Anda di halaman 1dari 5

Rancangan Pengajaran Harian

Mata pelajaran : Kajian Tempatan


Tahun : 5 Gemilang
Jumlah Murid : orang
Tarikh : 13 April 2011 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi 10.00 pagi (1 jam)
Tema : Mengenal Negara Kita
Tajuk : Geografi Fizikal
Subtajuk : Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat :-
1) Menyenaraikan jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan
hidupan liar di Malaysia.
2) Menjelaskan jenis habitat tumbuh-tumbuhan semula jadi
dan hidupan liar di Malaysia.
3) Membanding dan membezakan tumbuh-tumbuhan
semula jadi dan hidupan liar dua habitat.
Aktiviti P&P :
1) Menonton dan menyanyikan lagu Hijau menerusi klip
video yang ditayangkan.
2) Membuat lembaran kerja.
3) Kuiz.
Isi Pelajaran : Keindahan flora dan fauna di Malaysia.
1) Mengenali tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar yang
terdapat di Malaysia.
2) Perbezaan antara Hutan Hujan Tropika dan Hutan Paya.

Penerapan nilai murni : Mencintai alam sekitar, menghargai flora dan fauna
yang ada di negara kita, berdikari, kerajinan, hormat,
kebebasan, kerjasama, keberanian.

Unsur patriotisme : Berbangga dengan tumbuh-tumbuhan semula jadi
dan hidupan liar yang terdapat di persekitaran kita.
Menghargai kepentingan tumbuh-tumbuhan semula
jadi dan hidupan liar.

Pengetahuan sedia ada : Murid mengetahui beberapa jenis binatang liar yang
terdapat di Malaysia seperti harimau.

Sumber P&P : Buku Teks, bekas makanan, komputer, gula-gula
coklat, lembaran kerja, skor markah, soalan kuiz, klip
video lagu Hijau.

Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari / Kemahiran Generik

Kaedah Pemerhatian
KBKK : Menghubungkait, menjana idea, mencirikan,
membandingbeza
Kemahiran Generik : Koperatif, kolaboratif, kontekstual, berpusatkan murid,
inkuiri penemuan
Kecerdasan Pelbagai : Verbal linguistik, logik, visual spatial, naturalis,
intrapersonal




Prosedur Pelaksanaan
Elemen Pengurusan
Pembelajaran Bestari /
Kemahiran Generik
Catatan (Penerapan
nilai murni, sumber
P&P, Isi pelajaran)

Set Induksi (5 minit)

1) Guru menunjukkan klip
video lagu Hijau kepada
murid.
2) Guru bersoal jawab
dengan murid tentang
video yang ditunjukkan.
3) Sesi soal jawab antara
guru dengan murid.
4) Guru mengaitkan sesi
soal jawab dengan topik
pelajaran pada hari ini.

KBKK

- Menghubungkait

Kaedah Pemerhatian

Kemahiran Generik

- Berpusatkan murid

Kecerdasan Pelbagai

- Verbal linguistik
- Naturalis


Nilai murni

- Mencintai alam
sekitar

Sumber P&P

- Klip video lagu
Hijau

Contoh soalan

- Video ini
menceritakan
tentang apa?

Langkah 1 (15 minit)

1) Guru menerangkan jenis
tumbuh-tumbuhan dan
hidupan liar yang terdapat
di Malaysia.
2) Murid diminta merujuk
Buku Teks (hlm 36-38)
sebagai panduan dan
untuk mendapat maklumat
yang lebih lanjut.
3) Guru bersoal jawab
dengan murid tentang
tumbuh-tumbuhan semula
jadi dan hidupan liar di
Malaysia.
4) Guru mengedarkan
lembaran kerja dan
meminta murid merujuk
Buku Teks sebagai
panduan.

KBKK

- Menjana idea

Kemahiran Generik

- Kontekstual
- Inkuiri penemuan

Kecerdasan Pelbagai

- Verbal linguistik


Nilai murni

- Berdikari
- Kerajinan

Sumber P&P

- Lembaran kerja
- Buku teks

Isi pelajaran

- Mengenali
tumbuh-tumbuhan
dan haiwan liar
yang terdapat di
Malaysia.

Contoh soalan

- Ini haiwan apa?


Langkah 2 (20 minit)

1) Guru meminta murid
memilih dua biji gula-gula
coklat yang mempunyai
lima warna yang berbeza.
2) Murid diminta duduk
dalam kumpulan yang
mempunyai warna gula-
gula coklat yang sama.
3) Guru menerangkan cara-
cara permainan kuiz yang
akan dijalankan.
4) Kuiz diteruskan sehingga
semua soalan selesai
diajukan.
5) Kumpulan yang menang
ditentukan melalui jumlah
kutipan markah yang
tertinggi.

KBKK

- Menjana idea
- Menghubungkait
- Mencirikan
- Membandingbeza

Kemahiran Generik

- Koperatif
- Kolaboratif

Kecerdasan Pelbagai

- Verbal linguistik
- Logik























Nilai

- Hormat
- Kebebasan
- Bekerjasama

Sumber P&P

- Bekas makanan
- Skor markah
- Gula-gula coklat
pelbagai warna
- Soalan kuiz

Contoh soalan kuiz

- Nyatakan hidupan
liar yang terdapat
di Malaysia.

















Langkah 3 (15 minit)

1) Guru mengedarkan boring
pengurusan grafik
banding beza.
2) Murid diminta
melengkapkan boring
banding beza antara
Hutan Hujan Tropika
dengan Hutan Paya
berdasarkan Buku Teks
(hlm 39).
3) Guru memilih murid
secara rawak untuk
mendapatkan jawapan.
4) Guru member penerangan
lanjut.


KBKK

- Membandingbeza

Kemahiran Generik

- Inkuiri penemuan

Kecerdasan Pelbagai

- Verbal linguistik

Nilai

- Kerajinan
- Keberanian

Sumber P&P

- Borang
pengurusan grafik
- Buku Teks

Isi pelajaran

- Perbezaan Hutan
Hujan Tropika
dengan Hutan
Paya.

Penutup (5 minit)

1) Guru merumuskan topik
hari ini dengan
mengimbas kembali jenis
tumbuh-tumbuhan dan
hidupan liar di Malaysia.
2) Guru mengakhiri pelajaran
dengan meminta murid
menyanyi lagu Hijau
bersama-sama.

Kecerdasan Pelbagai

- Verbal linguistik
- Visual spatial
- Intrapersonal


Nilai

- Menghargai flora
dan fauna yang
ada di negara kita.

Sumber P&P

- Klip video lagu
Hijau

Anda mungkin juga menyukai