Anda di halaman 1dari 4

UJIAN 1

1. Yang manakah antara berikut bukan mikroorganisma.



A. Bakteria
B. Berudu
C. Fungi
D. Protozoa

2. Mikroorganisma dapat dilihat melalui

A. Cermin
B. Teleskop
C. Mikroskop
D. Stetoskop

3. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan ciri-ciri mikroorganisma?

i. Bernafas
ii. Membiak
iii. Bergerak

A. i sahaja
B. i dan ii sahaja
C. ii dan iii sahaja
D. i , ii dan iii

4. Yang manakah antara proses berikut tidak melibatkan penggunaan mikroorganisma?

A. Membuat baja
B. Membuat tapai
C. Membuat roti
D. Membuat biskut




UJIAN 2


1. Cendawan adalah contoh bagi

A. Tumbuhan
B. Fungi
C. Bakteria
D. Protozoa

2. Apakah yang perlu dilakukan apabila batuk?

A. Tidur lewat pada waktu malam
B. Makan ubat penahan sakit
C. Pergi ke tempat sesak
D. Gunakan tangan untuk menutup mulut

3. Emak Lina mendidihkan air sebelum minum. Mengapakah ia melakukan demikian?

A. Untuk menjadikan air tersebut bertambah sedap.
B. Untuk membunuh mikroorganisma.
C. Untuk mengelakkan keluarganya daripada mendapat AIDS.
D. Untuk masak kari kambing.

4. Di antara penyakit berikut, yang manakah patut dikuarantin?

i. Sakit mata
ii. Demam campak
iii. AIDS

A. i dan ii sahaja
B. i dan iii sahaja
C. ii dan iii sahaja
D. i , ii dan iii sahaja

5. Yang manakah di antara berikut tidak tergolong dalam kumpulan yang sama?

A. Virus
B. Bakteria
C. Udang
D. Fungi




UJIAN 3

1. Antara penyakit berikut, yang manakah disebabkan oleh bakteria?

A. Campak
B. Cirit-birit
C. Pening kepala
D. Malaria

2. Virus boleh menyebabkan

A. Roti berkulat.
B. Bahan mereput.
C. Roti menjadi kembang.
D. Penyakit berbahaya dan mendatangkan maut.

3. Apakah sebenarnya yang menyebabkan doh roti menjadi kembang ?

A. Pembiakan mikroorganisma yang sangat cepat.
B. Pembebasan karbon dioksida apabila mikroorganisma bernafas.
C. Pergerakan mikroorganisma di dalam doh.
D. Pertumbuhan mikroorganisma di dalam doh.

4. Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar ?

A. Mikroorganisma hanya berjangkit daripada haiwan kepada manusia.
B. Mikroorganisma menyebabkan konjunktivitis.
C. Sesetengah mikroorganisma berguna dalam kehidupan seharian kita.
D. Mikroorganisma boleh dipindahkan apabila pesakit bersin atau batuk.





5. Apakah yang menyebabkan perubahan pada makanan yang ditunjukkan di atas ?

A. Virus
B. Fungi
C. Bakteria
D. Protozoa






UJIAN 4

1. Rajah 2 menunjukkan sejenis mikroorganisma.




Mikroorganisma ini dikelaskan sebagai
A. Bakteria
B. Kulat
C. Virus
D. Protozoa

2. Yang manakah antara berikut tidak dapat dilihat dengan mata kasar?

A. Daun
B. Semut
C. Ulat beluncas
D. Bakteria

3. Apakah kegunaan mikroorganisma di bidang perubatan?

A. Membuat baja
B. Membuat tempeh
C. Membuat roti
D. Membuat antibiotik

4. Kita tidak dapat melihat mikroorganisma menggunakan mata kasar kita. Kenapa?

A. Ia besar
B. Ia sangat cantik
C. Ia terlalu kecil
D. Ia sangat besar

5. Apakah yang menyebabkan buah menjadi busuk?

A. Bakteria
B. Cacing
C. Air yang kotor

D. Ulat beluncas