Anda di halaman 1dari 2

Jurnal Reflektif Mingguan

Bilangan Jurnal : ke 1
Minggu Internship : Pertama (1)
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 7 Julai 2014 hingga 11 Julai 2014
Tajuk Jurnal : Keprihatinan guru kepada murid.

1. Masalah / Peristiwa
Perjalanan untuk minggu pertama berjalan dengan lancar. Segala perancangan
yang dijalankan berjalan seperti apa yang digambarkan. Namun, apa yang
menarik perhatian saya pada minggu pertama ialah sifat keprihatinan saya
kepada murid semasa proses Pdp sedang dijalankan. Hal ini kerana, semasa
proses Pdp sedang diajlankan, terdapat segelintir murid yang memanggil nama
guru untuk mendapat perhatian tetapi, saya merasakan bahawa saya tidak
begitu prihatin dalam memberi maklum balas kepada murid-murid tersebut.

2. Analisis
Masalah ini timbul adalah kerana sifat guru yang kurang prihatin terhadap semua
muridnya. Hal ini kerana semasa guru sedang menjalankan penilaian kepada
semua murid didalam kelas bagi menjalankan kajian tindakan, guru akan
berjalan sekitar kelas bagi memastikan semua murid boleh membuat latihan
yang diberikan. Tetapi, terdapat segelintir murid yang sering memanggil guru dan
membuatkan guru hanya memberikan fokus kepada murid tersebut dan kurang
memberi perhatian kepada murid yang lain.

3. Cadangan Tindakan Susulan
Setelah dibuat analisis mengenai masalah yang berlaku, saya sebagai seorang
guru perlu menjalankan sebuah Pdp yang mesra murid dan menghasilkan
sebuah Pdp yang berkesan. Jadi, setelah dikaji dan diselidik, bagi mengelakkan
perkara seperti ini terus berulang, saya perlu pandai menarik minat murid bagi
menampakkan keprihatinan kepada mereka. Sebagai contoh, andai seorang
murid mengangkat tangan dan bertanyakan soalan, saya perlu bertanyakan
soalan yang ditanyakan oleh murid tersebut kepada semua kelas. Hal ini bagi
membolehkan murid lain yang emmpunyai masalah yang sama dapat
mendengar isi pelajaran yang akan diterangkan oleh guru. Malah dengan cara ini
menampakkan guru lebih prihatin kepada semua murid.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan yang
baik mampu membentuk perjalanan yang lebih baik dan efisien. Selain itu,
pengurusan yang baik juga akan menghasilkan seorang guru yang lebih proaktif
dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Jadi saya akan cuba
mengatasi masalah ini mengikut masa yang telah dirancang.



Disemak Oleh Guru Pembimbing



Tandatangan : _______________________

Nama : _______________________

Tarikh : _______________________




Disahkan oleh Pensyarah Penyelia



Tandatangan : _______________________

Nama : _______________________

Tarikh : _______________________

Anda mungkin juga menyukai