Anda di halaman 1dari 12

A

Peribahasa Maksud
Anak Buah Anak saudara
Anak Dagang
Orang luar yang datang menetap di sesuatu
tempat
Air digenggam tiada Sangat berhati- hati membelanjakan wang
Akal kancil Pandai dan cerdik dalam membuat helah
Alim kucing Berpura-pura baik di hadapan orang.
Ada air adalah ikan
Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ
ada rezeki.
Ayam tambatan
Orang yang menjadi harapan dalam sesuatu
pasukan.
Ambil berkat
Perbuatan dilakukan untuk mendapat
tuah; pengaruh baik daripada orang
tua.
B
Peribahasa Maksud
Bagai ikan pulang ke lubuk Kehidupan yang senang
Bak cendawan tumbuh selepas hujan Terlalu banyak pada sesuatu masa
Bunga raya kembang pagi
Muka yang pendam merah kerana terlalu
marah
Biar mati anak, jangan mati adat Orang yang kuat perpegang pada adat
Bak cendawan tumbuh selepas hujan Terlalu banyak pada sesuatu masa
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Mengerjakan sesuatu yang sukar
hendaklah sabar, sehingga mencapai
kejayaan
Buku lima Peninju atau penumbuk.
Bunga kembang menunggu layu
Kecantikan seorang perempuan tidak
kekal selama-lamanya
Buruk makan Makan dengan gelojoh atau lahap.
C
Peribahasa Maksud
Cakar ayam Tulisan yang buruk.
Cacing hendak menjadi naga
Orang yang berpangkat rendah berlagak
seperti orang berpangkat
Tinggi.
Cukup bulan Sampai waktu untuk bersalin
Curi tulang
Melakukan sesuatu tugas atau pekerjaan
dengan tidak bersungguh-sungguh.
Cepat kaki, ringan tangan Rajin dan cepat bekerja
Cari akal
Orang yang mencari jalan menyelesaikan
sesuatu masalah
Cencaru makan petang
Pekerjaan yang dilakukan dengan
lambat mendatangkan hasil yang baik
dan lumayan.
D
Peribahasa Maksud
Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan
sendiri
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dua orang atau pihak yang sama darjat
dalam adat
Darah panas. Orang yang cepat marah.
Duduk di dalam duri
Seseorang yang dalam keadaan keluh kesah
sebab sesuatu bencana yang dijangka akan
menimpanya.
Dalam gemuruh.
Mudah gugup atau cemas apabila
menghadapi sesuatu keadaan.
Di mana semut mati kalau tidak dalam gula
Manusia selalunya terperangkap oleh
pujuk rayu dan puji-pujian
Dapat durian runtuh
Mendapat keuntungan tanpa bersusah
payah
E
Peribahasa Maksud
Embun dihujung rumput
Kasih yang tidak kekal lambat laun
akan hilang juga
Emas kahwin
Mahar yang diberi kepada pengantin
perempuan.
Ekor anjing bagaimana diurut tidak juga betul.
Orang yang jahat walaupun diajar berbuat
baik, dia tidak akan menjadi baik.
Enggang sama enggang,pipit sama pipit, baru
boleh terbang bersama.
Pergaulan hanya dengan orang yang sama
taraf sahaja.
Enggang lalu ranting patah
Orang yang pernah terlibat dalam jenayah,
kebetulan berada di tempat berlakunya
jenayah, tentulah dia disyaki walaupun tidak
melakukannya
F
Peribahasa Maksud
Fikiran buntu
Tidak dapat memikirkan sesuatu
kerana kehabisan idea.
Fikir dua kali Berfikir panjang.
Fajar menyinsing
Matahari terbit, cahaya kuning ddan
kemerahan di kaki langit.
Fakir miskin Orang miskin yang tidak berharta
G
Peribahasa Maksud
Garang seperti harimau Sangat garang
Ganti rugi
Memberi wang atau barang sebagai
menggantikan kerugian yang dialami.
Gigi tanggal, rawan murah
Keinginan yang datang sesudah tidak
ada kesempatan lagi
Gigi dengan lidah (seperti)
Seorang manusia itu walau bagaimana
beringat sekali pun ada masanya
terlalai dan membuat kesilapan juga.
Gigi dengan lidah adakala tergigit juga
Suami isteri atau sanak saudara
adakalanya berselisih faham juga
Gagah seperti gergasi Sangat kuat
Gila judi Orang yang suka berjudi.
Gigit jari Kecewa
Gelap seperti malam Sangat gelap
Genting putus, biang tembuk
Perkara yang sudah muktamad dan tidak
dapat di ubah lagi
Gergaji mata dua (seperti)
Orang yang menjadi orang suruhan atau
orang tengah kepada dua belah pihak
akhirnya mendapat keuntungan daripada
kedua-dua pihak itu.
Gunung yang tinggi akan runtuh jika setiap
hari digali
Harta yang banyak akan habis sekiranya tidak
ditambah
Gunting makan di hujung (seperti)
Orang yang kata-katanya tajam tetapi tidak
terasa ketajamannya kerana bijak
menyusun kata-kata.
Getikkan puru di bibir
Susah hendak membenci isteri atau
anak sendiri walaupun perangai
mereka buruk
H
Peribahasa Maksud
Harimau menyembunyikan kukunya
Orang yang berilmu tidak mahu
menunjukkan kebolehannya
Hanya air dingin yang dapat memadamkan api

