Anda di halaman 1dari 7

PROSES KAUNSELING KELOMPOK

Permulaan
Konflik & Pertentangan
Perkembangan & Kesepaduan
Hasil
Penamatan
1. PERMULAAN
Peringkat ini biasanya akan dimulakan
dengan sesi berkenalan secara ringkas oleh
ahli-ahli kelompok. Kepercayaan di antara
ahli-ahli kelompok masih belum wujud dan
masih diragui. Selain itu, ahli-ahli kelompok
juga akan menerangkan tujuan mengikuti
sesi itu dan apa yang ingin mereka capai
melalui kelompok itu (Zuraidah,1999).
2. KONFLIK & PERTENTANGAN
Pada fasa ini, ahli-ahli masih lagi
bertopeng, berasa gemuruh, ragu dan
berasa tidak selamat. Akibatnya, timbullah
tingkah-tingkah laku yang bertentangan
seperti menarik diri, berprasangka buruk,
suka menyalahkan orang lain dan rendah
diri. Pada peringkat ini juga timbulnya ahli
yang bersifat monopoli dan memusuhi
kelompok dan ditunjukkan melalui tingkah
laku berjenaka dan sindiran secara sinis.
3. PERKEMBANGAN & KESEPADUAN
Fasa bersepadu yang merupakan peringkat
di mana wujudnya suasana kemesraan dan
kepercayaan bersama. Hal ini disebabkan
ahli-ahli dalam kelompok mula berasa
selesa dan boleh berinteraksi dengan lebih
terbuka sesama mereka.
4. HASIL
Peringkat ini memecahkan masalah dan
semua mesti terlibat dan sama-sama
merancang. Ahli-ahli diberi peluang
menyelidik masalahnya lebih dekat,
berbincang tentang pilihan resolusi dan
mencuba tingkahlaku baharu. Ahli
menyokong sesama sendiri dan kerjasama
erat sekali. Peringkat ini memperlihatkan
peringkat berfungsi dan produktiviti.
5. PENAMATAN
Fasa Penamatan berlaku apabila
keseluruhan sesi perjumpaan kelompok
telah mengisi keperluan kelompok atau
ahli. Penamatan ini memang disedari oleh
ahli kerana mereka telah diberitahu sejak
awal lagi tentang bilangan sesi yang akan
dijalankan.