Anda di halaman 1dari 5

Membina Personaliti Sebagai Pemimpin

Seorang pemimpin tidak akan berjaya menjadi pemimpin yang berkaliber sekiranya dia
tidak membina dirinya dengan sifat-sifat kepimpinan. Pemimpin itu sendiri yang mesti
membentuk dirinya menjadi pemimpin. Seorang individu agak sulit untuk menjadi
pemimpin sekiranya dia memiliki sifat-sifat berikut:

1. Mementingkan diri sendiri


Orang yang begini menganggap ’status lebih penting dari jenis pekerjaan’

2. Berlengah-lengah
Orang yang suka melambat-lambat atau menangguh-kan kerja, orang-orang begini akan
sentiasa memberi pelbagai alasan untuk melengahkan kerja atau untuk mengambil
keputusan.

3. Kebiasaan yang sukar diubati (status quo)


Orang yang berfikir bahawa kebiasaan-kebiasaan yang sukar hendak diubati adalah suatu
yang biasa. Sikap mi boleh menjadi pendorong utama kepada kegagalan.

4. Mengingati kisah-kisah lalu


Mereka yang sentiasa hidup dalam kejayaan masa lalu akan tinggal dalam angan-angan
untuk memperoleh kembali keadaan seperti itu semula.

Kalau anda mahu melatih diri untuk menjadi pemimpin anda mestilah:

1. Sanggup melakukan apa yang anda ingin lakukan.


Untuk melatih diri jadi pemimpin cuba tidak ter-pengaruh dengan keputusan majoriti.
Orang yang suka pada keputusan majoriti biasanya akan memuaskan orang lain dan
kadang-kadang terpaksa mengenepikan diri sendiri. Untuk melatih diri menjadi pemimpin
anda tidak seharusnya terikat dengan keputusan pemimpin. Ada masanya idea yang
ditentang oleh majoriti ada kebaikannya. Orang yang berhasrat untuk menjadi pemimpin
perlu dapat melihat kebaikan dari idea yang ditentang.

2. Sanggup cuba membentuk personaliti walaupun sulit.


Orang yang ingin jadi pemimpin perlu bercita-cita tinggi untuk jadi pemimpin. Perlu
memilih azam yang kuat dan mengamalkan sikap bekerja kuat. Semangat mendorong diri
sendiri harus datang dari dalam diri. Dorongan begini akan menolong mengatasi perasaan
takut. Orang yang mempunyai dorongan dalam diri yang kuat tidak akan takut
menghadapi dugaan.
3. Pengetahuan
Seorang pemimpin sebaik-baiknya mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam
dalam bidang yang diceburinya. Pengetahuan yang luas boleh membantunya membuat
keputusan yang bijak dan pertimbangan yang wajar.

4. Kemampuan untuk merancang


Kemampuan merancang projek pembantu bawahan adalah modal yang penting untuk
mendapat pengikut. Keupayaan merancang juga menggambarkan kewibawaan dan daya
mengawal pengikut sehingga pengikut dapat menurut arahan kita secara sukarela.
Pemimpin yang baik mengutamakan ciri yang baik yang ada dalam diri pengikutnya,
tidak berat sebelah dan membuka peluang orang bawahan menyampaikan pendapat dan
pandangan.

5. Daya imaginasi
Seorang yang ingin menjadi pemimpin perlu mempunyai daya imaginasi yang positif dan
membina. Ia harus mampu menjadi pelopor, penyelidik, pencipta dan jaguh. Daya
imaginasi yang baik akan membolehkan seseorang menyelesaikan masalah secara paling
baik dan paling efektif. Daya imaginatif dapat dipupuk dengan banyak membaca,
mendengar dan menimba pengalaman peribadi yang baru dengan positif tidak menolak
idea yang dikemukakan secara terburu-buru walaupun ia kelihatan kurang sesuai ketika
itu, tetapi mungkin berguna pada masa hadapan.

6. Kuasa pemutus
Setiap sesuatu keputusan yang diambil itu haruslah berasaskan sumber pengetahuan yang
boleh dipercayai. Keputusan perlu dibuat tanpa emosi. Keputusan itu mestilah keputusan
yang terbaik dirasakan oleh pemimpin walaupun ada pendapat yang mengatakan
keputusan itu kurang baik. Membuat keputusan memerlukan ketegasan, keyakinan dan
keberanian dari dalam diri. Proses utama membentuk personaliti pemimpin ialah
pengetahuan, kebijaksanaan, keadilan, kemuliaan, keakuan dan terhasillah kepimpinan
agung. Pemimpin-pemimpin agung akan menilai sesuatu dalam kehidupannya secara
paling agung. Misalnya seorang ahli falsafah agung, Earl Nightingale telah mengemukakan
beberapa perkara paling agung dalam kehidupan:

i. Hari paling agung ialah: Hari ini.


