-murid Pendidikan Khas.

2. Aktiviti PdP Matematik perlu mengaplikasi elemen KSSR (kreativiti,
keusahawanan dan TMK).

3. Aktiviti PdP Matematik juga perlu mengintegrasi unsur KBAT.

4. Tulis refleksi berkaitan peranan anda sebagai seorang guru yang berkesan
dalam pelaksanaan PdP Matematik bagi murid-murid Pendidikan khas.


Panduan Pelaksanaan Projek :

1. Tugasan ini adalah tugasan individu.

2. Tugasan hendaklah dipersembahkan dalam bentuk MS powerpoint.

3. Bilangan slaid adalah dalam lingkungan 10-20 muka surat.

4. Slaid pertama perlu mempunyai butiran seperti berikut :
Nama :
No. KP :
Kumpulan :
Mata pelajaran :
Nama pensyarah :
Tarikh hantar :

5. Slaid terakhir perlu mengandungi senarai rujukan mengikut format APA.

6. Aktiviti yang dihasilkan hendaklah kreatif dan inovatif. Elemen kreativiti,
keusahawanan dan TMK perlu ditunjukkan dengan jelas.

7. Keseluruhan tugasan perlu menunjukkkan keaslian. Amalan Plagiat
adalah dilarang sama sekali.
3

8. Tugasan hendaklah dihantar kepada pensyarah melaui e-mel dan cakera
padat.

9. Kelewatan penyerahan tugasan kepada pensyarah akan didenda dengan
ditolak markah.


Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut :
1. Hasilan tugasan menunjukkan daya usaha yang tinggi dan pengetahuan yang
sangat mendalam tentang Kurikulum Pendidikan Matematik terkini (KSSR).

2. Pemahaman berkaitan elemen kreativiti, keusahawanan dan TMK
diaplikasikan dengan jelas dan berkesan

3. Unsur KBAT ditintegrasikan secara bermakna dalam PdP Matematik.

4. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta
memenuhi kehendak tugasan.


Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan
(Lampiran 1)

Tugasan disediakan oleh: Disahkan oleh:

(HASLINA BINTI JAAFAR) (KHALIDAH BINTI OTHMAN)

Penyelaras MTE3102

Ketua Jabatan

Jabatan Matematik dan Sains

Anda mungkin juga menyukai