Anda di halaman 1dari 21

Taklimat Akademik PISMP

Semester 1/Januari 2010


MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU
IPG KAMPUS DARULAMAN
Pn. Zakiah bt Mahmud (Penyelaras PISMP IPGK Darulaman)
Satu program latihan perguruan
praperkhidmatan bagi melatih guru sekolah
rendah dalam pelbagai mata pelajaran.
Sebagai prasyarat, pelajar dikehendaki lulus
kursus persediaan selama tiga semester di IPG
yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP)dengan Kepujian

Matlamat Program



Melahirkan guru sekolah rendah yang
berkualiti dari segi penguasaan ilmu
pengetahuan, kemahiran, dan
ketrampilan profesionalisme dalam
bidang masing-masing selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Falsafah Pendidikan Guru.
Ciri-ciri Kurikulum

Bersifat dinamik, relevan, futuristik, responsif,
holistik, dan bersepadu
Konsep the personhood of teachers dan
pendekatan humanistik akan diberi fokus
Aplikasi teori untuk membina insan guru yang dapat
menangani cabaran sebagai pendidik
Bersifat koheren antara pengajaran berkesan
(effective learning) dan pengalaman klinikal (clinical
experience)
Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat



Fokus Hasil Pembelajaran


Fokus hasil pembelajaran yang hendak dicapai melalui 3
tahap / aras selama empat tahun pengajian adalah dari segi:
Etika Profesional
Pengetahuan dan Kefahaman
Kemahiran Intelek
Kemahiran Praktikal
Kemahiran Kebolehpindahan
Penghayatan dan Amalan Nilai
Hasil pembelajaran yang hendak dicapai pada Aras 1 akan
diulang (revisit) semasa Aras 2 dan 3 dengan lebih meluas dan
mendalam.


Konsep Penilaian dan Pentaksiran
bertujuan untuk memastikan hasil
pembelajaran yang telah ditetapkan dicapai

Bentuk penilaian boleh dibuat dalam pelbagai
bentuk termasuk pentaksiran berterusan,
peperiksaan berpusat dan penulisan
akademik.


Jaminan Kualiti

Kurikulum yang direka bentuk adalah
berdasarkan prosedur Jaminan Kualiti
Akademik yang ditetapkan oleh Jaminan
Kualiti IPG dan juga memenuhi Kod Jaminan
Kualiti yang menepati Malaysian Qualification
Framework (MQF).

Sistem Akademik
Tempoh Pengajian Program

PISMP dengan Kepujian dikendalikan selama empat tahun
dalam lapan semester.

Tahun Akademik

Tahun akademik IPGM dibahagikan kepada dua semester iaitu
Semester Pertama dan Semester Kedua. Setiap semester
mengandungi 20 minggu.



Prinsip Pengiraan Jam Kredit

Peruntukan jam bagi tujuan pengiraan kredit adalah
berdasarkan interaksi bersemuka dan tidak semuka, yang
mencakupi teori dan amali, serta Amalan Profesional yang
diberi peruntukan 40 jam pembelajaran pelajar bersamaan 1
kredit.
Amalan Profesional terdiri daripada Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS), praktikum, dan internship yang memperuntukkan 1 kredit bagi
tempoh dua minggu pelaksanaan.
Kokurikulum dan Bina Insan Guru masing-masing diberi peruntukan 40
jam pembelajaran pelajar bersamaan 1 kredit.
Seseorang pelajar perlu menamatkan pengajian selama 8 semester
dengan jayanya dengan menyempurnakan pembelajaran sebanyak 133
kredit untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan
Kepujian.


Struktur Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan
Bil. Kursus Jumlah Kredit




133
(100%)
1 Wajib
Kursus wajib IPT
Kursus wajib IPG
23 (17%)
2 Teras
Pengajian profesional
Major
Amalan profesional
86 (65%)
3 Elektif
Pakej elektif 1
Pakej elektif 2
24 (18%)

Kursus Wajib (23 Kredit)


Kursus Wajib terdiri daripada Kursus Wajib
Institusi Pengajian Tinggi (IPT), dan Kursus Wajib
Institut Pendidikan Guru (IPG).

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan
pengetahuan asas, kemahiran generik, dan
kemahiran insaniah yang perlu dikuasai oleh
seseorang guru.


Kursus Teras (27 + 45 + 14 kredit)


Kursus Teras terdiri daripada Pengajian Profesional, Major, dan Amalan Profesional.

Pengajian Profesional (27 kredit) memberi pendedahan dalam bidang-bidang asas
pendidikan yang merangkumi aspek pengetahuan, nilai dan etika keguruan serta kemahiran
profesional bagi melahirkan guru yang mampu memainkan peranan dengan baik dan
berkesan.

Kursus Major (45 kredit) ditawarkan untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan
kandungan subjek dan pengetahuan kandungan pedagogi bagi membolehkan pelajar
menguasai major yang berkenaan. Penguasaan pengetahuan kandungan subjek adalah
sehingga tahap ijazah.