Kata-kata yang lemah lembut dapat
menyejukkan hati yang marah
Haruan makan anak
Perbuatan bapa yang jahat sanggup
menganiaya atau merosak anak sendiri.
Harimau menunjukkan belangnya

Orang yang menunjukkan kekuasaan
dan keberaniannya
Halwa telinga
Nyanyian atau bunyian alat muzik
untuk hiburan
Hapus panas setahun oleh hujan sehari
Jasa atau kebaikan seseorang boleh
hilang akibat kesalahan yang sedikit
Hati bak serangkak dibungkus
Sangat berharap akan mendapat
sesuatu yang diingini
Hendak dapat pisang terkupas
Inginkan kesenangan tapi malas
berusaha
Hati batu Bersikap degil
Hendak bertanduk kepala berpahat
Sanggup berhutang kerana hendak
berlagak
Hati hendak semua jadi
Jika ada kemahuan, semua perkara
dapat dilakukan
Hendak harum terlalu hangit
Kerana terlalu hendak meninggikan
diri, akhirnya mendapat malu
Hujung lurus pangkal berkait
Orang yang pada zahirnya baik tetapi
hatinya tidak
Hina seperti kucing kurap Sangat hina
Hisap darah
Orang yang mengambil kesempatann
mencari keuntungan ke atas orang
yang lemah.
Hilang di mata di hati jangan Walaupun berjauh, tetap ingat di hati
I
Peribahasa Maksud
Ikan basah Ikan yang baru ditangkap
Ikat perut Menahan lapar kerana berjimat.
Ibu ayam
Perempuan yang memperdagangkan
perempuan lain untuk tujuan pelacuran dan
mendapat keuntungan daripada kegiatan itu..
Ikan kena tuba (seperti)
Penduduk disuatu tempat mendapat bencana
atau kemalangan secara beramai-ramai
Isi dengan kuku
Perhubungan yang sangat intim atau
erat, tidak boleh dipisahkan.
Indah khabar daripada rupa
Perkara yang berlaku dilebih-lebihkan
daripada yang sebenar
Itik pulang petang
Orang yang berjalan dalam keadaan
berlenggang lenggok dan perlahan.
Itik berenang dalam air mati kehausan Menderita kesusahan walaupun banyak wang
Intan disangka batu kelikir
Tidak mengetahui nilai (keadaan) yang
sebenarnya
Ibu kandung Ibu sendiri.
J
Peribahasa Maksud
Jaga mulut Berhati-hati ketika bercakap.
Jauh malam Larut malam atau lewat malam.
Jauhari juga yang mengenal manikan
Orang yang bijaksana juga yang mengetahui
kelebihan sesuatu ilmu
Jatuh sakit Tidak sihat.
Jauh panggang dari api
Jauh daripada yang dimaksudkan atau
mustahil boleh berlaku
Jerih menentang boleh, rugi menentang laba
Menolong seseorang kerana mahu
dirinya ditolong
Jangan ukur baju orang pada badan sendiri.
Jangan kita samakan kejahatan kita dengan
kejahatan orang atau kebaikan atau taraf
Jangan rempuh sarang lebah.

