Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

Program yang dijalankan ialah Program Pendidikan Pendidikan Pemulihan Khas


Tahap Satu (PKTS). Murid disaring dengan menggunakan IPP3M (Instrumen
Penentuan Penguasaan 3M). IPP3M terbahagi kepada IPP3M 1 (bagi kegunaan
murid tahun 1) IPP3M 2 (bagi kegunaan murid tahun 2) dan IPP3M 3 (bagi
kegunaan murid tahun 3).

Konsep KIA2M
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) merupakan satu
program yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai
kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Pada masa
yang sama program ini adalah bertujuan yang satu iaitu untuk membantu murid yang
belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada
tahun satu.

Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum
menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri
daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan
pemulihan dalam kelas.

Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas
Bahasa Melayu secara intensif. KIA2M ini akan dijalankan spenuh masa oleh guru
Bahasa Melayu tahun satu. Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan,
Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-
kemahiran dalam Bahasa Melayu.

Secara keseluruhannya program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan. Masa yang
dijalankan merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah. Selain itu juga semua murid
tahun satu akan mengikuti ujian penapisan. Ujian ini merupakan ujian yang
terpenting bagi mengetahui murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitu
kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Murid yang lulus akan
meneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkan
dalam program ini.

Strategi pengajaran dan pembelajaran Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis
(KIA2M) melibatkan beberapa langkah berikut:


Percalonan
ujian penapisan
perancangan
pengajaran
penilaian
tindakan susulan

Carta alir Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)

Beri Nilai