Anda di halaman 1dari 1

Faul

Walaupun pda prinsipnya bola keranjang bukan permainan memerlukan kontak


badan , namun kontak ini berkemungkinan terjadi di sepanjang permainan. Jika
berlaku kontak ,pengadil memberikan faul kepada permain atau pasukan yang
berkenaan. Setiap faul yang dilakukan akan dicatat oleh pencatat.
Terdapat dua bentuk faul atau kesalahan dalam permainan bola keranjang,iaitu faul
individu dan faul pasukan.

Faul Individu

Jika permain menolak, memegang, mengadang atau memukul pemain lawan, yang
menghalangnya daripada meneruskan permainan atau membuat jaringan gol , ia
disebut sebagai faul atau kesalahan individu. Seseorang permain tidak boleh
dipersalahkan lebih daripada lima kali. Kali kelima pemain yang sama melakukan
kesalahan , ia akan dipersalahkan dan tidak dibenarkan meneruskan permainan.

Faul Pasukan

Apabila sesebuah pasukan melakukan lima kesalahan dalam sesuatu tempoh
permainan, sebarang kesalahan berikutnya ke atas lawan , pasukan berkenaan
dipersalahkan. Denda ke atas kesalahan itu ialah dua lontaran percuma diberikan
kepada pemain yang disalahkan.

Anda mungkin juga menyukai