Amalan Profesional (14 kredit)membolehkan pelajar menguasai pengetahuan dan
kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sebenar di sekolah. Sepanjang
mengikuti program, pelajar dikehendaki menjalani Amalan Profesional selama 32 minggu
yang dilaksanakan melalui tiga proses, iaitu ;
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS 4 minggu),
Praktikum (24 minggu), dan
Internship (4 minggu).



Kursus Elektif (12 + 12 kredit)


Kursus Elektif terdiri daripada dua Pakej
Elektif yang ditawarkan untuk membolehkan
pelajar mengajar dua mata pelajaran lain
selain daripada kursus major.
Skop kursus merangkumi aspek pengetahuan
kandungan pedagogi dan pentaksiran yang
berasaskan sukatan pelajaran Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Kursus Tanpa Kredit (TK)


Kursus Tanpa Kredit merupakan Elektif Tambahan
yang terdiri daripada English Language
Enrichment yang ditawarkan untuk menampung
keperluan pelajar dalam meningkatkan
pencapaian Bahasa Inggeris bagi memenuhi
keperluan Malaysian University English Test
(MUET).



Jaminan Kualiti untuk Mencapai
Guru Bertaraf Dunia
Isi kandungan pengetahuan merentas kurikulum
Pensyarah tidak dijadikan sumber maklumat utama
Pembelajaran berpusatkan pelajar
Integrasi ICT dalam pencarian maklumat
Penyediaan tugasan terarah
Pembelajaran berasaskan projek
Integrasi kemahiran generik
Mendidik pelajar engage in learning
Penyediaan unit portfolio pelajar
PENGURUSAN FAIL PELAJAR
Senarai Semak Fail P&P Pelajar
1. Struktur program PISMP keseluruhan disediakan oleh JK MQA
2. Tawaran kursus mengikut semester disediakan oleh JK MQA
3. Jadual Waktu setiap semester
4. Proforma dan Rancangan Semester
5. Garis panduan perlaksanaan Gerko
6. Garis panduan perlaksanaan BIG
7. KKBI/ soalan tugasan dan tugasan yang
telah disemak
8. Bahan sumber P&P- kuliah/tutorial, amali
(bercetak)/ISL
9. Maklumat praktikum/ PBS
10
.
Modul, jurnal dan bahan rujukan
berkaitan kursus diajar.

Fail Individu (Pelajar)

Fail peribadi pelajar (yang disediakan oleh
HEP)
Surat tawaran
Markah peperiksaan setiap semester (mesti
dikemaskini)


Warna bagi Fail P&P Pelajar

Semester 1 : Kuning
Semester 2 : Biru
Semester 3 : Hijau
Semester 4 : Merah
Semester 5 : Ungu
Semester 6 : Oren
Semester 7 : Pink
Semester 8 : Maroon

Kursus Semester 1

KOD KURSUS KREDIT
WAJ3101 Tamadun Islam dan Asia 2(2+0)
WAJ3102 English Language Proficiency I 2(2+0)
WAJ3108 Kokurikulum Pengurusan Kokurikulum 1(1+0)
WAJ3114 Bina Insan Guru Fasa I (45 jam) *KT
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia
(dan **PBS) 3(3+0)
EDU3102 Perkembangan Kanak-Kanak 3(3+0)
XXX3101 Major 3(x+x)
XXX3102 Major 3(x+x)
Jumlah 17


Kursus Major
Program Kursus Major 1 Kursus Major 2

Kursus Major 3
Sains
SCE3101 : Life and Living
Processes
SCE31012: Childrens Learning in
Science
Tiada
Matematik
MTE3101 :Knowing
Numbers

MTE3102:
Mathematics Education Curriculum

Pendidikan Islam
PIM3101:Pengenalan
Kurikulum Pendidikan
Islam Sekolah Rendah

PIM3102:Pedagogi Pendidikan Islam


Pendidikan Bahasa Cina
BCN3101:Fonetik dan
Kosa Kata

BCN3102:Guru Bahasa Cina dan
Pembelajaran Bahasa Cina

Pendidikan Jasmani
PJM3101:Kaedah Latihan
Kecergasan Fizikal

PJM3102:Pergerakan Asas


PJM3103
Olahraga

Pendidikan Pemulihan
PKP3101:Pengenalan
kepada Pendidikan
Pemulihan
PKU3102:Pengenalan kepada Masalah
Bahasa & Komunikasi
Pendidikan Khas-Masalah
Pembelajaran
PKB3101:Pengenalan
kepada Masalah
Pembelajaran

PKU3102:
Pengenalan kepada Masalah Bahasa
dan Komunikasi

Terima Kasih.



Q&A

Inside the black box;

The quality of an education system cannot exceed the quality
of its teachers

The only way to improve outcomes is to improve instruction

High performance requires every child to succeed

Anda mungkin juga menyukai