Anda di halaman 1dari 3

Laporan Geografi (Band 6)

Nama Produk = Kotak Alat Tulis and Kotak serbaguna






Kegunnaan Produk = Kotak alat tulis dan kotak serba guna adalah untuk
menyimpan alat tulisan atau barang kecil seperti paper klip,stapler dan set
geometri.
Bahan Yang Digunakan = Kotak-kotak kecil yang lama,pembalut kertas yang
dipakai dan plastik lutsinar.

Bagaimana produk tersebut dapat membantu dalam pengurusan sumber

Pemeliharaan Sumber Semula jadi
Penggunaan semula barang-barang dapat mengurangkan sisa pepejal yang
terhasil seterusnya mengurangkan pembelian barang-barang baru. Secara tidak
langsung ia dapat mengurangkan permintaan barang di pasaran dan menurunkan
kadar penggunaan sumber semulajadi untuk pemprosesan barang baru.

Menjimatkan kos
Mengurangkan penghasilan sisa pepejal yang dibuang akan menjimatkan kos
pelupusan sisa pepejal. Ia juga membantu penjimatan ekonomi bagi komuniti,
perniagaan, sekolah dan pengguna-pengguna individu.

Mengekalkan keseimbangan ekosistem dan mengekalkan sumber hutan
Ekosistem terdiri daripada komponen biotik (benda hidup) dan komponen tidak
biotic(benda tidak hidup).Penerokaan sumber akan menggangu keseimbangan
ekosistem..Jika,kita menggunakan produk tersebut kita boleh mengekalkan
keseimbangan ekosistem.Tambahan pula,kita juga boleh mengekalkan sumber
hutan dengan menggunakan produk daripada bahan buangan.

Mengurangkan penggunaan petroleum
Menggunakan produk diperbuat daripada bahan buangan plastik akan
mengurangkan pengunaan petroleum yang dijangkan akan habis dalam tempoh
30-40 tahun lagi.



PENUTUP

Dengan menggunakan dan membeli bahan-bahan atau produk-produk yang dapat
digunakan semula, kita dapat mengurangkan jumlah tenaga yang diperlukan
untuk pengekstrakan, pengangkutan dan pemprosesan bahan asli. Apabila
keperluan tenaga menurun, pembakaran bahan api fosil berkurangan dan
penghasilan serta pelepasan gas karbon dioksida (CO
2
) ke atmosfera dapat
dikurangkan.Selain itu,penerokaan sumber huan akan kurang dan mengekalkan
keseimbangan ekosistem.