Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT JOHOR

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : PISMP MT AMBILAN JAN 2011

 

NAMA PELAJAR :

     

KOD DAN NAMA KURSUS :

 

SEMESTER :

MTE3143

APLIKASI MATEMATIK

SEMESTER 8

     

TARIKH MULA :

 

TARIKH HANTAR :

11 OGOS 2014

12 SEPTEMBER 2014

Hasil Pembelajaran Kursus:

  • 1. Meneroka peranan matematik dalam teknologi moden

  • 2. Menyiasat matematik sebagai kegiatan budaya yang berterusan

  • 3. Mendemonstrasikan kefahaman terhadap kod dan kriptografi

  • 4. Mengaplikasikan model matematik dalam biologi dan ekologi

  • 5. Mendemontrasikan kefahaman terhadap beberapa idea utama matematik berkaitan dengan kalkulus.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5.

Objektif Projek:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

  • 1. Menyediakan satu portfolio pembelajaran yang lengkap.

  • 2. Mengumpul, membaca dan menganalisa maklumat, seterusnya membentang dan

menghasilkan ringkasan eksklusif bagi tajuk ‘Matematik dalam kehidupan seharian’ , ‘Kod klasik dan cipher’ dan ‘ Penggunaan model matematik dalam biologi dan ekologi’

  • 3. Mendapatkan artikel yang berkaitan ‘Idea Utama berkaitan dengan Kalkulus’. Seterusnya membuat ulasan kritis terhadap artikel itu.

Tugasan Projek (100%)

Dalam kehidupan seharian, kita sering kali menggunakan ilmu matematik tanpa kita sedari.

Penggunaan ilmu matematik amat penting dalam teknologi moden, komunikasi, membuat ramalan dan membuat penyiasatan ilmu cabang lain.

Kerja kursus ini mengandungi TIGA bahagian:

  • 1. Portfolio pembelajaran

(10%)

  • 2. Pembentangan dan rumusan eksklusif

(60% = 30% (berkumpulan) + 30% (individu))

Tugasan 1:

  • 1. Anda dikehendaki menyediakan satu portfolio pembelajaran bagi semua topik dalam

kursus ini. Lembaran kerja yang diberi oleh pensyarah sepanjang kursus dan bukti hasil kerja anda adalah asas bagi penilaian portfolio tersebut.

  • 2. Anda juga dikehendaki menulis refleksi hasil pembelajaran.

Tugasan 2:

  • 1. Secara berkumpulan (3 orang) anda dikehendaki mengumpul, membaca dan menganalisa maklumat dan seterusnya membentangkan dapatan bagi setiap tajuk-tajuk dibawah

2. Secara individu anda perlu menghasilkan satu ringkasan eksklusif bagi setiap tajuk-tajuk dibawah selepas pembentangan :

  • a. Matematik dalam kehidupan seharian

  • b. Kod klasik dan cipher

  • c. Penggunaan model matematik dalam biologi dan ekologi

Tugasan 3:

1.Anda dikehendaki menyediakan satu tugasan projek ulasan kritis yang melibatkan a. pengumpulan artikel berkaitan tajuk ’Idea Utama Matematik berkaitan dengan kalkulus’

b. penulisan satu ulasan kritis terhadap artikel itu dari aspek :

  • a. Bila idea itu diterbitkan

  • b. Apakah idea itu

  • c. Kenapa idea itu diterbitkan

  • d. Bagaimana idea itu dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

Artikel/ Jurnal perlu dihantar dalam bentuk salinan keras dan salinan lembut manakala penulisan ulasan kritis hendaklah ditulis dalam mengikut format biasa.

Panduan Pelaksanaan Projek :

  • 1. Tugasan ini mengandungi tiga bahagian iaitu

    • a. Portfolio pembelajaran

(10%)

  • b. Pembentangan dan Rumusan Eksklusif

(60%)

  • c. Ulasan Kritis

(30%)

  • 2. Kerja kursus anda mesti bertaip, menggunakan font Arial, saiz 11 dengan langkau 1.5 baris.

  • 3. Kulit hadapan laporan hendaklah mengikut templet terkini dan mempunyai maklumat berikut: Nama.

Kumpulan / Unit .

Kursus & Kod kursus.

Tajuk projek.

Nama pensyarah.

Tarikh dihantar.

  • 4. Anda wajib sertakan sehelai BORANG MAKLUM BALAS TUGASAN dan sehelai BORANG MARKAH KERJA KURSUS sebagai muka surat hadapan bagi setiap tugasan.

  • 5. Penulisan rujukan mestilah mengikut format APA

  • 5. Anda mesti mematuhi tarikh akhir penghantaran. Markah akan dipotong sekiranya penghantaran lewat, tanpa persetujuan.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut:

  • 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

  • 2. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.

  • 3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan hasil kajian dan sokongan ilmiah.

  • 4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

  • 5. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal.

Kriteria Permakahan

Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh:

………………………………………….

(KHARSHIAH BINTI KHALID) Penyelaras Kursus MTE3143, Jabatan Sains dan Matematik, IPGK Tun Hussein Onn.

Disemak oleh:

………………………………………….

(NORRILA BINTI SATARI) Pensyarah Kursus MTE3143 Jabatan Sains dan Matematik, IPGK Tun Hussein Onn.

Disahkan oleh:

………………………………………….

(ZAKARIA BIN MOHAMED NOR) Ketua Jabatan Sains dan Matematik, IPGK Tun Hussein Onn.