Jangan melawan seteru yang ramai kerana
akhirnya akan beroleh kecederaan.
Jiwa bergantung di hujung rambut
Dalam keadaan yang sangat mencemaskan
dan berbahaya
Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya
Hendaklah berusaha untuk mendapatkan
sesuatu yang dihajati
Jika ular menyusur akar sekalipun tak akan
hilang biasanya
Orang mulia atau berpangkat tinggi tidak akan
jatuh jatuh darjatnya sekalipun dia bergaul
dengan orang kebanyakan
Jika tidak kerana angin masakan pokok
bergoyang
Jika perkara itu tidak berlaku, masakan
ada orang yang berkata-kata tentang hal
itu
Jual sutera beli mastuli
Mendapat ganti yang lebih berharga
lagi
K
Peribahasa Maksud
Karam berdua basah seorang
Dua orang yang melakukan kesalahan tetapi
seorang sahaja yang dihukum

Kalau secupak takkan jadi segantang
Sesuatu yang telah ditentukan tidak
boleh diubah lagi
Kain basah kering di pinggang Keadaan orang yang terlalu miskin
Kura-kura hendak memanjat kayu Melakukan sesuatu yang mustahil
L
Peribahasa Maksud
Lagi murah, lagi ditawar
Semakin diberi semakin banyak
diminta
Lain bengkak lain bernanah
Orang lain yang melakukan kesalahan,
orang lain pula dipersalahkan
Lembut gigi daripada lidah
Berkata-kata dengan lemah lembut dan
merendahkan diri kerana berhajatkan
sesuatu
Lalang ditanam takkan padi yang tumbuh
Perbuatan yang jahat tidak akan
mendapat balasan yang baik
Lemak-lemak santan berlada
Kata-kata manis dan lemah lembut tetapi
mengandungi sindiran yang tajam
Lading tajam sebelah
Selalu menerima pemberian orang tetapi tidak
suka memberi
M
Peribahasa Maksud
Meninggi diri Sombong
Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung
perahu hanyut
Kalau tak nak berusaha, kita tidak akan
mendapat kemajuan
Membuang garam ke laut
Menolong orang yang tidak perlu
ditolong
Murai berkicau di siang hari Sesuatu yang sudah nyata
Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri
Nasihat atau pelajaran yang tidak yang
tidak dimasukkan ke dalam ingatan
Menantikan nasi disajikan ke lutut
Seseorang yang malas berusaha tetapi
mengharapkan kesenangan datang
kepadanya
Minyak takkan bercampur dengan air Sesuatu yang tidak apat disatukan
Melentur buluh biarlah ketika rebung Mendidik anak hendaklah semasa kecil
N
Peribahasa Maksud
Nasi masak periuk pecah
Hukuman yang telah dijatuhkan tidak
boleh diminta belas kasihan lagi A
Nak menangguk ikan, tertangguk batang
Mengharapkan untung tetapi
mendapat kerugian
Naga ditelan ular lidi
nak orang bangsawan berkahwin
dengan orang kebanyakan
. Nyiur setandan tetapi berlainan jenisnya Dua beradik yang berlainan tabiat
Niat hati nak peluk gunung
Ingin sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya
mencapainya
Nasi sudah menjadi bubur
Sesuatu yang sudah terlanjur tidak
dapat dipetulkan lagi
O
Peribahasa Maksud
Orang tua diajar makan pisang Sia-sia mengajar orang pandai
Orang mengantuk disorongkan bantal
Mendapat sesuatu yang diinginkan
tentulah berasa gembira
Orang mencubit, kita menampar
Cara membuat sesuatu berlainan
tetapi kesannya sama sahaja
P
Peribahasa Maksud
. Padi setangkai bernas semuanya
Keluarga yang hidup beruntung dan
berbahagia
Patah kemudi perahu hanyut

