Anda di halaman 1dari 3

Analisis Ujian Pra

Ujian pra telah dijalankan untuk mengenal pasti tahap prestasi responden menguasai
penggunaan kata sendi nama ke dan kepada dalam ayat. Ujian pra dijalankan kepada
responden sebelum aktiviti intervensi dilakukan ke atas murid-murid yang lemah.

Seramai 5 orang murid telah mendapat markah yang sangat rendah dan murid ini
telah dipilih sebagai responden kajian ini. Responden mendapat markah kurang daripada
lima daripada 10 soalan. Jadual 1 menunjukkan markah yang diperoleh murid-murid yang
dipilih sebagai responden.



Jadual 1 :Markah Ujian Pra

Berdasarkan Jadual 1 yang tertera, didapati dua orang responden dapat menjawab empat
soalan yang betul. Dua orang responden lagi dapat menjawab dua soalan sahaja yang
betul dan hanya seorang sahaja responden yang dapat menjawab tiga soalan yang betul
daripada sepuluh soalan.

Hal ini menunjukkan tahap penguasaan dalam kalangan responden tentang
penguasaan penggunaan kata sendi nama ke dan kepada dalam ayat adalah pada kadar
sederhana dan lemah.




Bil Nama Responden Markah
( /10)
Skala
Pemarkahan
1. Muhammad Hanif bin Rusunaimi 2 1
2. Muhammad Amirul Hakimi bin
Zulkepley
3 1
3. Muhammad Danish bin Mohamad
Hafidz
4 2
4. Ain Najihah binti Abd Aziz 2 1
5. Mimie Umairah binti Mohd Ridzuan 4 2
Jadual 2 : Skala Pemarkahan

Skala Pencapaian Markah Ciri-ciri Pencapaian Markah



3



7-10 markah
i. Menguasai penggunaan kata sendi
nama ke dan kepada dengan betul
dan baik sekali.
ii. Memahami dengan baik penggunaan
kata sendi nama ke dan kepada.
iii. Membina ayat dengan baik sekali
menggunakan kata sendi nama ke dan
kepada.


2


4-6 markah
i. Menguasai penggunaan kata sendi
nama ke dan kepada dengan betul
dan baik.
ii. Memahami penggunaan kata sendi
nama ke dan kepada.
iii. Tidak dapat membina ayat dengan baik
menggunakan kata sendi nama ke dan
kepada.



1



1-3 markah
iv. Tidak menguasai penggunaan kata
sendi nama ke dan kepada dengan
betul dan baik.
v. Tidak memahami penggunaan kata
sendi nama ke dan kepada.
vi. Tidak dapat membina ayat dengan baik
menggunakan kata sendi nama ke dan
kepada.


Berdasarkan skala pemarkahan pada jadual 2, ini jelas menunjukkan terdapat lima
orang murid yang masih tidak dapat menguasai penggunaan kata sendi nama ke dan
kepada dalam ayat dengan betul. Dua orang responden mendapat skala 2 dan tiga orang
mendapat skala 1. Responden yang berada pada skala 1 dan skala 2 menunjukkan
responden ini sangat lemah dalam penguasaan penggunaan kata sendi nama ke dan
kepada dalam ayat dan memerlukan bimbingan untuk meningkatkan tahap penguasaan
murid melalui teknik permainan. Melalui hasil dapatan ujian pra ini, pengkaji dapat melihat
dan mengenal pasti bahawa responden tidak mengetahui dengan tepat atau keliru tentang
fungsi penggunaan kata sendi nama ke dan kepada.

Anda mungkin juga menyukai