Anda di halaman 1dari 2

Yang kini, topik kebarangkalian diajar dalam Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

Andaikan Kementerian
Pendidikan berhasrat memperkenalkannya terdahulu dalam Tingkatan 1 kurikulum matematik dalam
masa terdekat.Bincang pro dan kontra berbuat demikian.
Contra
1. Tahap kefahaman masih rendah

Pemahaman pelajar sangat berkait rapat dengan proses pembelajaran di sekolah. Begitu juga
dengan mata pelajaran matematik yang memerlukan guru untuk membimbing pelajar supaya
mereka lebih faham. Jika dilihat dari segi pemikiran, ianya terlalu awal untuk memberikan
pengajaran yang sukar seperti topik kebarangkalian, untuk diterima oleh IQ pelajar seperti pelajar
Tingkatan 1. Ini kerana pengajaran kebarangkalian memerlukan pelajar menggunakan tahap
kefahaman yang agak tinggi. Terdapat beberapa subtopik atau bahagian yang mengelirukan dan
menyekat kefahaman pelajar dalam tajuk kebarangkalian ini. Contohnya, subtopik kebaragkalian
peristiwa bergabung. Di situ pelajar akan mula keliru dan melakukan kesilapan umum. Maka ini
juga akan menimbulkan masalah kepada guru Tingkatan 1 yang mengajar matapelajaran
matematik untuk mencari pendekatan-pendekatan yang sesuai dengan tahap pemikiran dan
pemahaman mereka. Terdapat beberapa kajian-kajian lepas yang menyatakan topik
kebarangkalian adalah sukar bagi pelajar tingkatan 4 dan 5. Erickson (1999) dan Boaler (1998)
pula berpendapat bahawa hanya pelajar yang mahir membaca ayat matematik dapat memahami
masalah matematik dengan baik. Para pelajar juga perlulah mempunyai kemahiran dalam
menguruskan pengetahuan sendiri supaya dapat menyelesaikan masalah matematik dengan lebih
berkesan (Boaler, 1998). Tambahan pula, tajuk Kebarangkalian tidak mempunyai kesinambungan
tajuk daripada pembelajaran matematik di menengah rendah iaitu tingkatan satu hingga tingkatan
tiga (Audry, 2007). Pengetahuan sedia ada yang dimiliki oleh pelajar tingkatan empat berkaitan
tajuk Kebarangkalian pula hanyalah pecahan dan tatatanda set (Yudariah et al, 2005). Ini
menunjukkan topik kebarangkalian akan memberi masalah kepada murid Tingkatan 1 dan juga
gurunya jika topik ini terdapat dalam kurikulum matematik.

Pro
1. Minat pelajar

Kebarangkalian merupakan satu pengetahuan yang penting dalam kehidupan masyarakat kita.
Kebarangkalian juga digunakan dalam ramalan kaji cuaca, penyelidikan genetik, penyelidikan
kejuruteraan dan sebagainya. Minat pelajar terhadap topik kebarangkalian sepatutnya bermula
dari awal iaitu dari Tingkatan 1. Topik kebarangkalian walaupun agak sukar difahami pelajar
tetapi jika terdapat pendekatan yang menarik seperti penggunaan laman web yang
memperkenalkan topik kebarangkalian akan lebih menarik minat pelajar untuk belajar topik
tersebut. Minat haruslah dipupuk dari awal supaya pelajar lebih cepat memahami isi yang ingin
disampaikan. Murid akan lebih banyak bertanya dan sifat ingin tahu mereka mengenai teknik-
teknik kebarangkalian semakin bertambah.Perasaan ingin tahu pelajar sering menjadikan
seseorang pelajar bersikap ingin meneroka dan cuba mengetahui secara mendalam tentang ajaran
oleh guru.Justeru jika bermula dari tingkatan 1 mereka diajar topik kebarangkalian, mereka dapat
memupuk minat mereka dan lama kelamaan mereka berkebolehan sedikit demi sedikit untuk
memahami, mentafsir maklumat yang mudah melaui data atau graf yang dipaparkan, samaada di
media elektronik atau media cetak dengan lebih cepat dan mahir. Sebagai contoh, subtopik ruang
sampel. Pelajar dapat menyenaraikan ruang sampel untuk sesebuah ujikaji melalui gambar rajah