Anda di halaman 1dari 4

Masalah Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak Berumur 9 Hingga 12 Tahun Di Kawasan Hutan

Melintang. Satu Kajian Di Tiga Buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.



BAB 1
Pengenalan
Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan
seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak
menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ
badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada
mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.
Siapakah yang tergolong dalam obesiti? Orang dewasa? Remaja? Kanak-kanak? Obesiti tidak
mengira bangsa, jantina, mahupun umur seseorang. Antara karakteristik masalah obesisiti pada
seseorang adalah berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal,
berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya, indeks jisim
badan (bmi) melebihi 40 atau 35, mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau
diabetes (kencing manis), dan gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang
sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.
Pada masa kini masalah obesiti ini kian menular di kalangan kanak-kanak di malaysia ini.
Kanak-kanak boleh ditafsirkan sebagai seseorang yang masih belum mencapai baligh dimana
umur mereka antara 2 hingga 12. (wikipedia). Manakala menerusi akta kanak-kanak 2001
mentafsirkan kanak-kanak berumur dibawah 18 tahun. Tetapi secara umumnya kanak-kanak
ditafsirkan sebagai dibawah umur 12 tahun. Lebih daripada 12 tahun dianggap sebagai remaja.
Jadi masalah obesiti yang membelengu kanak-kanak adalah seseorang yang dibawah umur 12
tahun.
Masalah obesiti ini kian meningkat kerana kegagalan kanak-kanak untuk mengamalkan
gaya hidup yang sihat. Misalnya mereka gagal melakukan senaman. Kanak-kanak masa kini
menjadi semakin malas untuk menjalankan senaman secara berkala. Kebanyakkan kanak-kanak
masa kini yang mengejar kecemerlangan dalam pendidikan gagal menjaga berat badan mereka
lalu mendapati obesiti dengan terlalu mudah.
Seterusnya, masalah obesiti ini kian menular kerana gaya pemakanan kanak-kanak masa
kini. Kebanyakkan kanak-kanak yang suka makanan segera seperti KFC, MCDONALDS,
PIZZA dan sebagainya menolak diri mereka ke status obesiti. Mereka yang tidak menjaga diet
pemakanan mereka dengan terperinci dan secara konsisten kemungkinan besar akan mengalami
masalah obesiti dengan begitu mudah. Ini adalah serba sedikit punca yang menjadi obesiti kian
meningkat kanak-kanak di malaysia mahupun dewasa.
Latar Belakang Kajian
Pada masa kini, masalah obesiti kian meningkat dinegara kita. masalah obesiti ini bukan
sahaja mengugut dewasa malah masalah ini juga sudah menjadi satu penyakit kepada kanak-
kanak masa kini yang menyebabkan kebanyakkan orang berada dalam kebimbangan dengan
masalah obesiti anak mereka.
Sejak kebelakangan ini, isu obesiti telah menjadi masalah utama di kalangan kanak-kanak
sedunia. Kanak- kanak di Malaysia juga mempunyai masalah yang sama dan ia semakin diambil
perhatian terutamanya di sekolah dan masyarakat. Menurut Nutrition Research Priorities in
Malaysia - For 10th Malaysia Plan (2011-2015), satu kajian yang telah dijalankan oleh Ismail,
2009 pada 11,500 orang kanak-kanak berumur 6-12 tahun di semenanjung Malaysia telah
mendapati 10% daripadanya adalah dalam kategori lebih berat dan 6% dalam kategori obesiti.
Satu lagi kajian yang dilakukan oleh Ruzita, 2009 pada pelajar sekolah rendah di Semenanjung
Malaysia, Sabah dan Sarawak telah mendapati 12.6% daripadanya dalam kategori lebih berat dan
13.5% dalam kategori obesiti.

Peningkatan masalah lebih berat dan obesiti di kalangan kanak-kanak dapat dilihat dari tahun ke
tahun dan isu ini amat membimbangkan. Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan
pada tahun 2015, lebih kurang 2.3 billion orang di dunia akan mengalami masalah lebih berat
badan dan daripanya kira-kira 700 juta orang pula akan mengalami masalah obesiti.

Jadi, orang ramai terutamanya ibu bapa dan guru-guru seharusnya mengawasi tabiat diet kanak-
kanak dan cuba berubah kepada gaya hidup yang lebih sihat bagi mengurangkan masalah obestiti
ini.

Pernyataan Masalah Kajian

Pernyataan masalah diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual yang dijalankan.
Selain itu, ia juga boleh diperoleh melalui penelitian dokumen dan soal selidik. Berdasarkan
masalah yang sedia wujud pengkaji ingin menjalankan kajian ke atas Masalah obesiti di
kalangan kanak-kanak berumur 9 hingga 12 tahun di kawasan Hutan Melintang, Perak. satu
kajian di tiga buah sekolah jenis kebangsaan tamil. Justeru itu, masalah obesiti dikalangan
kanak-kanak harus dikaji bagi mengelakkan lebih banyak perkara buruk yang mungkin akan
melanda kanak-kanak negara kita.

Objektif Kajian
Penyenaraian objektif kajian ini amat mustahak kerana ia membolehkan mengutip data yang
sesuai dan jenis alat yang perlu digunakan. Secara spesifiknya Objektik kajian ini adalah seperti
berikut :

Mengenalpasti masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berumur 9 hingga 12 tahun di
kawasan Hutan Melintang, Perak.

Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian di atas, beberapa persoalan kajian telah dikemukakan.

Apakah tahap masalah obesiti kanak-kanak di kawasan Hutan Melintang.
Adakah kanak-kanak bermasalah obesiti ini banyak di kawasan Hutan Melintang.


Rasional Kajian

Rasional kajian ini dijalankan adalah kerana masalah obesiti ini kian menular di kalangan kanak-kanak
Malaysia. Masalah ini menjadi satu masalah besar kepada masyarakat negara kita. sejauh manakah
masalah obesiti kanak-kanak ini menghantui kanak-kanak. kajian ini juga mencari tahap obesiti kanak-
kanak dikawasan Hutan Melintang. Dengan kajian seperti ini masyarakat dapat mengambil tindakan
sewajarnya untuk mengurangkan masalah obesiti ini.
Definisi Operasional