Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

TARIKH :
TAHUN : 4 A
BIL. MURID : 21 orang
MASA : 60 minit
TEMA : Keluargaku Sayang
TAJUK : Menghargai Pengorbanan Ibu Bapa

OBJEKTIF : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

1) Membaca cerita dengan penuh penghayatan menggunakan gaya
sebutan dan intonasi yang betul.
2) Menghasilkan ucapan dalam bentuk perenggan secara bertulis
3) Menjawab tiga daripada lima soalan pemahaman dengan betul secara
lisan.

HASIL PEMBELAJARAN

Fokus Utama
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami perkara yang dibaca.
Aras 3 (i)
Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.

Fokus Sampingan
10.1 menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk email yang mudah,
menarik dan bermakna.
Aras 2 (ii)
Membina ayat topik dan ayat huraian untuk menghasilkan perenggan yang kohensif
dengan ayat informatif.

4.1 Mengemukakan idea dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat
dan tersusun
Aras 2 (i)
Mengemukakan pendapat bagi menjelaskan idea tentang isu perbincangan

PENGISIAN KURIKULUM

NILAI MURNI : Kasih sayang, menghormati, kesabaran, Bertanggungjawab,
pengorbanan
ILMU : Pendidikan Moral
NILAI TAMBAH : Kecerdasan Pelbagai, kemahiran berfikir, konstruktivisme
SISTEM BAHASA : Ayat Perintah dan Ayat Penyata
PENGETAHUAN SEDIA ADA : Pelajar pernah menerima dan menghantar kad
ucapan
Langkah Isi Pelajaran Aktiviti P&P catatan

Set Induksi
(5 minit)

Tayangan video
Hargai Ibu Bapa


- Guru menayangkan
video
- Guru bersoal jawab
dengan murid tentang
nilai yang terdapat
dalam video yang
ditayangkan

BBM: Tayangan
Video

Nilai: Kasih
Sayang,
Bertanggungjawab,
Menghormati


Langkah 1
( 10 minit)

Main peranan
oleh murid
berdasarkan
petikan teks
dialog bertajuk
Ibu

- Murid membaca
senyap dan
menghayati teks yang
diedarkan.
- Murid membaca teks
secara beramai-ramai.
- Guru memberi watak
kepada beberapa
orang murid
berdasarkan teks
- Murid memainkan
peranan dengan
menggunakan intonasi
dan gaya sebutan yang
betul


Teks:
Dialog Cerita Ibu

Langkah 2
(15 minit)

Kad Ucapan
Terima Kasih
Ayah dan Ibu

* Menghasilkan
puisi di dalam kad
ucapan

- Murid membentuk 4
kumpulan (5 orang
bagi setiap kumpulan).
- Murid diberi arahan
tentang penghasilan
kad ucapan.
- Guru mengedarkan
bahan-bahan yang
akan digunakan.
- Murid menulis satu
perenggan ucapan
kreatif tanda terima
kasih kepada ibu bapa
dan tarikh sambutan
Hari Ibu dan Hari
Bapa.



Nilai: kasih sayang

Nilai tambah:
Kecerdasan
Pelbagai,
konstruktivisme

BBM: kad ucapan


Langkah 3
(5 minit)

Kad Ucapan
Terima Kasih
Ayah dan Ibu

- Murid membaca kad
yang dihasilkan
dengan menggunakan
penuh penghayatan
dan intonansi yang
betul
- Murid menilai hasil
kerja rakan sebaya.
- Guru membuat
rumusan dan memberi
penghargaan


BBM: kad ucapan
Penilaian: rakan
sebaya

Nilai Tambah:
kecerdasan
pelbagai


Langkah 4
(10 minit)

Fish Bowl

Topik / Tajuk :
Cara Menghargai
Ibu Bapa

- Guru memilih 4 orang
murid secara rawak
untuk membincangkan
tajuk yang diberi di
dalam bulatan.
- Murid lain membuat
bulatan mengelilingi
meja perbincangan.
- Murid akan memberi
idea tentang tajuk
secara bergilir-gilir
- Guru membuat
kesimpulan.


Nilai tambah:
Konstruktivisme,
kemahiran berfikir

Nilai: Kerjasama

Langkah 5
(10 minit)

Pengayaan :
Baca dan
mendeklamasikan
sajak bertajuk
Ayah dan Ibu

Pemulihan :
Mewarna nilai
murni dalam sajak
Ayah dan Ibu

- Guru mengedarkan
lembaran kerja kepada
murid
- Guru membimbing
murid membaca dan
mendeklamasikan
sajak.
- Murid menghayati
sajak tersebut.

BBM: Sajak

Nilai :
Pengorbanan,
Kasih Sayang,
Tanggungjawab



Penutup
(5 minit)

Penutup kognitif :
Murid membuat
perbincangan isi
pelajaran



- Murid membuat refleksi
tentang tanggungjawab
seorang anak kepada
ibu bapa



Nilai Murni: kasih
sayang,
tanggiungjawab,
pengorbanan


Penutup sosial :
Nyanyian lagu
Ayah dan Ibu
- Guru membuat
kesimpulan dan
menerapkan nilai murni
tentang pengajaran
dan pembelajaran

BBM : Video lagu
Ayah dan Ibu

Refleksi : _____________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________




















SAJAK AYAH DAN IBU
Ibu
Kamulah segalanya bagiku
Kamulah ratu hatiku
Yang mendidikku dengan penuh kasih sayang
Kamulah lambang cintaku
Janganlah degil,ikut perintah
Itulah kata-katamu Ayah
Kamu berkorban demi anakmu
Kamu bersusah payah demi anakmu
Kamu mencari nafkah yang halal
Semuanya untuk keselesaanku
Ayah
Kamu bagai semut bekerja keras
Kamu bagai lebah mencari madu
Kamu inginkan aku
Bagai rama-rama berterbang kebebasan
Tanpa kesusahan, tanpa kesukaran

Pesanan Ibu dan Ayah sentiasa diingati
Tidak terlepas dari ingatanku
Ibu
Ayah
Aku menghargai segalanya pengorbananmu
Akan ku balas jasamu yang indah itu










LAMPIRAN