Anda di halaman 1dari 7

1

PENYAJAK SIBER
Berjasad. Bersatu roh. Menjelma di mana-mana. Dari mana-mana. Bila-bila
masa. Menghilang. Tetap ada di mana-mana. Suara multiaksara. Suara
berwarna-warni. Suara bermelodi. Rindu berakar dalam diri yang jujur. Rindu
mengalir di sungai kasih. Benci tersimpul di ranting reput. Hipokrasi tidak
membenih di tanah suci. Abstrak aksara rindu dihembus angin. Protes
tersangkut di dinding sel. Marah kepada pawana. Pawana telah beralih arah.
Marah kepada ombak. Menghempas bisu pantai yang setia. Batu degil terhakis
kejujuran. Membenci peribadi hitam. Gelap. Mahu menggeliat dari tidur. Di sudut
mana bermimpi tumbuh? Bila terjaga, mahu tulis sajak. Sajak duka. Sajak
marhaen yang mimpikan syurga. Ingin juga bercinta. Cinta yang berlapis-lapis.
Terputus cinta. Cinta melayang ke langit biru. Kertas putih telah kau koyak. Di
sudut mana kau bersembunyi. Suara kau adalah suara aku. Suara kalian. Suara
membenci perang. Membenci kezaliman. Menggenggam keamanan. Tidak
berdusta. Faham makna dusta. Kitalah penyajak siber
Penyajak menyembunyikan suara hati yang hanya boleh berkata-kata dan
memerhatikan suasana sekeliling tetapi tangan tidak dapat mengampai / protes
tersangkut di dinding sel / Penyajak siber juga ingin meluahkan rasa hatinya
tetapi tidak juga kesampaian, walaupun membara perasaannya untuk meluahkan
tetapi ruang untuk bersuara kabur tanpa pegangan yang jitu/ suara kau adalah
suara aku. Suara kalian, suara membenci peran. Membenci kezaliman.
Menggemgam keamanan. Tidak berdusta.faham makna dusta/. Implikasinya
penyajak siber ini melihat ketidak kestabilan kehidupan yang penuh dengan
2

kepalsuan pada setiap insan dan dirinya sendiri tidak berdaya untuk merubah
apa yang sudah ada.
MAT JENIN (2)
Mat Jenin; biasa hidup dalam kalangan pokok kelapa yang tumbuh tanpa
tuannya di tanah terbiar, dan di tanah ada tuan penjaganya. Pokok kelapa
menjadi pokok kuasa buat si pemanjat; (Kononnya) Mat Jenin biasa panjat
pokok kuasa itu.
Mat Jenin; batang pokok kuasa itu dipanjat tanpa takuk tolak ansur. Kapak
kesabaran tidak menakik batang. Luah hati kering Mat Jenin, Lambat
menakik dan menakuk kalau mahu ke atas.
Mat Jenin; tanpa beruk-beruk suruhan memanjat batang kuasa. Mahu
memetik kelapa-kelapa yang hati tajam sudah mensasarkannya. Jemarinya
terluka oleh pisau dendam. Pehanya dicalarkan oleh gerigis kulit cacian.
Mat Jenin; berkarisma di ombak. Melawan angin di puncak pokok kuasa.
Belum lagi menyentuh kelapa-kelapa di atas kepala batunya. Mahu dipilih
kelapa yang mana; kelapa muda, kelapa ditebuk tupai atau kelapa komeng.
Mat Jenin; belum memulas kelapa-kelapa itu. Hanya hati yang kehausan
meneguk dan menikmati air kelapa muda yang manis dan wangi. Mahu lagi
dan mahu lagi kelapa muda. Dipulas dan dipulas kelapa dengan tangan
angan-angan. Ah, kelapa-kelapa muda untuk dijamu kepada beruk-beruk
suruhan di bawah.
Mat Jenin; masih di puncak kelapa kuasa. Tiba-tiba beruk-beruk di bawah
melaungkan, Tuan, kelapa-kelapa yang jatuh ke tanah adalah kelapa
komeng. Mat Jenin dengan pantasnya melurut ke bawah. Jemari dan
pehanya berdarah. Mahu Mat Jenin memanjat pokok kuasa yang lain!
3


Ulasan Mat Jenin 2
Mat Jenin seorang yang berkeupayaan melakukan kerja dengan pantas,
tetapi insan yang masih tidak mempunyai wawasan dalam melaksanakan
tugas dengan lebih sempurna / Mat Jenin; batang pokok kuasa itu dipanjat
tanpa takuk tolak ansur. Kapak kesabaran tidak menakik batang. Luah hati
kering Mat Jenin, Lambat menakik dan menakuk kalau mahu ke atas./
Sebagai manusia watak Mat Jenin melambangkan pelaku yang mahu
menyiapkan kerja dengan sempurna, tetapi tidak membuat persediaan
lebih awal / Mat Jenin; berkarisma di ombak. Melawan angin di puncak
pokok kuasa. Belum lagi menyentuh kelapa-kelapa di atas kepala batunya.
Mahu dipilih kelapa yang mana; kelapa muda, kelapa ditebuk tupai atau
kelapa komeng./ Seharunya untuk mencapai kejayaan perancangan awal
sudah ada dan hasilnya tidak sia-sia.
Mat Jenin setiap usaha memerlukan upah atau ganjaran tetapi hanya
angan-angan / belum memulas kelapa-kelapa itu. Hanya hati yang
kehausan meneguk dan menikmati air kelapa muda yang manis dan wangi.
Mahu lagi dan mahu lagi kelapa muda. Dipulas dan dipulas kelapa dengan
tangan angan-angan. Ah, kelapa-kelapa muda untuk dijamu kepada beruk-
beruk suruhan di bawah./
Apa jua pun Mat Jenin ini memberikan pelambangan kepada setiap insan,
seharunnya setiap angan-angan biarlah berpijak di bumi yang nyata.
Tahniah!



