Anda di halaman 1dari 1

RAMADHAN DAN TAUBAT

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Alhamdulillah kerana kita hampir tiba di bulan yang sangat
dinanti-nantikan iaitu bulan Ramadhan. Bagaimanakah
persiapan iman kita? Salah satu cara untuk mengetahui
sejauh mana kita beriman adalah dengan mengukur sejauh
mana kesan dosa terhadap hati kita. Apakah kita rasa
menyesal dengan dosa? Atau kita rasa biasa-biasa apabila
berdosa? Jika sesalan dirasakan itu petanda iman masih lagi
di dalam dada sebaliknya jika tiada kesan apa malah kita
semakin gembira, itu suatu petanda buruk kerana hati kita
sedang sakit.
Ramadhan merupakan bulan yang mengandungi peluang emas
untuk memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah
taala. Marilah kita berlumba-lumba dan memburu keampunan
Allah s.w.t. kerana sebagai manusia kita sering melakukan
dosa sama ada sedar ataupun tidak. Disebabkan inilah orang-
orang yang soleh berlumba-lumba dan gembira membuat
persiapan menjelang Ramadhan seawal bulan Rejab lagi.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya Ramadhan
adalah bulan di mana Allah
taaala wajibkan berpuasa
dan aku sunnahkan kaum
muslimin menegakkan
(solat malam). Barangsiapa
yang berpuasa dengan
iman dan dan mengharap
keredhaan Allah taaala,
maka dosanya keluar
seperti hari ibunya
melahirkannya."
(HR Ahmad 1596)

Anda mungkin juga menyukai