Anda di halaman 1dari 2

Apa Itu Pasaran Hadapan (Futures

Market) ?
Pasaran hadapan.
Futures market. Juga dikenali sebagai pasaran derivatif.
Ramai yang tidak tahu mengenai kewujudan pasaran hadapan macam FCPO. Kebanyakan
daripada kita hanya mengetahui secara umum mengenai pasaran saham. Tetapi apabila
disebut mengenai pasaran hadapan, memang tidak ramai tahu kepentingan & faedah
kewujudan pasaran hadapan ini.
Pasaran hadapan seperti yang ditulis dalam website Bursa Malaysia:
Derivatives are financial instruments used to manage ones exposure to todays volatile
markets. A derivative products value depends upon and is derived from an underlying
instrument, such as commodity prices, interest rates, indices, and share prices.
Ini bermaksud, fungsi utama pasaran hadapan digunakan untuk pengurusan risiko (risk
management) untuk mengimbangi portfolio pelaburan. Walaupun para spekulator juga
memasuki pasaran hadapan, tetapi pasaran hadapan juga adalah tempat yang penting untuk
para pelabur professional mengurangkan risiko masing-masing dengan teknik tertentu.
Er dua perenggan di atas ini kelihatan sangat teknikal. Ok. Begini.
Futures market adalah perkembangan dari pasaran lani / tunai (spot market) dan juga forward
market. Untuk memudahkan kefahaman anda, ini analoginya:
Lani / Spot:
Abu penjual buah nenas di pasar. Ali pembeli buah nenas dari Abu. Ali membayar RM 1
untuk sebiji nenas, dan mendapat buah nenas pada masa itu juga.
Ingat, bila sudah bayar harga maka aset mesti dapat la ni (loghat utara) juga, tidak boleh
tangguh lagi. Kalau salah satu tertangguh, maka bukan lani lagi. Itu dapat lambat lagi atau
sudah jadi jual beli hutang.
Forward:
Abu penjual buah nenas. Samad pembuat jem nenas. Samad memerlukan nenas sebanyak 100
kg dalam tempoh 3 bulan lagi. Jadi, Samad berjumpa dengan Abu dan menawarkan harga
RM 1 sebiji kerana bimbang harga nenas berkemungkinan naik menjadi RM 1.50 sebiji 3
bulan lagi. Samad mahukan nenas tersebut 3 bulan lagi dan bukannya sekarang.
Abu juga menerima tawaran harga RM 1 sebiji kerana dia juga bimbang harga akan menjadi
RM 0.50 3 bulan lagi . Justeru, Abu juga bersetuju untuk menghantar 100 kg nenas 3 bulan
dari sekarang dengan harga yang ditawarkan pada hari ini.
Maksudnya, beli hari ni dapat barang sebulan dua lagi. (Hutang barang)
Futures:
Abu peladang nenas. Samad pembuat jem nenas. Samad memerlukan 1 tan nenas dalam
tempoh 3 bulan dari sekarang. Proses yang sama dibuat seperti kontrak forward di atas, tetapi
kontrak itu dilakukan bukan diantara Samad dan Abu, tapi oleh pihak ketiga, yang dikenali
sebagai Nenas Exchange.
Nenas Exchange yang menentukan harga dengan berdasarkan supply dan demand, serta
mempunya data-data dan tugasan lainnya. Nenas Exchange juga adalah pihak yang
menetapkan harga-harga nenas untuk semua yang terlibat dalam sektor nenas. Bukan sekadar
jual-beli antara Abu dan Samad sahaja.
Peniaga dan penjual kecil barangkali tidak menyedari kepentingan instrumen ini diwujudkan,
kalau mahu beli sekadar 1,2 biji nenas, cari sahaja di pasar-pasar secara tunai (spot market)
Tetapi sekiranya anda memerlukan nenas dalam kuantiti yang besar dan perniagaan anda
terdedah dengan pelbagai risiko tertentu, maka pasaran hadapan akan membantu anda
menyelesaikan masalah tersebut.
Di Malaysia, produk derivatives atau pasaran hadapan ini sudah dikendalikan oleh Bursa
Malaysia sepenuhnya. Ada 1o produk pasaran hadapan yang wujud di Bursa Malaysia iaitu:
1. KLCI (FKLI) Futures
2. KLCI (OKLI) Options
3. 3 Mth Month Kuala Lumpur Interbank Offered Rate interest rate (FKB3) Futures
4. Crude Palm Oil (FCPO) Futures
5. 3-Year Malaysian Government Securities (FMG3) Futures
6. 5-Year Malaysian Government Securities (FMG5) Futures
7. 10-Year Malaysian Government Securities (FMGA) Futures
8. Crude Palm Kernel Oil (FPKO) Futures
9. Single Stock Futures (SSFs)
10. Ethylene OTC Futures Contract.
Pasaran hadapan adalah instrumen kewangan yang sofistikated. Tetapi ia bukanlah terlalu
sukar untuk difahami. Asalkan kita berusaha lebih sedikit maka kita akan mengetahui
peluang besar yang wujud di dalamnya.

Anda mungkin juga menyukai