Apabila ketua sesuatu kumpulan tiada,
keadaan itu akan menjadi kucar-kacir
Perang mulut Bertengkar
Pasang telinga Mendengar dengan teliti
Perahu papan bermuat intan Menunjukkan jodoh yang tidak sesuai
panjang tangan Suka mencuri
Pipit pekak makan berhujan Sangat rajin
Puteri lilin
Perempuan yang tidak tahan dengan
panas matahari
Pahat dengan penukul (seperti)
Orang yang hanya membuat kerja
apabila disuruh
Pungguk rindukan bulan (seperti)
Mengharapkan sesuatu yang tidak
mungkin dapat dimiliki
Pinang dibelah dua (bagai)
Pasangan yang sama cantik dan sama
padan
Panas mengandungi hujan (bagai)
Orang yang tertawa atau gembira tapi
sebenarnya dalam kesusahan
R
Peribahasa Maksud
Rantai besi dimakan bubuk Cerita yang tidak logik
Rebung tidak jauh dari rumpun
Perangai anak tidak jauh bezanya
daripada perangai ibu bapa mereka
Rajin bekerja mudah belanja Orang yang rajin sentiasa murah rezeki
. Ringan mulut berat punggung Pandai bercakap sahaja tetapi malas bekerja
Ringan tulang berat perut Rajin bekerja mudah belanja
Rosak badan kerana mulut
Mengeluarkan kata-kata kasar terhadap
seseorang tanpa berfikir
Ringan mulut Peramah
. Rumah sudah pahat berbunyi
Mengemukakan pendapat setelah perkara itu
dibuat keputusan
Rajin seperti semut Tekun bekerja
Rambang mata Sukar membuat pilihan
Rumput ditengah jalan
Kehidupan yang sangat susah oleh sebab
penyakit
Rosak tapai kerana ragi Pekerjaan yang dibuat tanpa berhati-hati
Rusa masuk kampung
Seseorang yang kelihatan tercengang-
cengang kehairanan meleihat sesuatu yang
tidak pernah dilihat sebelum ini .
Raja sehari Pengantin baru
Ringan tulang Rajin
S
Peribahasa Maksud
Sudah terantuk baru tengadah
Sudah dapat kemalangan, baru nak beringat

Seperti lembu dicucuk hidung Orang yang selalu menurut kemahuan orang
Sambil berdiang, nasi masak Membuat dua kerja dalam satu masa
Sediakan payung sebelum hujan Berjaga-jaga sebelum dapat bencana
Sudah menjadi abu arang Dalam keadaan yang telah rosak binasa
Sudah diludah, dijilat balik
Sudah dicela atau dibuang dipuji dan
diambil semula
Sirih naik junjungan patah
Baru hendak memperoleh kesenangan tiba-
tiba mendapat kecelakaan

T
Peribahasa Maksud
Takkan buaya menolak bangkai
Orang yang berperangai jahat susah
hendak meninggalkan perangai buruk
Tiada beban batu digalas
Mencampuri hal orang lain dan
menyusahkan diri sendiri
Takut akan bayang-bayang sendiri Rasa takut kerana bersalah
Tanam padi lalang yang tumbuh
Berpenat lelah membuat sesuatu untuk
mendapatkan keuntungan, akhirnya tidak
mendapat apa-apa.
Tak dapat tanduk telinga dipulas
Sanggup melakukan apa saja asalkan dapat
membalas dendam
U
Peribahasa Maksud
Ulat di dalam batu pun hidup juga
Orang yang rajin berusaha tidak akan
mati kelaparan
Umpama kayu buruk Nasib malang yang tidak dapat dielakkan
Udang merentak dalam tangguk

Perasaan tidak tenteram, gelisah
Ukur baju di badan sendiri
Tiap-tiap sesuatu yang dibuat, mestilah
berpadanan dengan kemampuan diri
sendiri
Z
Peribahasa Maksud
Zaman tuk nadur berkajang kain Zaman yang telah lalu, sangat lama

Anda mungkin juga menyukai