ii. Permainan terbaik ialah: Bekerja.
iii. Kekeliruan terbesar ialah: Kehidupan.
iv. Keanehan teragung ialah: Kematian.
v. Pekerjaan terbaik ialah: Pekerjaan yang anda sukai.
vi. Kesilapan terbesar: Putus asa.
vii. Sifat yang paling hina: Keangkuhan.
viii. Keperluan teragung: Akal budi.
ix. Orang yang paling berbahaya: Pendusta atau x. penipu.
x. Bandar terbaik: Tempat di mana anda memperoleh kejayaan.
xi. Ciptaan paling menakutkan: Peperangan.
xii. Orang paling tidak peramah: Pengeluh.
xiii. Guru terbaik: Seseorang yang mendorong semangat ingin belajar untuk anda.
xiv. Kegagalan paling buruk: Jiwa yang kehilangan semangat.
xv. Perkara paling mudah, murah dan bodoh dilakukan ialah: Mencari kesalahan.
xvi. Orang paling bijak: Seseorang yang selalu membuat apa yang difikirkan betul.
xvii. Orang paling menjemukan: Orang yang terus bercakap walaupun sudah menyatakan
pendiriannya.
xviii. Teman paling digemari: Seseorang yang tetap menerima anda seadanya.
xix. Perasaan paling keji: Iri hati pada kejayaan orang lain.
xx. Pengalaman paling memuaskan: Menjalankan kewajipan anda terlebih dahulu.
xxi. Tindakan terbaik: Ketenangan fikiran dan adil dalam pertimbangan.
xxii. Keberkatan paling baik: Kesihatan yang baik.
xxiii. Hukum salam teragung: Sebab dan akibat.
xxiv. Perjudian paling besar: Menganggap harapan sebagai kenyataan.
xxv. Perkara paling mesti dimiliki dalam hidup: Rasa diperlukan.
xxvi. Peluang yang terbaik: Ialah yang satu lagi.
xxvii. Kemenangan terbesar: Kemenangan atas diri anda sendiri.
xxviii. Kecacatan terbesar: Mementingkan diri sendiri.
xxix. Kehilangan terbesar: Hilangnya keyakinan pada diri sendiri.
xxx. Kerugian terbesar: Kebolehan dan bakat yang tidak digunakan sepenuhnya.
xxxi. Perkara-perkara teragung: Cinta kepada keluarga, rumah tangga, kawan-kawan,
jiran dan tanah air yang memberikan kebebasan.

Kesilapan paling membodohkan:

1. Tidak mahu membetulkan kesalahan yang telah dibuat semalam.


2. Beranggapan semua orang yang telah berjaya mempunyai bakat istimewa.
3. Tidak mempunyai semangat untuk menukar fikiran.
4. Mengharapkan nasibnya berubah.
5. Mengatakan ini tidak boleh dilakukan.
6. Membelanjakan wang untuk perhiasan yang tidak berharga.
7. Memikirkan yang dia boleh hidup tanpa Tuhan.

Kecelakaan paling agung dalam kehidupan:


1. Tidak mempunyai dorongan diri untuk berjaya.
2. Tiada matlamat hidup yang nyata.
3. Sikap dan pemikiran yang negatif.
4. Mempunyai gambaran diri sendiri yang sangat negatif.
5. Takut menghadapi kegagalan dan kritikan.
6. Berserah sepenuhnya kepada takdir.

Kerana dan akibat:

1. Kerana dirimu tidak matang, anda dihina.


2. Kerana dirimu lembut, anda dibakar

Oleh itu, jadilah seperti batu, jadilah intan, sebab orang yang berjuang gigih dan
berpegang teguh, alam ini akan bercahaya untuknya. Dan apabila kita sudah sanggup
mengambil kepastian dan tidak dipengaruhi oleh angan-angan maka akan dapat
mengendalikan fikiran. Sepuluh petua untuk meningkatkan kejayaan:

1. Berusaha untuk mempelajari segala-gala pengetahuan yang baik.


2. Bersedia mendengar dan menerima kebenaran tentang diri anda.
3. Bersedia memikul tanggungjawab sepenuhnya tentang kejayaan dan kegagalan kita.
4. Bersedia bekerja sekurang-kurangnya 60 jam seminggu.
5. Bersedia menghadapi masalah dan mencari penyelesaian.
6. Menolak jalan mudah dan mencari jalan singkat.
7. Tidak terlibat dalam hal-hal yang remeh-temeh atau keji.
8. Berterus-teranglah terhadap perhubungan kita dengan orang lain.
9. Menyerahkan jiwa raga tanpa memikirkan balasannya.
10. Yakin yang tujuan anda benar dan membawa nilai yang besar bagi orang yang
menerimanya.

INGATLAH orang yang tahu ialah orang yang tahu apabila dia tahu apabila dia tidak
tahu dan…

SEDARLAH kadangkala nasib kita seperti bola, ditendang ke sana, ditendang ke sini.
Walau bagaimanapun, bola inilah yang akhirnya ke jaring gol. Anda boleh jika:
1. Jika anda fikir anda telah kalah sebelum berjuang, pastilah anda akan kalah.
2. Jika anda fikir anda tidak berani, memanglah anda seorang pengecut.
3. Jika anda fikir anda mencapai kemenangan tetapi tidak berdaya melakukannya, itu
petanda yang anda telah hampir pada kegagalan.
4. Jika anda fikir yang anda akan tewas, sememangnyalah anda akan tewas.
5. Jika anda fikir anda akan diperbudak-budakkan demikianlah akan terjadi.
6. Jika anda berfikiran jauh untuk mencapai kedudukan tinggi, anda harus mempunyai
keyakinan diri sebelum mahu mengecap sebarang kejayaan.
7. Perjuangan hidup ini bukan hanya terletak pada kekuatan dan kepantasan sahaja,
tetapi pada hakikatnya manusia yang berjaya adalah mereka yang berfikiran `BOLEH’
melakukan apa yang dicita-citakannya – anda sepatutnya begitu.
Disediakan oleh

Cikgu rosli

Anda mungkin juga menyukai