Anda di halaman 1dari 3

Definisi buli merupakan satu perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau

maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.Ada maksud lain yang menyatakan


bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal
yang dilakukan secara berulang ke atas mangsa.

Di sinilah kita melihat siapa yang sering membuli dan siapa yang dibuli.Siapakah pembuli ?
Pembuli biasanya terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat , lima dan
enam.Biasanya pembuli bertubuh besar , tegap dan tinggi.Pembuli melibatkan sekumpulan
pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.Kemunculan pembuli akanlah membawa
wujudnya mangsa iaitu orang yang dibuli.Siapakah yang sering dibuli ? Individu yang dibuli
biasanya bertubuh kecil.Selain itu, mereka juga mungkin terdiri daripada pelajar yang kerap
dipuji oleh guru semasa pengajaran.Pelajar baru di sekolah juga akan menjadi sasaran pembuli.


Jenayah buli ini berlaku mesti ada sebabnya.Menurut maklumat yang dikaji terdapat beberapa
faktor atau sebab-sebab yang dapat kita lihat tentang mengapakah mereka sering membuli?
Faktor yang pertama ialah faktor rakan sebaya.Ini disebabkan rakan sebaya biasanya
mempunyai pengaruh yang kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.Faktor yang kedua ialah
mereka pernah menjadi mangsa buli.Selain itu, ada yang disebabkan mereka ingin menunjukkan
kekuatan sendiri.Pembuli ini ingin mereka yang lemah mematuhi, mengikuti dan menghormati
mereka yang kuat.Faktor yang seterusnya ialah sekadar mahu berseronok.Akibat penceraian
ibubapa juga merupakan salah satu factor yang menyebabkan berlakunya kes buli. Ini
disebabkan mereka tidak mendapat perhatian, kasih sayang dan menganggap dirinya diabaikan
oleh ibubapa mereka sendiri.Mereka merasa ibubapa mereka tidak mengambil berat tentang diri
sendirinya dan beza dengan individu lain.Ini secara tidak langsung akan mendorong mereka
untuk melakukan perbuatan buli.Di samping itu, mereka yang gagal mengendalikan emosi
dengan baik juga merupakan salah satu factor.Golongan ini biasanya terdiri daripada kanak-
kanak hyperactive atau cergas yang melampau.Faktor yang terakhir yang mugkin memainkan
peranan yang penting ialah media massa dan cetak yang memaparkan aksi-aksi, pertuturan dan
tingkah laku yang negative atau tidak baik akan menjadi ikutan mereka iaiturole model bagi
golongan remaja.


Perbuatan buli boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu buli fizikal dan buli mental.Buli fizikal
merupakan satu perbuatan yang melibatkan tindakan pukul-memukul,memeras
ugut,menampar,menendang,menarik rambut,menolak atau mencubit yang hingga menyebabkan
kecederaan.Selain itu, perbuatan paling ganas yang boleh membawa kematian juga boleh
dikategorikan sebagai buli fizikal.Jenis buli lain iaitu buli mental merupakan sejenis buli yang
lebih daripada ejek-mengejek. Misalnya pelajar yang mempunyai nama yang agak luar biasa,
maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli.

Perbuatan buli secara langsungnya akan membawa kesan-kesannya.Kesan tersebut boleh
dilihat dari segi pembuli dan mangsa atau dibuli dan dari segi kesan luaran dan dalaman.Kesan
luaran bagi pembuli akibat daripada tindakan buli ialah apabila dewasa kelak, kemungkinan
besar mereka akan menjadi penjenayah.Selain itu,mereka juga akan bertindak agresif apabila
dewasa seperti merogol, merompak atau menjadi seorang pendera terhadap isteri.

Seterusnya ialah kesan buli mangsa atau dibuli dari segi luaran dan dalaman.Dari segi luaran,
mereka akan membalas dendam kepada orang lain.Tujukannya untuk mengembalikan harga diri
yang hilang akibat dibuli.Di samping itu.mereka akan mengalami kecederaan dan mungkin juga
kematian.Dari segi dalaman, mereka akan hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan
apa sahaja, tidak mahu pergi ke sekolah dan sebagainya.Yang paling serius ialah ada yang
sanggup mencederakan diri sendiri kerana merasakan diri mereka tidak berguna.

Apakah yang patut dilakukan sekirannya dibuli? Bagi mengurangkan masalah kes-kes buli
ini,pihak-pihak berkenaan perlulah berkerjasama dalam usaha untuk membendungnya.Pihak-
pihak yang memainkan peranan penting adalah pihak sekolah ,kelas dan individu.

Bagi tahap sekolah, pihak sekolah haruslah dan perlulah mendapatkan maklumat tentang kes
buli yang berlaku di sekolah.Sebagai contohnya ini boleh didapatkan melalui cara borang soal
selidik.Selain itu, pelajar-pelajar juga boleh menulis kes-kes buli yang mereka alami untuk
mendapatkan respon yang tertinggi.

Selain daripada itu, pihak sekolah juga perlu menetap peraturan-peraturan yang jelas yang
berkaitan dengan perbuatan buli.Sebagai contohnya, tindakan disiplin, merotan dan buang
sekolah adalah hukuman sewajarnaya kepada pembuli.Contoh yang lain juga merangkumi
penampalan poster antibuli dan mengedarkan risalah antibuli.

Penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah secara tidak langsung dapat
mengekangkan kes-kes buli.Pihak sekolah juga perlu menwujudkan satu jawatankuasa
penyelaras antibuli di peringkat sekolah.

Dari segi tahap kelas pula perlu diwujudkan satu peraturan kelas yang berkaitan dengan
toleransi sifar tentang dibuli. Peraturan tersebut mestilah menyenaraikan semua tingkah laku
yang disifatkan sebagai tingkah laku buli iaitu dari segi psikologi dan fizikal, dan juga hukuman-
hukuman yang akan diterima jika ditangkap.

Setiap pelajar hendaklah diberi senarai peraturan berkenaan tingkah laku buli dan hendaklah
menandatangani dokumen tersebut dan satu salinan disimpan dalam fail pelajar.Sebelum itu,
pihak ibu bapa juga turut menandatanganikan peraturan-peraturan berkenaan.Ini merupakan
tingkah laku antara pelajar dan ibu bapa dengan pihak sekolah.


Dari segi individu, jawatankuasa penyelaras antibuli hendaklah mengadakan perbincangan untuk
menyelesaikan masalah bukan sahaja dengan pembuli dan mangsa tetapi juga dengan ibu bapa
atau penjaga mereka.Selain itu, guru kaunseling juga digalakkan untuk mengadakan sesi yang
memainkan peranan terhadap tingkah laku empatiyang bermaksud daya menyelami dan
memahami perasaan dan emosi orang lain dengan pembuli.Manakala latihan pemulihan pula
perlu diadakan dengan mangsa.