Anda di halaman 1dari 2

Guru-guru Pelatih Pendidikan Seni Visual,

PISMP Semester 8 Ambilan Jan 2011,


Institut Perguruan Raja Melewar,
Jalan Sikamat, Beg Berkunci No 43,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus,
Malaysia.

Ruj Kami : PISMP/Seni/02/02
Tarikh : 12 Ogos 2014


Kepada :
Rektor,
Institut Seni Yogyakarta,
Jl. Parangtritis Km. 6.5 Sewon,
Bantul Yogyakarta,
55188 Indonesia.

Melalui :
Pengarah,
Abu Bakar Bin Sahari,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Raja Melewar,
Jalan Sikamat,
70400, Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tuan,
MEMOHON KEBENARAN MENJALANKAN PROGRAM SEMINAR PEMBENTANGAN
KAJIAN TINDAKAN DI INSTITUT SENI YOGYAKARTA, INDONESIA.
Adalah dengan hormat dan takzimnya perkara di atas dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP) Pendidikan Seni Visual Semester 8 daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Raja Melewar, Seremban akan menjalankan Program Pengantarabangsaan
Kembara Ilmu Antara Negara Serumpun Ke Yogyakarta , Indonesia pada ketetapan berikut :

Tarikh : 25 November 2014 ( SELASA )
Tempat : Institut Seni Yogyakarta
Bil. Peserta : 40 orang


2. Untuk makluman Tuan, Unit Pendidikan Seni Visual bercadang untuk
membentangkan kajian tindakan Seni Visual yang dijalankan dalam program seminar,
pembentangan dan sesi dialog. Program ini dilihat dapat melahirkan guru pelatih yang serba
boleh dalam mengorganisasikan sesuatu program di samping dapat berkomunikasi dan
berkongsi pengalaman secara terus bersama pelajar-pelajar di negara luar.

3. Diharapkan melalui program ini guru pelatih dapat berkongsi pengalaman,
pandangan, dapatan dan pendedahan peringkat antarabangsa melalui program penanda
aras di peringkat yang lebih tinggi.

4. Oleh itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak Tuan memberi kebenaran
untuk menjalankan program seminar ini di Institut Seni Yogyakarta. Kerjasama dari pihak
Tuan sangatlah diharapkan untuk menjayakan program tersebut. Sokongan dan dorongan
daripada pihak Tuan kami ucapkan ribuan terima kasih.

5. Bersama ini disertakan aturcara dan kertas kerja program tersebut untuk tindakan
pihak Tuan.

Sekian, Terima kasih
BAHASA JIWA BANGSA

Yang menjalankan tugas,



..
(SITI ZAKIAH HANIM BINTI RABAEI)
Setiausaha,
Program Pengantarabangsaan Kembara Ilmu,
Unit Pendidikan Seni Visual ,
PISMP Semester 8,
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar,
Seremban, Negeri Sembilan.

s.k Ketua Unit Pendidikan Seni
Penyelaras Program
Pensyarah Penasihat