4

SAJEN TUKANG KARUT (15): TUKANG KARUT POLITIK
Ini pula hamba nak cerita bab tukang karut politik negara,
Hamba dengar dan baca di media baru macam-macam angkara.
Cerita politik memanglah cerita yang sungguh seronok,
Macam sambal belacan, kalau tiada tidaklah syok.
Kata orang kalau sambal belacan, lagi pedas lagilah sedap,
Silap-silap makan nasi, tambah lagi jadi pelahap.
Orang sembang cerita politik di kedai-kedai kopi,
Cerita politik dan cerita karut orang politik cerita berapi-api.
Cerita orang politik, kata orang cerita kotor,
Kata orang lagi, segala cerita memang diatur dan dicatur.
Cerita di kedai kopi, cerita orang politik guna wang,
Kalau tiada wang, mana boleh cari sokongan orang.
Cerita lagi, orang politik mesti ada wang politik,
Kalau tiada wang, nanti mudahlah orang jentik.
Riuh-riuh orang politik taksub kepada ideologi,
Tetap setia kepada parti meskipun sudah terjun di dalam perigi.
Apalah bising-bising orang politik kata mengata,
Yang dikatakan berada jauh, sebenarnya berada depan mata.
Apalah prinsip orang politik, fitnah jadi mainan biasa,
Tidaklah lagi takut masuk neraka, angkara bertimbun dosa.
5

Orang politik suka janji macam-macam mahu pikat orang,
Janji bulan bintang , mahu bawa bersama terbang.
Orang politik pula memang hobi suka jual menjual,
Sampai agama pun sanggup dijual dan dibual-bual.
Hamba fikir orang politik berhenti berpolitik sampai mati,
Sampailah orang di sekeliling sudah muak dan tak mengerti.
Hamba pula bukanlah mahu bermain politik,
Hamba ini tahu, sekadar bermain lastik.
Hamba suka dan gelak orang sembang-sembang politik di kedai kopi,
Hebat ulasan dan analisis macam orang kuat dalam parti.
Hamba dengar-dengar apa orang politik buat serba tak kena,
Yang bangkang kerja bangkang sepanjang masa.
Hairan juga hamba, bangkang tetap bangkang,
Apa diberi jangan ditolak, tetap diambil ikut belakang.
Hairan juga hamba kenapalah bab ideologi sampai teruk bergaduh,
Kempen mengempen riuh rendah sampai rusuh merusuh.
Hamba fikir lagi kucing dengan anjing pun sudah tidak bercakaran,
Kenapalah manusia berbeza ideologi otaknya nilai murahan?
Bukan apa hamba tak syok yang bergaduh bangsa hamba,
Akhirnya bangsa hamba merana dan ditimpa bencana,
Karut mengarut orang politik entah kosong entah berisi,
Janganlah karut orang politik isinya hanya nasi basi.
6

Nasi basi kalau dibuang tidak mengapa, tiada orang memakannya,
Jangan pula nasi basi diberi makan kepada orang biar orang keracunan
pula.
Hamba mahu karut lagi tentang orang politik,
Janganlah syok rasa berkuasa, dan bila jawatan dilantik.
Fikir-fikirlah bila tidak pegang apa-apa jawatan dan tiada kuasa,
Susahlah pula mahu berada dalam kumpulan orang biasa.
Hamba pun nak berhenti tapi cakap-cakap politik tak habis,
Biarlah orang politik yang terkena pisau rasa terguris.

Ulasan :SAJEN TUKANG KARUT (15): TUKANG KARUT POLITIK
Politik semasa / Kata orang kalau sambal belacan, lagi pedas lagilah
sedap,
Silap-silap makan nasi, tambah lagi jadi pelahap./
Suasana keamanan, ketenteraman, kesepaduan antara hak dan batin tidak
diendahkan lagi. Di mana kita insan yang kerdil, hanya sebagai penconteng di
kertas-kertas semasa dikehendaki. Suara anak-anak kita pewaris bangsa tidak
disusun dengan sempurna. Adakah ini kehendak mereka. Agama
dipersendakan, maruah dijaja, bangsa dilagakan.ahhhsemuanya politik yang
kotor ada insan yang tidak bermoral. Sering saya mendengar bahawa berpolitik
itu tidak boleh dinilai dengan penilaian baik atau buruk (dalam istilah mereka
halal dan haram) kerana menurut mereka berpolitik itu merupakan percampuran
7

dari keduanya. Sebahagian orang juga menganggap proses politik itu semuanya
buruk atau haram. Politik itu tidak punya moral. Dan sebagainya
Sajen Tukang Karut ( 15 ); Tukang Karut Politik Politik itu mainan insan yang
hanya ingin memegang kuasa. Menunding jari ke atas orang lain senang
dilakukan. Takkala kuasa sudah ditangan sendiri? Inilah insan suka menunding
jari. 1.. dan 4 ke arah diri sendiri. / Cerita orang politik, kata orang cerita
kotor,Kata orang lagi, segala cerita memang diatur dan dicatur/ Lumrah alam
politik. Sepatutnya politik membangun Negara./Hamba fikir lagi kucing dengan
anjing pun sudah tidak bercakaran,
Kenapalah manusia berbeza ideologi otaknya nilai murahan?/ apabila tidak
terfikir akan jadilah tanah tumpah menjadi milik orang lain
http://www.weblagu.com/mp3-lagu-anak-kecil-main-api.html.